Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.13.2009

Setahun Jagung...


Salam asdiqii yg saya kasihi sekalian...

2 hari lepas sejarah telah tercipta.... bukan dalam sejarah Malaysia mahupun Arab Saudi... tp dalam sejarah hidup saya.... sejarah apa tu? hehe.. sebenarnya 2 hari lepas ulangtahun pertama blog saya... tak sangka... dah setahun rupanya blog saya ni...ALHAMDULILLAH... dulu2 tak pernah terpikir pun yg saya akan ada blog sendiri.... pada pendapat saya, bukannya senang nak maintain kan blog ni... kalau tak iye ye... mmg tak jadi... baru setahun jagung je blog ni...dlm setahun saya dah taip 96 buah n3... tak sempat nak genapkan 100.

Mengenang kembali bagaimana tercetusnya keinginan mempunyai blog sendiri membuatkan saya tersenyum sendirian... semuanya bermula apabila hubby saya berangkat ke Arab Saudi 7hb Julai tahun lepas dan meninggalkan saya selama lebih kurang 6 bulan di Malaysia... seorang sahabat telah mengenalkan kepada saya kepada dunia blogger... sapa dia? Ohh.. Biarlah Rahsia... Kalau dia terbaca n3 saya ni.. saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada dia sebab perkenalkan pd saya dunia ukhwah yg hebat ini. Blog pertama yg saya baca ialah Blog En. Leman... (Tuan punya blog ~Pesanan Buat Kita~) Membaca blog beliau mmbuatkan saya tertarik utk berkongsi sesuatu kepada teman2... akhirnya terciptalah blog Kasih Rizhad.. peneman bicara sepi saya tatkala saya keseorangan....

Sesiapa yang mengikuti blog saya ni sejak dari awal lagi tentu perasan tentang perubahan 'angin' dlm blog saya ini...ketahuilah setiap manusia akan melalui satu fasa hidup yg berbeza dari satu masa ke satu masa yg lain... begitu juga blog ini... yg penting... Hari ini kita harapkan ia LEBIH BAIK DARI SEMALAM... dan ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI... dan begitulah seterusnya.... Manusia perlu kan perubahan utk kesejahteraan hidupnya.... dan saya dah jumpa apa yang harus saya perjuangkan....

Ok, saya tak berhajat utk memanjangkan n3 ini... cukup la setakat itu sahaja serba sedikit tentang kelahiran sebuah blog yg bernama Kasih RizHad... di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan maya saya terutamanya............

Ummumishkah, Saudara Razak, Kak Zai, Sahabat ku LoL, Kak Nik, Arianni, Prof. Madya Abdul Wahab, Kak Asyiq, Kak Atie, Liza, Shaniza, Yatie, Kak Ila........

.........yang sentiasa berkongsi kata2 semangat & pandangan yang bernas di blog saya

DAN TAK LUPA JUGA


kepada.....

Miss Gaza, Kak Arryani, Pu3 Balqis, ECham, Kamitaken, Ila, Linda, Kak Mar, Mama Bungas, Yann, Kak Ema, UmmiWafa, Che Din, Criestz, Ustaz Saifun, Jinggo, MamaQaseh, ASE1, ZiqriFiqry, Kak Ieyla, Modenmama, Kak Norah, kak ckin, En. Taufiq, Seningboyz, anahafifahakim, Kak Mas, Kak Ejalz, Erah, Nett, As, Kak Idasm, Cik Aa, Ummuamirul, dan Pn. N.......

........yang berjaya mencuit hati saya dan membuat saya tersenyum dengan kata2 anda di sini sepanjang tahun saya terlibat dlm dunia blog...

serta semua rakan2 maya & followers blog saya....


PERCAYALAH
.... Anda semua telah menceriakan hari2 saya di teratak perantauan maya ini dan telah menguatkan semangat saya utk terus berkongsi cerita dan apa sahaja ilmu yg bermanfaat... dan akhir sekali... buat 'silent readers' blog ini (kalau ada..).. saya amat menghargai kamu kerana su
di membaca hasil nukilan saya di blog ini... dan teruskanlah membaca .. suka ataupun tidak kamu dengan blog ini... saya harap ada sesuatu yg bermanfaat yang dapat kamu perolehi dari sini.....

Maaf dipinta andai kata... sejak penceburan diri saya ke dunia penulisan blog ini telah tanpa sengaja menyinggung perasaan mana2 individu... jgnlah kerana perbezaan pendapat... terungkainya sebuah ikatan ukhwah.. saya akui.. Tanpa pembaca2 semua.. siapalah saya dan tak bermaknalah blog ini....

kamu adalah istimewa di kaca mata maya saya.... umpama angin.. makin kuat tiupannya.. makin maraklah api semangat saya.... terhenti tiupan itu... maka akan padamlah ia.... Renungkanlah kata2 di bawah ini.......


Justeru itu, blog ini mempunya misi baru yang bersesuaian dgn apa yg saya mahukan selama ini iaitu.. Mencari Cinta Rabbi dengan mencetuskan Semangat Persaudaraan Solehin, Solehah.. Mujahidin & Mujahidah yg Berilmu, Beriman, Beramal & Bertakwa... Restuilah RizHad kerana perjuangannya masih belum selesai....

Sekian, wassalam....

65 comments:

Abd Razak said...

Salam ya ukhtie,

Teruskan usaha dlm menyampaikan perkara yg benar, moga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas ukhtie, serta dipermudahkan dlm segala urusan

Yatie said...

salam....

Buat dida sahabat maya yg ku sayangi....

Selamat ulangtahun pertama blog kasih rizhad ya......semoga selalu mencetuskan idea yang bernas didalam setiap entri mu...

wasallam....


* Thanks yar senaraikan nama YATIE tau....terharu rasa nyer.

Dearie Pearls said...

Sahabatku yang nun jauh di perantauan namun rasanya dekat di hati..

"Umpama angin.. makin kuat tiupannya.. makin maraklah api semangat saya.... terhenti tiupan itu... maka akan padamlah ia...."

Jika aku ibarat angin, akan aku sentiasa bertiup moga maraklah semangamu wahai Sahabatku. Teruslah bersinar di kalangan bloggers kerana aku pasti ada jiwa2 yang senantiasa menantikan karya Sahabatku ini.

Thanks God juga kerana mempertemukan kita di alam maya ini. Biar berjauhan namun ukhuwah demikian eratnya, utuh bak aur dengan tebing, isi dengan kuku..

Kusyukuri hadirnya penulis seperti Sahabat.

Selamat ulangtahun kepada Blog Kasih Rizhad.
Semoga terus berkarya.

Salam,
-Sahabatmu-

hamba said...

Tahniah drp hamba...
moga hayat blog ini berpanjangan..
moga terus menjadi medan dakwah yg berkesan.

*Trime kasih jugak krna melawat blog hamba

Ummu Mishkah said...

Tahniah sis!
Moga kan terus bersemangat mencoret sesuatu yang bermanfaat utk semua.. :)

Unknown said...

Selagi umur panjang. masih ada jalan perjuangan.

ziQRyFiqRy said...

salam..

happy 1st anniversary to Kasih Rizhad..

semoga sentiasa dpt melahirkan n3, cerita dan pendapat yg boleh dikongsi dan dijadikan renungan bersama..

atie said...

tahniah,
teruskan perjuangan Dida

Arianni said...

Salam dida..
Tahniah!! Sudah setahun jagung ye.. Semoga hubungan silaturrahim ini berpanjangan..
p/s Ari pun suka makan jagung..hehe

cik aa said...

slmt ulangtahun blog yg pertama.teruskan perjuangan anda dlm dunia blog..mabruk!

Hanisham Ab Halim said...

Selamat ulang tahun pertama yer Dida... eh silap.. selamat ulang tahun pertama blog Dida... hehhehe

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam alaiki Ya Dida... Mabruk ilaiki.... Tahniah la sebab istiqomah memblogging. Dah satu tahun... ana baru satu bulan lebih sikit. Pengalaman dan kenalan maya anti tentunya lebih ramai. Jagalah ukhwah itu. Satu lagi.. rasanya kesilapan yang tidak disengajakan... award tu dari Ustaz Saifun.. not Ustaz Nasrun.:)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam dida,
alhamdulillah, dah setahun berblog...
semoga terus menulis dan menulis. Tulislah dari hati, kerana ia akan menyentuh hati-hati yang lain.
Tulislah kerana ia medan untuk kita berjihad. Biar nampak kecil, tapi besar sumbangannya!
Tulislah dengan haq kerana tangan kita akan disoal di sana nanti!
salam sayang dari akak untuk dida!

Pengasas said...

Salam Dida,
Selamat ulangtahun blog Kasih Rizhad. Selamat maju jaya.
Tahniah.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Tahniah kerana dah setahun jagung, tapi saya baru kenal blog dida dua tiga bulan kangkung je..
Selamat maju jaya.. semoga Allah memanjangkan jodoh persahabatan di antara kita semua..

Dida... said...

Razak

Saudaraku... terima kasih kerana sentiasa ada di sini utk memberi dorongan dan berkongsi hadith2 nabi serta Firman Allah utk renungan kita & rakan2 kita bersama... Sumbangan saudara di ruangan komen ini amatlah saya hargai..

Honestly, sahabat seperti saudaralah yg menjadikan saya lebih kuat utk terus berdakwah dan terima kasih selagi lagi kerana meniup semangat saya sebagai penulis blog yg baru hendak mengenal dunia ini...

inc3 said...

salam,

congrat sis!
semoga lagi byk info yg bermanfaat utk seme.berdakwah tu jihad kecil kan..teruskan usaha sahabat..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

mabruk!! syiddi halik fi da'wah bil kitabah :D

Dida... said...

Yatie sahabatku yg disayangi jua..

Terima kasih krn sudi menghulurkan tali persahabatan di sini.. walaupun hanya di alam maya tp terasa kehangatan ukwah itu terlalu dekat sekali..

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi peneman bicara saya di sini...

Dida... said...

LoL sahabatku...

Sapaan persaudaraan mu ku sambut dengan penuh penghargaan... kata2mu akan ku semat di lubuk hati dan akan menjadi sinar obor menerangi ruangan penulisan saya ini... sahabat seperti mu bak mutiara di dasar lautan... susah diperolehi & amat berharga nilainya....

Saya amat terharu dengan layanan olehmu di setiap bicaraku di sini wahai sahabat... sekalung penghargaan yg tidak terkira ku berikan buat sahabat ku yg bernama LotsofLove..... sahabat yg sungguh murni dengan kasih sayang...

Moga persahabatan kita di sini akan kekal selama mana yg mungkin...

Dida... said...

hamba...

Terima kasih di atas ucapan saudara.... InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan.. selagi jari masih boleh menaip & selagi minda masih boleh berfikir... akan saya teruskan dunia penulisan ini selama mana yg mampu...

Terima kasih jua kerana sudi berkunjung dan meninggalkan jejak saudara di sini...

Mzakibm said...

Salam, aku ke orgnyer yg kenalkan dunia blog ni kat kau? kalu x salah masa tu kat KLIA habis ambil award tuk Titan kan. Kalu betul aku nak hadiah! Btw Blog aku sendiri pun hidup segan mati nggak mau. Hehehe
Ma'assalamah.

Dearie Pearls said...

Sahabatku Dida...
Tak terkata rasanya membaca tulisanmu itu...

Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabatku..
Aku menghargai hadirmu sebagai Sahabat dlm dunia maya dan aku pasti juga secara realiti engkau adalah teman..

Semoga segala apa yg Sahabatku ini hajati akan menjadi kenyataan..
Moga dipermudahkan segala urusan..


Salam,
Sahabatmu.

Dida... said...

UmmuMishkah..

Kakakku ini juga sentiasa bersama2 menceriakan dunia penulisan saya di sini... Terima kasih kak kerana berkongsi rasa & pandangan dlm blog ni... saya amat hargai setiap komen2 akak... moga kita sentiasa berkongsi segala ilmu yg bermanfaat utk kebahagian hidup kita dunia & akhirat...

Terima kasih saya ucapkan sekali lagi... buat UmmuMishkah...

Dida... said...

Budak kampung Online..

Ya.. selagi umur panjang.. perjuangan tak akan terhenti dengan izin Allah... saya akan cuba teruskan bidang penulisan blog ini utk menyampaikan apa sahaja maklumat dan ilmu yg berguna utk tatapan semua.... moga saya sentiasa istiqomah dgn perjuangan saya ini...

InsyaAllah...

Dida... said...

ziQriFiqry..

Terima kasih atas ucapan.... InsyaAllah, itulah misi utama blog ini sekarang... menyampaikan apa sahaja yg baik buat pedoman kita bersama.... thanks a lot for your support... :)

Dida... said...

Atie...

Terima kasih kak Atie atas ucapan dan kerana menjadi sebahagian drpd sahabat RizHad yg menceriakan dunia blog saya... I really appreciate that... :)

Dida... said...

Ariani..

Terima kasih Ari... ya.. baru setahun jagung.. dan baru nak mengenal dunia dakwah... banyak lagi yg saya perlu pelajari dan perbaiki dlm hidup ini.... InsyaAllah apa yg baik akan dikongsi di sini...

Saya pun berharap silaturrahim di antara semua sahabat2 saya di sini berpanjangan... Terima kasih banyak2... saya dah lama tak makan jagung cup corn... :)

Dida... said...

Nor a.k.a Cik Aa..

Terima kasih nor... nama nor tertinggal plak dkt sini.. sorry.. x perasan... tp Nor bkn sahaja sahabat blog tp juga sahabat sepengajian saya... Thanks coz banyak kali tolong saya.. especially bab belikan barang2.. hehehe.... nnti saya add nama Nor dkt sini...

Thanks a lot for your kindness all this time... :)

Bila nak bagi resepi kuah kacang ayam?? heheh...

Dida... said...

Webmaster...

Thank you.. thank you... ulangtahun saya dah yg ke-3 dah... heheh.....

Terima kasih atas ingatan ini... you keep on blogging dan hidangkan cerita2 yg menarik diblog awak ok... saya suka baca penulisan awak di sana...

idasm said...

dida... selamat ulang tahun buat KASIH RIZHAD. tak sangka dah setahun dida menulis yea. akak baru aje dlm dunia blog ni.. hehe..
tulislah tanpa henti...

Dida... said...

Ust. Saifun..

Maaf ya.. semalam ana add award tu dah dekat pukul 2pg... mamai agaknya.. tertaip nama Nasrun pulak.. ntah sapa la pulak Nasrun tu.. Terima kasih ya akhi.. atas pesanan anta itu...

MasyaAllah.. baru sebulan lebih tapi isi blog anta sungguh bagus sekali.. teruskan istiqomah berdakwah melalui blog.. moga ada ganjaran atas usaha ini di sisi Allah...

Dida... said...

Wslm Kak Nik..

Sesungguhnya saya amat tertarik dgn kata2 akak di ruangan komen kali ini:-

"Tulislah dari hati, kerana ia akan menyentuh hati-hati yang lain.
Tulislah kerana ia medan untuk kita berjihad. Biar nampak kecil, tapi besar sumbangannya!
Tulislah dengan haq kerana tangan kita akan disoal di sana nanti!"

Sungguh besar & mendalam maknanya... mmg akak seorang penulis yg berbakat & tak kering dgn kata2 yg penuh hikmah.. I wish to be like you one day... menulis dgn mata hati.... kerana saya rasa belum sampai ke tahap itu lagi..

Terima kasih wahai Kak Nik ku sayang... kata2 akak merupakan satu azimat buat saya utk terus berjuang dlm bidang penulisan ini... :)

Dida... said...

Prof..

Terima kasih di atas ucapan itu... saya hargai salam ukhuwah yg Prof hulur kan pada saya... saya teringat lagi kata2 Prof waktu pertama kali berkunjung ke sini "Bagus blog ni. Blog Keamanan" Komen yg pendek tp penuh makna...

Thanks ya prof kerana sudi baca blog saya yg masih banyak kekurangannya lagi ini... :)

Dida... said...

Shaniza...

Ayat yg menggelikan hati saya.. "baru 2-3 bln kangkung" hehehe... kelakar bunyinya... anyway.. terima kasih di atas ucapan shaniza di sini... saya benar2 hargainya...

Ya, moga jodoh persaudaraan kita di sini akan berkekalan selamanya.. amin....

Dida... said...

inc3...

Linda.. terima kasih atas ucapan tahniah.. komen yg ringkas tp bertepatan dgn apa yg saya inginkan... Ya.. saya ingin berjihad.. saya ingin menjadi Mujahidah Fi Sabilillah... saya ingin syahid di jalan Allah.. tp saya tak mampu utk jadi pejuang peperangan.. ini sahajalah yg saya termampu untuk agama Islam... Doakan saya moga hajat saya ini termakbul...

Dida... said...

NorrulLisza...

Syukron Jazillan ya ukhtie... ana tak pandai nak balas balik dlm bahasa Arab.. sbb Ana Tholibatun Jadidah..

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca di blog ini... kedatangan ukhtie amat dialu2 kan..

Dida... said...

MZakiBM...

Alamak bro.. baru nak rahsiakan identiti anta dkt sini.. dah pecah rahsia plak.. ni kak Yann blm dtg bg komen lagi ni.. hehe..

Nak hadiah??? saya doakan je lah moga bro sihat & murah rezeki serta diberkati Allah selalu.. rasanya doa seorang sahabat adalah hadiah yg paling bermakna buat anta sekeluarga...

Ye lah.. blog Dzalkafyaa tu bila ntah nak bernyawa balik.. tp Mem punya blog HOT selalu... mana2 pun sama... kalau dah husband n wife.. tp uda tanak plak tulis dlm blog... huhuhu..

Dida... said...

LoL sahabatku yg berhati mulia..

Terima kasih atas doa2 itu... I really appreciate it from the bottom of my heart...

... dan saya juga percaya LoL seorang Teman yg sejati di alam realiti... bertuah sesiapa yg bergelar sahabat kepada LoL...

Hope u'll b my fren 4eva...

Dida... said...

Kak Idasm..

Terima kasih kak... ye.. dah setahun.. tp rasa baru je mengenal dunia blog yg penuh warna warni dan penuh cerita suka duka....

Terima kasih kak atas perkenalan ini.... belum baca lagi update baru tentang akak di Hongkong... suka baca cerita2 kembara akak di sana... :)

Unknown said...

salam ziarah dan salam kenalan , semoga blog ini dapat mberi manfaat pd akak dan rakan2 yg lain

Lavender Pelangi said...

selamat menyambut ulang tahun pertama berblogging..saya tak sampai setahun lagi..=)

Dearie Pearls said...

Kehadapan Dida..

Bagaimana perkhabaran sahabatku hari ini..?

Moga sihat semuanya.

LoL dh upload pict kat blog LoL demi Dida.
Hehe.. Kan LoL xsuka menghampakan..
Hehe..

Jam 3am nnt Dida tengok ar k..
aftr tht LoL will remove balik.
Hehe..
Sebagai tujuan berjaga-jaga kerana kalau didapati d opis, habis malu LoL.
Hehe..

Ok, take gud care my sweet friend

Unknown said...

Selamat Ulangtahun Ptama buat blog Kasih Rizhad..mdah2an Dida dpt mncetuskan byk lagi kta2 ilmiah utk kami semua followers Kasih Rizhad..

Re:Thank u so much coz sudi bg pndapat d blog sya..sayaaaang Dida

cun09 said...

Salam...
tahniah utk u/tahun blog KASIH RIZHAD yg ke 1...
liza pun tak sangka tetiba bleh masuk "umah" Dida niii...dan n3 pertama baca adalah ucapan besday suami Dida... tali persahabatan maya nii menarik kita agaknye ;)
semoga lagi byk ilmu yg bermanfaat utk kita sama2 bkongsi...
salam persahabatan...
*tq coz name liza tersenarai gak sbagai sahabat*

ASYIQ said...

Akak pun menghargai Dida sebagai sahabat maya akak....moga silaturrahim kita berkekalan.

Dida adalah sebahagian dari kehidupan akak...syukran jazilan.

REENAZ said...

Hepi befday!!!Lebih kurang jer yer umur blog kita nih!hehehehe...

Sos tiram, kicap, sos cili akan menemuimu lagik 2minggu lagiiiii!!!!Sabarrrrrrrrrrrrr......hehehehe

zai said...

Salam Dida..
Maaflah terlambat nak beri komen..baru jer datang jenguk blog
Dida..dah terlalu ramai peminat yg beri komen..hehehe, harap belum terlambat..
Apapun kak zai sangat gembira mengenali Dida sahabat maya yg banyak memberi komen2 membina diblog kak zai..Bagi Kak Zai Dida adalah seorang yg begitu friendly dan so sweet..ibarat bunga yg sedang mekar...hanya satu kata pepatah dari kak zai...

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya...

Justeru itu akhlak yang baik adalah bermula dari hati yang baik juga .....mcm Dida... hehehe semoga ceria selalu

Dida... said...

Ummihumaira...

Terima kasih krn sudi berkunjung dan meninggalkan pesan di sini.. salam perkenalan dari Dida juga ....

InsyaAllah.. saya akan cuba menulis selagi yg termampu..

Dida... said...

Lavender Pelangi...

Terima kasih banyak2... Selamat datang ke sini.. dan selamat berkenalan dan salam ukhwah dari saya... :)

Dida... said...

Sahabatku LoL...

Tiada perkataan lain yg dpt ku ucapkan hanyalah terima kasih yg tidak terhingga for your understanding and careness.... love it very much... hari ni saya dpt guna internet awal sikit.. pukul 12 waktu malaysia.... jap lagi saya terjah blog LoL ya.. tak sabar nak tengok senyuman yg manis itu... :)

Dida... said...

MamaQaseh...

Sayang MamaQaseh juga... :)) walaupun kita baru je berkenalan terasa kehangatan ukhwah itu sungguh dirasakan.. terima kasih kerana sudi menjadi sahabat RizHad...

Kehadiranmu menceriakan hari2 saya di sini.... Terima kasih buat ucapan ulangtahun itu.... moga kita persahabatan kita akan berpanjangan..

Dida... said...

cun09..

Terima Liza sahabatku... mmg alam maya ini telah menarik kita utk menjalinkan ukhwah di sini... dan Liza terpilih dan saya terpilih utk sama2 terikat dgn persahabatan yg indah ini...

InsyaAllah... jika diizinkan olehNya, akanku terus berkarya demi memanjangkan ukhwah ini..:)

Dida... said...

Wslm Kak Asyiq..

Terima kasih kak krn selalu ada utk saya di sini... dan akak juga merupakan sebahagian dari dunia maya saya.....

Terima kasih atas segala ucapan & pesanan akak serta pandangan yg bernas sepanjang kita berkenalan... semoga persahabatan ini tidak akan berakhir di sini...

Dida... said...

Kak Ina...

Thank you... ha'ah.. Birthday blog kita lebih kurang sama... lat bape hari je.. tp akak nye blog lahir dulu arr.. hehehe...

Haaa... syoknya cuti2 Malaysia... ok.. akan ku sabar menanti barang2 azimat dari akak itu... Terima kasih kak krn sudi tolong belikan.. jasamu akan ku kenang smpai bila2...

Dida... said...

Salam kak Zai...

Its ok... terlambat tak bermakna kita lupa... Janji ingatan tulus dari akak utk saya sentiasa ada utk saya.. dan itu amat bermakna sekali buat saya... tanpa sahabat seperti akak mendampingi saya.. siapalah saya dan blog saya ini...

Akak juga telah bnyak meniupkan kata2 semangat buat saya.. seorang manusia biasa yg hanya ingin mencari kesempurnaan dalam hidup & agamanya...

Saya yang masih dalam usaha utk perbaiki diri saya... moga Allah tetapkan iman kita & istiqomah dalam mencari kesempurnaan iman...

Saya sayang akak & sahabat2 yang lain.. teruskan perjuangan wahai serikandi Islam...

ibundo said...

Salam perkenalan dari kakpah.

Relevan said...

Salam dida..hidup adalah 1 perjuangan..

ihsan incalescence said...

salam kak ida..
wah da setaon ye..
epi besday =)
sy nye blog bwu je sebulan..
tp da 12 000++ y viewer..
nnti cukp setaon sy nk tls entry cmni la.. sy pon ade cite sndwi nape sy wat blog..
n sume tu bile sy tgk blk mmg ALLAH da rancang utk bg sy terdetik hati utk wat blog..
kalu x sy kate apela besh nye wat blog.. huhu..

n last..errmmm akak..
nick sy criestz l0r~..
mane z nye.. tetinggl kt uma ea =P

Dida... said...

Kak Pah...

Salam perkenalan dari saya juga... terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini dan mghulurkan salam ukhwah kpd saya...

Dida... said...

Wslm Relevan..

Ya betul... saya setuju dengan saudara... tp perjuangan yg mcm mana yg harus kita tegakkan... perjuangan membela Ad-Din Allah lah yg paling utama & mulia...

Marilah kita sama2 berjuang di atas nama agama Islam yg kita cintai ini..

Dida... said...

wslm adikku Criestz..

Minta maaf.. akak x perasan yg huruf 'z' tu tertinggal.. nnti akak betulkan..

Adik beruntung kerana blog adik ada tarikan yg tersendiri utk pengunjung sentiasa berkunjung ke sana... hidangkan lah dgn cerita2 yg mampu membuat pengunjung terus setia menatap blog adik... tahniah akak ucapkan..

Ok.. akak tunggu blog adik genap 1 tahun.. thanks ya..

Dida... said...

PowerRenjis...

Terima kasih krn sudi meninggalkan jejak di sini...

InsyaAllah akan berkunjung ke blog saudara satu hari nanti...

smurf said...

Salam Dida ,
Selamat Ulangtahun yang pertama .
Walaupun setahun jagung , blog ini memberi byk faedah dan manfaat bg semua yg mengikutinya disamping dapat berkongsi ilmu .

terima kasih jua kerana sudi menjadikan akak sahabat di alam maya ini ...

Dida... said...

ASE1

Wslm kak... Terima kasih atas ingatan dari akak... Sebenarnya blog ni walaupun baru setahun.. masih banyak lagi kekurangan di sana sini and need more improvement in writing skills...

Terima kasih jua buat akak yg sudi berkunjung ke sini...