Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.22.2009

Hulurkan lah salam...



"Sesungguhnya seseorang mukmin, apabila dia bertemu seorang mukmin yang lain, kemudian dia memberi salam dan bersalam dengannya, maka berguguranlah dosa-dosa (kecil) mereka berdua, sepertimana bergugurannya daun-daun pokok."


Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di ruangan maya ini... syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin & kurnianya dapat kita menghirup udara yg segar.. & menikmati keindahan alam ciptaanNya yg Maha Agung.... tiada lafaz yg paling mulia selain dari perkataan memuji & bersyukur ke atasNya dengan limpah kurnia yg diberikan utk sekalian makhluknya di atas segala rezeki yg tersedia serta nikmat Iman & Islam semata-mata utk hamba2nya bersyukur & sujud kepadaNya....

Hadith di atas adalah sebuah hadith sahih rujukan dari Al-Albani di dalam Kitab Al-Silsilah Al Sahihah... salah satu hadith yg menunjukkan bahawa begitu penting & indahnya sifat persaudaraan Islam... apakah kita sedar.. dgn salam yg dihulurkan kpd saudara yg kita baru kenali.. kita telah menjalinkan satu ukhwah... dan ukhwah itu amatlah dituntut di dalam Islam... Malah, kita juga ada hubungan Insaaniyah terhadap org2 bukan Islam... itulah keindahan & kecantikan dalam Islam sebenarnya. Dengan terbinanya ukhwah tersebut, wajiblah bagi kita untuk mengamalkan sifat Persaudaraan yg sebenarnya dituntut dalam Islam. Apa erti istilah PERSAUDARAAN sebenarnya? Apakah sudah cukup dengan hanya memberi salam? Persaudaran dalam Islam menuntut kita supaya menjalinkan hubungan yg baik sesama manusia, saling sayang-menyanyangi dan tolong menolong di antara satu sama lain..Dan tolong menolong di sini tidak terbatas dgn tenaga dan juga wang ringgit.. tetapi juga dengan doa yg ikhlas dari seorang saudara kepada saudara muslimnya yang lain...

Dari segi wang ringgit... Usahlah kita hanya mementingkan diri kita kerana rezeki yang kita terima dari Allah itu sebahagiannya telah ditentukan untuk kita sedekahkan ke jalan Allah.. membantu saudara kita di dalam kesusahan dan juga membantu usaha2 dakwah serta jalan2 Agama Islam yang lain... Janganlah kita bimbang akan berkurangannya rezeki itu kerana setiap pemberian yg ikhlas pasti Allah akan memurahkan rezeki kita berlipat ganda.. jika tidak di dunia ini.. di akhirat nanti pasti akan diberi ganjaran yg tidak terhitung banyaknya oleh Allah SWT... dari situlah datangnya keberkatan di dalam hidup dan hidup akan merasa tenang serta hati pun akan merasa aman utk beribadah kepadaNya.

Tetapi, perlu diingat.... sebanyak mana pun hasil pendapatan kita.. jika kita tidak membelanjakan ke jalan Allah dan membantu saudara kita yg di dalam kesusahan... pasti hidup akan sentiasa tidak mencukupi... dan ada sahaja wang yang akan dibelanjakan untuk perkara2 yg sia-sia... dengan sebab itu, hati akan sentiasa runsing krn asyik memikirkan wang yg tidak cukup itu dan paling dikesali sekiranya kesan drpd itu sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti ibadah kita kepada Allah..



Hidup di perantauan yg menuntut jalinan ukhwah yg erat...

Rasulullah bersab
da:
اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya adalah laksana bangunan yang saling menguatkan satu bahagian dengan bahagian yang lainnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

مَثَلُ الْمُؤْمِنِ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَ اشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak boleh tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Perkara2 penting untuk kita ketahui dan untuk kita amalkan utk menyemai tali ukhwah adalah seperti berikut:
  1. Menegakkan solat berjamaah di masjid (bagi kaum lelaki) ini adalah kerana ketika kaum muslimin bertemu sebanyak 5 kali sehari semalam untuk solat berjamaah, mereka akan saling mengenal sehingga hati mereka akan saling terpaut & mendatangkan rasa kesatuan hati.
  2. Saling memberi salam di antara satu sama lain dan tidak bersifat acuh tak acuh. Di antara tanda2 kiamat semakin hampir ialah apabila sesama Muslim bersifat acuh tak acuh terhadap saudara seIslam mereka dan hanya memberi salam kepada kenalan mereka sahaja...
  3. Membantu meringankan beban yg sedang menghimpit saudaranya
  4. Saling memaafkan
  5. Menjauhi perbuatan maksiat
  6. Saling mendoakan saudaranya dengan kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda:“Jika seseorang mendo’akan saudaranya tanpa pengetahuannya, maka Malaikat pun akan mengatakan: (semoga) engkau mendapatkan sebagaimana yang engkau doakan (kepada saudaramu).” (HR. Muslim)
  7. Mengamalkan hadith tentang hak seorang muslim terhadap muslim yg lainnya seperti yang tertera di bawah ini:
Rasululullah S.A.W bersabda:
“Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Demikianlah beberapa perkara asas yg penting yang dengannya akan tertegaklah ukhuwah Islamiyyah yang kita dambakan bersama itu, Insya Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk mengamalkannya... kerana dengan adanya ikatan ukhwah antara kita.. baru lah sempurna Iman seseorang itu... InsyaAllah...

Sekian, Wassalam.

22 comments:

Abd Razak said...

Salam Dida...

Memberi salam, ibadah yang paling ringan namun ianya sering terabai, padahal Allah peringatkan, "Fastibiqul khairat" (berlumba-lumbalah dalam kebaikan dan ibadah kepada-Nya).

Diperingatkan juga, "Hai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuni nya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat". (QS. an-Nur: 27)

Bantulah saudara2 kamu dengan mengeluarkan sebahagian dari harta agar terlepaslah mereka dari kesusahan. Allah berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. 2:261)

ASYIQ said...

Perkara yang sering memutuskan silaturrahim ialah buruk sangka dan hasad dengki.

Sebaik2nya kita perlu sentiasa sedar dua penyakit merbahaya ini agar tidak menguasai diri kita...

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Sebagai seorang guru,akak hari2 memberi dan menjawab salam daripada pelajar,anak, suami dan kawan2. Beruntungkan jadi guru...
he..he..pakat2lah ambil borang jadi guru ^_^

Ummu Mishkah said...

Salam..
Nak bagi salam untuk dida... :)
Kurang waktu sikitlah lately.. sori yer tak leh nak berlama-lamaan!

Dida... said...

Razak..

Alhamdulillah... di ruangan ini menjadikan kita tempat utk berkongsi2 hadith, firman Allah dan juga pandangan yg baik.. utk kita hayati dan amalkan dlm hidup seharian kita....

Teruskan berdakwah wahai saudaraku.. moga kita semua di dalam rangkaian silaturrahim ini mendapat pahala atas hasil usaha kita di jalan agama Islam yg masih sedikit ini... InsyaAllah...

Dida... said...

Salam Kak Asyiq..

Benar tu.. kita kena harus lah berbaik sangka sesama manusia... perasaan hasad dengki iaitu perasaan tidak boleh melihat org lain berjaya adalah satu sifat yg amat keji jika dia menganiaya saudaranya sendiri... jika kita iri atas sebab kita ingin memotivasikan diri kita.. itu tidak mengapa... asal jangan kita memudaratkan orang lain...

Kita kena sentiasa membuat check n balance ke atas diri kita.. iaitu mahasabah diri.. apakah kita benar2 sudah menjalankan tanggungjawab kita kpd Allah dan juga kpd saudara semuslim kita...

Dida... said...

Salam kak Shaniza...

Mmg beruntung menjadi seorang guru krn punyai banyak kelebihannya... Guru adalah profession yg mulia krn menyampaikan ilmu utk membina sahsiah dan intelek manusia.. Hanya guru yg ikhlas mengajar dan benar2 menjadi pembimbing shj merupakan guru2 sejati....

Boleh senang2 ke apply jd guru? hehe..

Dida... said...

UmmuMishkah..

Waalaikumsalam kak... it's ok.. saya memahami tugas akak yg menuntutkan pengorbanan masa yg lebih... apa yg paling utama.. diutamakan...

Terima kasih kak krn dlm sibuk2 tu sempat juga singgah di blog saya dan tinggalkan pesan di sini.... Saya amat hargainya...

Selamat menjalankan tugas dan selamat membuat persiapan utk majlis di hujung mggu nanti...

Semoga bergembira dan ceria2 selalu.. :)

Dearie Pearls said...

Salam wahai Sahabatku yang manis, Dida..
Thanks for sharin this ok.
Bermanfaat untuk difikirkan bersama.

Cerita tentang ESQ:
Dlm ESQ ada amalan yang dibiasakan iaitu Salam Semut. Well you know my dear.. Mula2 memang agak kekok nak salam laga2 pipi tapi LOL mudah biasakan diri. Dan kalau terjumpa LOL nanti jangan malu2 nak salam semut ngn LOL ok. Hehe.. Salam semut is mcm biasa tu ar. laga2 pipi 3 kali.. Beberapa kali time ESQ tu pipi LOL jadi mangsa. Bukan laga tapi kucup.. Hohooo.. Mujurlah LOL bukan jenis yang merah kalau malu tapi yg buat camtu kebanyakan makcik2 lah.. Ada yg umur 50/60/70 datang ESQ tu dah tabik springlah ngn dorang.

Ada seorang nenek tu yang memang xleh nak banyak gerak. Kalau kami di arahkan salam kiri kanan depan belakang, dia susah nk gerak tapi LOL datang kat dia. salam dia but dia hug LOL.. Sangat mengharukan.

banyak pengalaman time ESQ tue.

Demikian sharing hari ni.
Hehe..
You take care my friend..

Salam Ukhuwah,
-LOL-

atie said...

salam dida,
semoga ukhuwah yang kita jalinkan walaupun di alam maya nie sentiasa diberkati Allah S.W.T.

salam ukhuwah dari kak atie

Arianni said...

Salam dida..
Berilah salam kpd semua saudara Islam tanpa mengira darjat, pangkat, harta dan rupa.. Sesungguhnya sesiapa yg menjalinkan hubungan silaturrahim akan dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya..

Dida... said...

Sahabatku LoL...

Mendengar cerita dr LoL ttg ESQ tu.. sy dah dpt bygkan mmg bagusnya program itu... untung LoL krn terpilih utk hadir ke kursus tersebut. Bukan semua orang berpeluang pergi.... jd LoL adalah org yg bertuah di antara yg bertuah...

Salam semut? hehe.. 1st time dengar.. mcm comel je istilah ni.. kalau LoL nak tau.. dkt Arab ni.. mmg dah jadi kebiasaan org dkt sini.. even org lelaki pun buat mcm tu... ia akan menambahkan lagi kemesraan yg sedia ada...

Kalau jumpa LoL mesti lah nk buat mcm tu.. tanak lepas peluang punya... tp jgn la malu k kalau kena cium pp lagi... :) Bila agaknya dpt jumpa yek?

Dida... said...

Wslm Kak Atie..

Mmg itulah yg saya harap2kan apabila sudah mempunyai blog sendiri... ikatan ukhwah itu akan dibina walau dimana & bagaimana pun caranya... Saya gembira mempunyai sahabat2 Maya yg sedia ada termasuk Kak Atie..

Terima kasih krn sudi menghulurkan salam ukhwah di sini.. saya dgn berbesar hati menyambutnya...

Dida... said...

Arianni...

Wslm... Terima kasih krn sentiasa memberi pandangan & berkongsi ilmu di sini.. saya amat menghargainya... moga kita semua dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur khusus utk beribadat kepada Allah..

Dearie Pearls said...

Dear Dida..
Salam semut..?

Ya memang comel kan.. Mula2 tu pun memang xtau tapi dia bagi tunjuk cmner nak buat. Sejujurnya semenjak datang KL LOL xtau nak laga2 tu berapa kali whether 2 or 3 or pipi kanan or kiri dulu. Confius.

First time kena peluk and salam cenggitu oleh tuan rumah time LOL g bercuti kat Johor. Ish, memang 'gayat' ar. Coz kalau cara LOL juz shake hand/hug but more to shake hand ar.

Cium pipi..? Hehe.. Kalau makcik2 / nenek tu boleh ar. Kalau tetiba Dida nak cium pp mesti LOL senyum mcm xder aper2 walhal surprise. :)

Bila nak jumpa?
LOL xtau nak jawab bila..
Kalau Dida kat Malaysia ni boleh lah jwb or LOL ke Arab. :)

Kat Arab sana 100% Muslim?

idasm said...

sekadar berkongsi...
alhamdulillah kak ida sentiasa bersalam cium tgn suami. rasanya dlm sehari ada dekat 10 kali kot. setiap waktu solat lepas jemaah dgn suami. bila suami nak keluar rumah. bila kak ida nak pergi bertugas. bila jumpa suami kat luar. dan bila kembali ke rumah.
mungkin setengah pasangan malu nak bersalam sebegitu apabila di khalayak, tp rasanya elok diamalkan sebab kita sebagai isteri akan rasa tenang dan lapang. sebab semua dosa kita (kalau ada) dgn suami sentiasa dimaafkan oleh suami... lagi satu kalau ke mana2 tu.. rasa selamat sebab dgn restu suami...

zai said...

Salam Dida..
Mmg benar spt kata sdr Razak..memberi salam adalah merupakan merupakan perkara yang paling mudah tapi kini dah semakin dilupakan oleh generasi muda..lebih banyak yang suka mengucapkan hai....dari assalamualaikum..

Kak zai baru terperasan bila terjumpa jiran2 pun..masing2 dah jarang nak mengucapkan salam terlebih dahulu..terus jer berborak..

cun09 said...

salam...
"Rasulullah bersabda : Siapa berusaha menolong keperluan saudaranya hingga terpenuhi atau tidak terpenuhi, maka ALLAH mengampuni dosanya yg terdahulu dan yg kemudian serta menulis utknya 2 keselamatan ; Selamat dari neraka dan selamat dari kemunafikan"

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

Salam Dida :D

hmm... menarik kali ni entry Dida... suka dgn pengajian hadis n tafser... tp xpenah nak tulis cam Dida ni... xpandai nak karang ayat :D

kadang2, senyum pun dah cukup tuk kita eratkan tali ukhuwah kita... dr senyuman la kdg2 bermula segala...

Rindu Dida... wlupun baru kenal Dida... senyuman & dakapan ikhlas buat Dida \(^_^)/

Relevan said...

Salam dida..seikhlas salam kawan beri..moga sentiasa beroleh kejayaan dan sejahtera diperantauan..

Dearie Pearls said...

Salam Sahabat..

Bagaimana perkhabaranmu hari ini..?

Semoga baik2 sahaja ok..

Lama menyepi. Hope evrytin runnin well there..

God Bless..

Unknown said...

salaamun 'alaiki ya ukhti Dida , kaifa haaluk ?
kita lah yg kena cuba hidupkan semula budaya memberi salam ni ,ummi terperasan kalu jumpa org arab yg melancung di m'sia ni diorang lak yg bagi salam kat kita .
tapi org2 kita bila pergi majlis ilmu di surau atau masjid sibuk lak bg salam ketika org lain tengah khusyuk mdengar apa yg disampaikan..yg ummi faham kalu situasi gini tak payah bagi salam