Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

6.19.2009

Apakah Tiada Jalan Perdamaian?

malaysia.......
hmmmmm....memang negara yg super sombong negara yg super angkuh...
harus nya dia mikir kekuatan dia untuk melawan indonesia hanya se ujung kuku..
makanya dia d ajakin perang gak brani..
bisa nya hanya menggonggong kayak anjing klaparan..
benci deh ma malaysia..
ga ingat dulu minta bantuan tenaga guru dari indonesia, mana rasa balas budi mu.
dasar negri yg serakah, milik indonesia mo di rebut.
po'ok ny jalan satu2 ny adl perang.
lo mpe perang gue bantu deh negara qu tercinta ne.
bantu do'a cih.I hate malaysia...
Gw mau punya presiden yg tegas ama malaysia,klo prlu ajakin perang aja...
TNI:I will support u to attack them!


Sumber: Klik di sini

========+++++++++++========

Apakah perasaan kamu apabila mmbaca artikel di atas? Artikel ini saya copy bulat2 dari sebuah laman blog... tanpa edit satu perkataan pun. Saya bukan mahu melaga2kan dua bangsa & negara yg berjiran ini... tp dengan penemuan artikel pendek ini membuat perasaan saya agak tersentak dgn luahan hati amarah penulis blog dari negara seberang... Statement begini amat bahaya kerana blogger ini telah meniup sentimen kebencian terhadap negara kita...

Dan buat pengetahuan semua pembaca.. di negara tersebut telah terdapat satu kumpulan yg ditubuhkan khas for Anti-Malaysia.... apakah punca perkara ini berlaku? Mengapakah hubungan baik sesama negara yg sentiasa di pupuk oleh pemimpin negara kita tidak terkesan di hati rakyat2 nya???.. Saya adalah blogger anti-peperangan & blogger yg cintakan keamanan... Saya amat membantah perkara ini daripada terus menular & menjadi barah kebencian apatah lagi dikalangan sesama umat Islam sendiri....



Hmm.. adakah ini kemungkinan kesan daripada kes Manohara?.. dan juga beberapa kes amah yg mendakwa didera oleh majikan... dan banyak lagi perkara yang kita tak tahu.... Wallahu'alam...

Disebabkan nila setitik.... rosak susu sebelanga...

Disebabkan 2-3 orang punya angkara.... tercemar hubungan kemanusiaan...

Apakah tiada jalan perdamaian?.. BERSATU & BERDAMAILAH WAHAI UMAT ISLAM...

Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali (bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yg amat besar. (An-Nissa' : 114)

Moga Allah s.w.t lindungi negara kita dari bahaya peperangan.... Amin...

32 comments:

Webmaster said...

I'allah takkan ada apa-apa. Susah nak komen benda ni. Pada saya Indonesia pun patutnya berterima kasih sebab Malaysia masih sudi terima rakyat dia walaupun berstatus Pendatang HARAM. Pernah ke kerajaan Malaysia bising??? Kalau dilihat di kawasan rumah saya ni, kalau pergi kat taman belakang blok ni bila waktu malam dah macam ada kat Yogyakarta punya hebatnyer. Takde pun kita heran bila geng dia dok melonggok serta bersepah sambil gelak terbahak-bahak macam orang takde akal. Pernah kawan saya cerita, kalau orang Malaysia yang melancong ke Indon mesti kena pow kaw-kaw ngan diorang. Pernah kita dendam ngan diorang??? Sikit pun kita tak wujudkan TEAM BENCI INDON...

shaniza said...

salam..
Bila hati penuh dengan dendam tak kiralah bangsa apa sekali pun, pasti akan wujud permusuhan. Tapi selagi ada rasa persaudaraan tak kan wujud perperangan..InsyaAllah dengan doa ikhlas dari kita semua, peperangan tak mungkin berlaku..

ummumishkah said...

Huh agak kasar bunyi tu tapi tak heran krn kawan saya baru balik dari indonesia, katanya masyarakat sana memang marah sgt pasal kes model tu dan secara terang2 beritahu mereka tak suka org msia.. harapnya kan ada penyelesaian utk perkara ni... kita tak mahu bermusuh kan.

Nazir Techno said...

slm...
tergerak jgak ati nk bca artikel ni...
yg sbenarnya sya mmg dh lma dgr khabar angin tpi belum pasti lg kesahihannya.... tp kemungkinan kerana manohara lh. Dan untuk pngetahuan mereka bukan shaja mnubhkan pihak anti malaysia..tpi mereka juga menubuhkan satu komuniti hackers yg power2 jgaklh...
oleh krana kes ini.. bnyk laman web IPT dan Government Agency di malaysia kene hack ..
antara komuniti yang suka melakukan hack sprti
--- PH03N1XH4X0R's BLOG ---
Jatimcrew dan ada beberapa lg komuniti lain...
untuk mndapatkan bukti COPY nama komuniti ini dan paste dlm google search untuk mngetahui lebih lanjut...
dan harp maklum kepada rakan2 lain yang mempunyai laman web sndri atau laman web syarikat supaya membuat backup segala maklumat yang ada dlm web sebelum terlambat...
sekian sahaja dri sya Hamba ALLAH...

arryani said...

Saya dah masuk blog tu dan berikan komen di sana. Saya juga terkejut, tapi, saya cuba untuk menyedapkan hati sendiri bahawa itu hanyalah luahan emosi dari segelintir pihak yang tidak mendapat gambaran jelas tentang apa yg berlaku. Selebihnya, kita berserah pada Allah..

Mutiara Biru said...

Kembali kepada agama dari peringkat pemimpin hingga ke rakyatnya. Insya Allah sejahtera dunia dan akhirat.

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sahabatku, Dida..

Kecewa....

LOL akan dtg lagi selepas ini ok..

Nak wat keja jap..

celaru minda..

kat opis now..

thanks sharin ok..

zai said...

Rasa2nya yg kejam tu bukan org melayu..tapi bangsa lain..org melayu ni selalunya yg jadi mangsa penganiayaan kat tanahair sendiri..jadi kenapa pula nak membenci semua org kat m'sia...tapi entri diatas mmg patut jadi pengajaran kpd pemimpin negara yg zalim..agar jgn lupa daratan

Dida... said...

Webmaster..

Huihh.. ni la komen terpanjang aok dlm blog ni.. biasanya ringkas & straightforward je... hehe..

Tu la.. bila cakap pasal negara kita menjadi terlebih semangat.. tu menunjukkan semangat patriotik kita masih menebal... yg penting.. kita jgn balas segala perbuatan yg kurang baik... bangsa melayu terkenal dgn kesopanan & kesusilaan.. dan jgn kerana kesopanan ini... org lain mengambil kesempatan.. buruk padahnya...

Seperti pepatah.. jgn dijolok sarang tebuan...

Dida... said...

UmmuMishkah...

Jadi, kesimpulannya.. sesiapa yg berhajat utk bercuti ke negara tersebut.. kena lebih berhati2... krn sudah ada perasaan begitu kpd rakyat Malaysia... yg kita risau.. org yg tak bersalah menjadi mangsa...

Memang permusuhan itu amat lah tidak disukai dalam Islam..

Dida... said...

Wslm Shaniza...

Oleh itu.. marilah kita mengeratkan lagi persaudaraan sesama Islam tak kira walau di mana ceruk rantau sekalipun terutama jiran terdekat kita.. Indonesia, Singapura, Brunei & Thailand...

Mari kita titipkan doa keamanan di setiap solat kita dan tak lupa juga kita doakan buat warga Palestin yg masih bergelumang dgn kancah peperangan....

Dida... said...

Nazir Techno..

Terima kasih atas info berguna ini... awak ada kelebihan dlm bidang IT.. mgkin kepakaran awak boleh menyumbang kpd masalah2 hackers ini... jk tak dpt byk.. ckup sekadar mewar2 kan di dlm blog awak.. ttg perang maya ini...

Awk ada bg saya email kan.. sy blum kesempatan mmbalas sbb awk tanya sy soalan mudah dlm bhs Arab.. nnti saya balas.. k

Dida... said...

Kak Yann..

Thanks coz sambut misi keamanan ini dan mewar2 kan di dlm blog kak Yan... bagus juga Kak Yann tinggal komen dkt blogger tersebut.. mudah2an terbuka mata minda dia utk berfikir scra waras...

Yaa.. selebihnya kita berserah sahaja kepada MAHA PENCIPTA SESUATU..

Dida... said...

Mutiara Biru..

Yaaa.. saya sokong 200% dgn komen kamu ini.. dan saya ada idola pemimpin yg menepati ciri2 tersebut...

dan rakyat..... jgn la selalu leka dgn keadaan selesa yg kita kecapi sekarang.... mmg dgn Agama sahaja hidup kita akan aman tenteram...

Dida... said...

Wslm LoL sweetie..

Laaa.. tak balik lg keeee?? dah lewat tu.... keje keje jugak k.. tp jgn la smpai terlalu lewat malam... ada org nak teman balik tak?

Take a very good care of you..

Dida... said...

Kak Zai...

Saya setuju dgn akak.. kalau kes2 penderaan amah di Malaysia.. setakat ni yg masuk paper mmg majikannya bkn melayu....

Kita seperti takut di negara sendiri... Melayu & bangsa lain yg beragama Islam perlu bersatu dgn pegangan Agama yg kuat... dan pemimpinnya hendaklah memacu negara dgn undang2 yg ditetapkan dlm Al-Quran.. baru negara boleh aman....

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

kita mengharap agar pemimpin malaysia n indonesia dapat mencari jalan terbaik..elak peperangan, nnt US masuk campur, habis la..

Razak said...

Salam...kita berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik bagi mengelak persepsi negatif dan juga sentimen kenegaraan melampau yang mungkin memburukkan hubungan Malaysia dan Indonesia.

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian Itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." Al-An`am: 153

Dida... said...

AnjeRuby...

Ya.. itulah yang terbaik dan sepatutnya dilakukan... kena bertindak segera agar perkara ini tidak lebih buruk... pemimpin harus peka dan tidak mendiamkan diri... Kalau kuasa2 besar sudah mencampuri urusan negara... mmg akan mmburukkan lagi keadaan...

Thanks AnjeRuby for the comment.

Dida... said...

Razak..

Wslm... mmg itulah yg sepatutnya dilakukan.. dan perkara ini harus ditangani oleh pemimpin sebelum ianya menjadi parah... hubungan Malaysia Indonesia sepatutnya menjadi sebuah negara yg lebih erat kerana ianya sebuah negara yg mempunyai penduduk Islam yang ramai..

Mereka harus pulang kepada paksi Agama Islam agar tidak terus menyimpang ke jalan yg sesat...

Terima kasih Razak atas komen yg bernas.

LotsOfLove-Pearls said...

so sweet of ya my lovely friend..
and now kat opis jugak..
best hoooo..
hahhaa...

and bout the blog, rasa nak jer luahkan sstu tapi cukup jika mereka menyedari berapa ramai rakyat Indonesia yang 'menetap' di Malaysia ini samada secra 'ya' atau'tak'..
dan semoga tragedi Tsunami yang berlaku dulu dpt juga 'buka' mata mereka betapa Malaysia tak pernah membiarkan negara Jirannya Sebatang Kara..
Kekadang kita terlalu lewat untuk menyedari..

friend,
thanks keprihatinan ok. semoga seluruhnya aman sahaja..

Dida... said...

LoL dearie...

Apa yg best dkt opis tu? haa.. ni mesti ada apa2... hehe... LoL mmg staff yg dedicated la mcm tu.. org kalau boleh nak balik keje cpt..

Betul juga apa yg LoL kata tu... berapa byk negara kita dah bantu rakyat mereka daripada bencana alam... tu semua diaorang tak nampak.. tp bila sesuatu berita yg belum tentu kesahihannya lagii.. mereka cpt melenting... kdg2 saya cukup kesal dgn sikap mereka yg jarang kita lihat nak berterima kasih...

Sebab tu kita lihat Allah byk turunkan banyak bencana di negara mereka... itupun mereka tak sedar lagi... entah laaa....

ASYIQ said...

Moga semuanya akan kembali seperti. Tak suka gaduh2...carilah jalan perdamaian. Kita serumpun dan seagama....malu dgn orang lain.

Dida... said...

Kak Asyiq...

betul tu... kita kalau boleh cari jln yg menjernihkan keadaan.. bukan lagi mengeruhkan suasana...

Takkan kita nak bergaduh semata2 kerana model tu... tak berbaloi rasa... byk lagi benda yg wajib masyarakat & kerajaan tumpukan utk kebaikan negara...

@Ra^Da PiNko StoRy said...

semua akan selamat..dengan ada nya ALLAH bersama kita.....aminnn~~~~

Dida... said...

Ra^Da..

InsyaAllah... kita berdoa sahaja padaNya moga kita semua dilindungi daripada fitnah dunia... Aminn...

bluehope said...

Ini bukan masalah yg bkaitan dgn kewarganegaraan mana2 negara. Ini masalah psikologi manusia. Kalau iman tu nipis dan pegangan agama tu longgar... tu yg jadi camtu. Bluehope tak setuju kalau sape2 kaitkan masalah ni dgn kewarganegaraan. Ingat sesama kita org malaysia tak dera isteri atau sesape? Ade jgak...

Dida... said...

Bluehope...

Betul saya setuju dgn kamu... Ini berkenaan dgn sikap manusia itu sendiri dan sgaja dperbesar2kan hgga nak melibatkan negara... emosi terlebih la tu...

Mgkin utk mcari populariti murahan... mmg kita pn ada kes penderaan bgitu... tp ada ke sampai nak ajak berperang ke... rasanya belum masuk masuk berita lagi...

miss GAZA said...

Ya ALLAH,
peliharah keamanan ini Ya ALLAH..


akak,
saya takotla bab2 gadoh ngan perang2 ni..


huh!
tringat kat saudara2ku di GAZA.
mereka x punya pilihan kan selain utk berjuang?

Dida... said...

Amiinnn....

Dik... mereka yg di Gaza & Palestin tu Allah dah buka pintu untuk mereka berjihad & mati syahid... di mata kasar mereka mmg menderita ttp di akhirat nanti.. mereka lah yg paling beruntung... harga diri mereka amat mahal kerana terpaksa bergadai nyawa utk mempertahankan negara & masjid suci Aqsa.....

Allah.. akak sebenarnya cemburu dgn pejuang2 palestin... andai diri ini terpilih utk berjuang di Jalan Allah.. akak teringin utk mati syahid... Subhanallah..

Fadhlah said...

tambah lagi..sebnarnya benda nie dah berlaku sebelum merdeka lagi..kumpulan tu pulak,sampai la nie duk menegakkan indonesiaraya(melaysia gabung indon+sabah serawak+beberapa negara asia tengara)..gila tak gila diorang tu...dah hampir 60 tahun dah...
p/s:banyak blog indon yang duk seru gayang melaysia nie(tak percaya ble join blog comunity)...tp itu la..apa diorang ble buat?negara sendiri pon diorang tak ble urus..ini kan nak tambah melaysia...dari segi ekonomi mcm mana?negara dia punya ekonomi mcm mana?jgn kata nak ajak perang...nak makan pon diorang dah susah(mcm mana tu?)..klu masih ingat lagi timor2...apa dah jadi pada negara baru tu...bukan bertambah kaya,lagi teruk ada la...klu kita tengkok national geography pasal negara timor2 tu..untuk menilai org kaya di negara timor2 tersebut adalah mengikut bilangan babi yang mereka ternak--->ha?apakah ini?kenapa harus haiwan babi itu yang diorang bandingkan?bukan ekonomi berupa aliran wang tunai?akhir kata..
ta payah la nak amik port pasal indon nie..yang ramai..rompak kat melaysia pastu lari balik ke negara asal...

Dida... said...

Fadhlah..

Wahh.. panjang lebar ceritanya nya.. saya setuju dgn kamu... dan terima kasih di atas komen dan maklumat yg diberi...

Terima kasih krn sudi membaca dan singgah di blog saya... saya akan menyusul ke blog anda tak lama lagi...