Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.29.2009

Untuk Koleksi Gubahan Atie...



Assalamualaikum...

N3 ini khas untuk sahabat2 saya yg sentiasa ingin memperbaiki dirinya ke arah yg lebih baik semata2 untuk kebahagian diri di dunia & juga kebahagian di akhirat nanti.. dan sesungguhnya kebahagian di akhirat jualah yang paling didambakan kerana di sana nanti merupakan destinasi yg kekal abadi utk setiap makhluk ciptaan Allah SWT............. dan terutama juga utk Kak Atie dari Koleksi Gubahan Atie.

Utk pengetahuan semua, beliau adalah seorang usahawan wanita Melayu yg berjaya dalam perniagaannya. Beliau ada menerima tempahan gubahan perkahwinan dan 'cup cakes' utk tetamu majlis.... Berminat? silalah berkunjung ke
blognya jika ingin menempah atau berkenalan dengan beliau...


Mengapa saya menyebut nama Kak Atie di sini? Sebenarnya, saya ada permintaan dari beliau utk buat satu N3 berkenaan dengan puasa ganti... sememangnya spt yg pernah saya nyatakan sebelum ini, saya bukanlah tempat rujukan yang paling tepat utk bertanya tentang hal-hal agama kerana ilmu yg saya ada masih lagi terlalu cetek dan tidak layak lagi utk bersoal jawab tentang Agama... semua artikel di sini adalah daripada hasil bacaan saya dan drpd majlis2 ilmu yg saya dpt dan saya olah perkataannya agar lebih difahami dan lebih ringkas... Tugas saya di sini adalah semata-mata utk berkongsi dan menyebarkan ilmu daripada apa yg saya perolehi itu... semata-mata utk mengajak manusia kepada kebaikan dan utk meraih keredhaan Allah SWT...

Walaupun demikian, saya akan cuba semampu yang boleh utk memenuhi permintaan Kak Atie. Sebelum saya berkongsi ilmu tentang puasa ganti... ingin saya sampaikan beberapa info yg saya dapat di Majlis Ilmu yg saya dan rakan2 hadiri pagi tadi....

Kebetulan, di kelas bahasa pagi ini... ustazah saya ada menyentuh tentang kebaikan beramal di bulan Syaaban dan amalan2 utama yg dianjurkan di dalam bulan ini iaitu seperti banyakkan Berzikir, membaca Al-Quran, Bersolawat atas Nabi Muhammad SAW, Berpuasa, Qiyamullail dan juga Bersedekah... ada juga sahabat2 yang berpendapat mengapa di dalam bulan Syaaban kita harus perbanyakkan amalan kita? Bukankah dibulan2 lain juga kita digalakkan untuk tingkatkan amalan kita setiap masa... Ya.. saya setuju benar dgn pendapat sahabat itu.... Tapi, apa pula keistimewaan bulan Syaaban ini?

Bulan Syaaban seperti semua sedia maklum ialah bulan di antara bulan Rejab & Ramadhan dan merupakan bulan yg manusia akan menerima byk ganjaran hasil drpd usaha ibadah kita selain drpd 4 bulan mulia yg lain.... yg dipanggil sbg bulan2 Haram... Firman Allah SWT: (Surah At-Taubah:36)

"Sesungguhnya bilangan bulan2 di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, yg telah ditetapkan di dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan yg dihormati......."

...... iaitu bulan Rejab, Muharram, Zulkaedah & Zulhijjah. Di dalam bulan2 ini kita diharamkan utk mencetuskan sengketa, berperang dan berbuat kejahatan.... kerana Allah SWT telah memilih bulan2 ini sbg bulan yg mulia.... di mana amalan ibadat di dalam bulan2 ini akan dilipat gandakan pahalanya dan juga segala dosa yg kita lakukan juga akan dilipat gandakan balasanNya... oleh itu, jauhilah berbuat dosa di dalam bulan2 ini dan banyakkan lah ibadat dan amalan sedekah.... tetapi, hanya di Bulan Syaaban sahaja Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan puasanya drpd bulan2 yg lain dan bukannya di dalam bulan2 haram.... mengapa begitu??

Di dlm entry yang lepas, saya ada menyatakan bahawa terdapat hadith sahih yang mengatakan bahawa Rasululullah SAW paling banyak berpuasa pada bulan ini. Sila rujuk di sini. Dalam hadith tersebut, Baginda SAW ada menyebut bahawa Baginda mahu amalan ibadat baginda diangkat ke langit dalam keadaan baginda berpuasa.... mengapa Baginda SAW berkata demikian?

Berkata Rasulullah SAW:

"Itulah bulan yang banyak manusia lalai daripadanya antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan (iaitu bulan Syaaban), padanya diangkat amalan kepada tuhan sekalian alam, maka aku suka untuk diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa"

Yaa.. amalan kita sepanjang tahun akan diangkat pada bulan ini (Syaaban)..... jadi sebagai manusia yg tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan lalai dlm beribadat, pada bulan inilah kita digalakkan berusaha utk memperbaiki dan menambah amalan kita agar apabila amalan kita diangkat utk dipersembahkan kepada Allah SWT... Allah akan menerima amalan kita dengan keadaan yg baik... Mudah-mudahan amalan kita sepanjang tahun hijrah 1430 ini diterima oleh Allah SWT.... Amin..

Ok, beralih pula pada topik ganti puasa @ puasa Qadha..... khas untuk Kak Atie dan sahabat2 saya yang ingin perbaiki amalan berpuasa...

Yazid ar-Raqqasy rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri:

'Celakalah engkau wahai Yazid, siapakah yang akan menggantikan solat engkau setelah meninggal dunia? Siapakah yang menggantikan puasa engkau setelah mati? Siapakah yang memohon keridhaan Rabb untukmu setelah engkau wafat? Kemudian ia berkata, 'Wahai manusia, apakah engkau tidak menangisi dan meratapi dirimu sendiri di hari-harimu yang masih tersisa? Siapa yang kematian mencarinya, kubur sebagai rumahnya, tanah sebagai tempat tidurnya, ulat sebagai temannya, di samping itu ia sedang menunggu kejutan terbesar, bagaimanakah keadaannya?' Kemudian dia menangis sehingga jatuh pingsan.

Ternyata.. puasa ganti bagi puasa Ramadhan adalah hukumnya Wajib... dan tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan puasa tersebut selain daripada dirinya sendiri..... Firman Allah SWT....

“…maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain….”[2:184]

Saidatina Aisyah r.a. menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

Jelas di sini, Saidatina Aisyah r.a. juga memperbanyakkan amalan puasa di bulan Syaaban tidak kira samada puasa sunat atau pun utk puasa Qadha. Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih:

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Namun jika seseorang itu tidak mampu menggantikan krn uzur atau tua maka diwajibkan ke atasnya membayar fidyah.

“…Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. 2:184)

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai ibadah puasa bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi... silalah layari laman web berikut:


http://www.soaljawabpuasa.co.cc/


Sekian sahaja perkongsian ilmu di RizHad untuk kali ini... moga sahabat2 beroleh manfaat darinya...

Wassalam...

48 comments:

Abd Razak said...

Salam dida...

Alhamdulillah, entri penuh dengan nasihat dan pengajaran, ambillah daripadanya utk menuju jalan keredhaan Allah.

Menggantikan puasa yang tertinggal adalah lebih afdal. Kita digalakkan bersegera melakukan kebaikan, sebagaimana firman Allah:

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." Al-Baqarah: 148

Manusia tidak tahu bilakah ajalnya akan sampai. Oleh itu hendaklah lebih berhati-hati. Menunaikan tanggungjawab dan menggantikan apa yang terluput dapat menjaminnya di akhirat.

Unknown said...

Alhamdulillah..pg2 lagi sya dh dapat bca ilmu yg amat berguna..Mekasih Dida sntiasa sudi bkongsi ilmu yg amat baik utk amalan kita basama wlaupun dirimu jauh nun di sana tp yg pntg kita dekat d hati kan..

Puan Ninie said...

salam kak
terima kasih byk2 tuk info akak...:)
banyak yg nninie dpt dekat sini...terma kasih sudi kongsi ilmu....;)

salam sayang dari jauh..kalau ada info baru akak post ye..

saya ni pun hambanyer yg daif dgn ilmu2 begini kak..masih byk perlu di pelajari dan ketahui..

atie said...

Salam Dida,
Terima kasih kerana dida sudi n3 topik tu , nampak jelas akan hukum wajib bagi puasa qadha nie...sebagai perempuan akak dapat melihat ramai sangat yang ambil mudah tentang puasa qadha. nie.. jadi biar la jelas dan yata untuk menerangkanya...macam akak nie ilmu tak banyak nak nasihat lebih2... tengah belajar.. apa2 pun terima kasih banyak-banyak...
salam dari akak atie.

Fadhlah said...

alhamdulilaahhhhh--->nanti hantar email kat akukidik@gmail.com
padlah dah buat private blog laaa

Dida... said...
This comment has been removed by the author.
Dida... said...

Saudara Razak..

Memang benar... perkara2 yg kita berhutang dengan Allah hendaklah kita segerakan membayar balik hutang ibadah itu kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita...

Bersiap sedia dgn lebih awal adalah lebih digalakkan spy kita tidak leka dengan hutang yg paling penting utk dilangsaikan itu...

Bak kata ustazah saya... this is not joke.. this is ibadah to Allah!

Dida... said...

Mama Qaseh...

Terima kasih krn pagi2 lagi dah sudi jenguk blog saya... :) moga hari2 MamaQaseh bermula dengan perkara yg baik dan juga berakhir dgn perkara yg baik juga... InsyaAllah...

Dida... said...

miez sha..

Wslm ninie.. sama2 kasih... terima kasih krn sudi membaca coretan ilmu di sini... InsyaAllah.. selagi diizinkan Allah.. akak akan sentiasa berkongsi ilmu yg ada...

Salam sayang jua utk ninie dr kejauhan ini.. :)

Dida... said...

Wassalam Kak Atie...

Lega saya bila kak Atie dah baca n3 ni.. harap2 email saya pun akak dah baca..

Kita sebagai org Islam haruslah berpesan2 agar mereka tidak terus lupa utk mengerjakan sst yg wajib dibuat jika tidak mahu menanggung sekali dosa mereka kerana membiarkan mereka terus lalai... Janji tanggungjawab org yg mengingati sudah selesai krn memberitahu..

Terpulang kpd si pembuat samada beliau mahu lakukan ataupun tidak.. ttp beritahulah scr berhikmah agar beliau segera bertaubat dan menjelaskan hutang kpd Allah itu...

Dida... said...

Fadhlah..

InsyaAllah... nanti saya akan emailkan kpd saudara....

Mengapa diprivatekan? tentu banyak info yg menarik di sana...

ieyla said...

Salam...banyak betul ilmu yg saya perolehi bila berkunjung ke blog akak....terima kasih yg tak terhingga coz sudi berkongsi sedikit sebanyak ilmu agama yg akak ada....amat2 dihargai....

atie said...

Salam Dida,
Akak ada baca e-mail Dida dah balas pun tapi tak tau la ada terima ke tak...
Sedap gakkan nama baru yang dida bagi utk blog akak Koleksi gubahan hati... ....
terima Kasih

Dida... said...

Nak cuba juga post comment ni dkt blog akak... harap2 boleh la.. Bismillahirrahmanirrahim....

Sama2 kak... harap kita dapat berkongsi2 ilmu yg kita tau..akak ada kelebihan akak tersendiri.. pandai mengubah... yg tak semua org boleh buat.. kalau bab pesan memesan ni.. ramai org boleh buat.. dan byk blog lain yg buat benda sama mcm saya buat... :) Terima kasih krn selalu bg sokongan...

July 28, 2009 9:55 PM

p/s: Komen dkt atas ni, komen yg tak berjaya saya postkan dkt blog akak.. masalah yg sama.. tak tau la kenapa... saya dah terima dah e-mail akak.. Ehhh.. salah eh nama blog?? pandai2 je saya ni kan.. minta maafla kak.. kurang periksa pulak... nnti saya ubah k.. Terima kasih krn buat n3 khas utk saya.. :)

Dida... said...

Kak Atie..

komen atas tu khas utk akak... lupa plak bubuh nama :)

Dida... said...

Ieyla..

Sama2 kasih.. terima kasih krn sudi mjd pembaca setia di sini.. sy juga amat2 hargai sokongan dr Ieyla... moga kita sama2 mendapat manfaat dr ilmu ini.. InsyaAllah... bila nak update blog Ieyla?

Yatie said...

Salam Dida....

mekacih bg cmmt yer....

entri kali ni pun bermanfaat gak.......

atie said...

Salam Dida,
Tapi memang sedap pun Koleksi gudahan hati tu macam tajuk yang lebih meluas boleh dipaparkan...

tengoklah kalau ada fikiran yang panjang kalau boleh tukar nama blog tu kepada nama tu pun nampaknya bagus jugakkan...
dulu masa buat blog ni sebenarnya tak tau nak letak nama apa lagipun masa tu tak tau sanggat blog nie fungsinya apa, suami akak suruh buat akak pun buat...lama2 baru tau apa itu blog dan keistimewaannya...

wassalam

Unknown said...

salam kak.
perkongsian ilmu yang sangat bagus, memanjangkan lagi pengetahuan yang ada.

Rasanya apa yang abla' bagitahu 4 "as-syuhur hurum" tuu ZULKAEDAH, ZULHIJJAH, MUHARRAM DAN REJAB. 3 bulan pertama kan berurutan dan Rejab bersenggang jauh. Antara 4 ni hanya MUHARRAM jer yg belakang nama "haram". Kalau ditanya kenapa begitu? Itu adalah hak Allah dan Hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap apa yang telah ditentukan. Berkenaan Syaaban tuu kerana kita sekarang berada di bulan Syaaban, tp tidak termasuk dlm "4 as-Syuhur Hurum", bln yg berada di antara Rejab & Ramadhan, bln yg ramai org alpa kerana ghairah utk smbt Ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat mempertingkatkan lagi dan memperbaiki amalan2 kita yg lepas sebelum semua amalan kita sepanjang tahun ini diangkat pada bulan ini iaitu Syaaban. Satu yg UW nak tambah.. sebenarnya semua selawat ke atas Kekasih Allah Muhammad s.a.w boleh kita baca, cuma yg lebih baik adalah selawat yg kita baca dlm 'tahiyat akhir'. Yang mana kita mendoakan utk Nabi Muhammad S.A.W dan semua keluarga dan keturunan Baginda dan juga utk Nabi Ibrahim A.S dan keluarga Baginda. WALLAHUALAM BI SHAWAB...

Imanisa riana @ sarimah said...

salam..
Perbanyakkan ibadah dibulan-bulan yang dimuliakan..InsyaAllah jika ada walau sekelumit keikhlasan pun sewaktu beribadah, Allah akan memberi ganjaran yang tidak terbayangkan oleh akal... Subhanallah..

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Assalamualaikum warahmatullah ya ukhti Dida.. salam seusai maghrib dari malizi. Tahniah ana ucapkan atas n3 anti yang bermanfaat itu. Ana sendiri sering kesempitan waktu untuk menulis macam anti... so ana pilih berkonsepkan yang ringkas ajelah.
Tentang ash-shahrul haram.. setahu ana bulan-bulan tersebut ialah bulan zulkaedah, zulhijjah, muharram dan rajab.
Mengenai puasa ganti... betul sebagaimana yang anti nyatakan... wajib hukumnya untuk diqadha bagi sesiapa saja yang meninggalkannya... jika tidak perlu dibayar fidyah bagi setiap puasa yang ditinggalkan.
Cumannya sering terjadi kekeliruan tentang nisab fidyah dan kadarnya terutama untuk puasa-puasa yang ditinggalkan bagi tahun sebelumnya. Kalau anti ada kesempatan... boleh hurai perkara ini sebagai panduan para sahabat memandangkan blog anti ramai muslimat masuk. Moga bermanfaat dan jadi bekal akhirat InsyaAllah.

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku..
Bagaimana perkhabaran hari ini?
semoga semuanya baik2 sahaja ok..

and i dh selesai membaca n3 u. Baik utk perkongsian kepada mereka yang masih samar2..

Semoga Kak Atie puas hati dengan huraian Dida.

Dan LOL xleh ar nak tinggal msg kat blog Kak Atie. Huhu....

Ok dear friend,
LOL you happy and thanks for sharin dis..

so sweet of ya dear...

ASYIQ said...

Puasa qadha....termasuk dalam hutang2 yang WAJIB lunas sebelum kita mengadap Allah.

Pernah tak beritahu suami atau waris terdekat bahawa kita belum habis ganti puasa?? Sepatutnya kena...takut kita meninggal sebelum hutang dibayar!!

Arianni said...

Salam Dida..
Walaupun tahu puasa ganti itu wajib tp masih ramai yg ambil mudah sampai tertunggak2.. Alhamdulillah Ari dh bayar hutang..

Dida... said...

Yatie..

same2 kasih... harap persahabatan kita akan berterusan ok.. Syukran jazillan sadiqatii... :)

Dida... said...

Ummi Wafa..

Wslm Zura... wahhh.. panjang lebar.. zura salin semua ke apa yg ustazah bgtau? terima kasih eh sbb bgtau kesilapan fakta kat n3 ni.. kite dah betulkan dah... sib baik zura perasan..

Smlm masa ustazah bgtau pasal bulan tu.. kite dok bcakap dgn nor.. tu yg x perasan tu..

errr... nk bgtau ni.. sbnrnya Ustazah lagi prefer dipanggil ustazah drpd abla'... abla' tu bhs turkey.. kalau x silap la.. maknanya 'big sister'... tp kalau dlm bhs arab.. org arab kata abla' tu "stupid".. so, rasa x elok kalau kita panggil dia abla'.... dia lagi suka org panggil dia ustazah....

Thanks ya Zura sbb tambah info dekat kotak comment ni... :)

Dida... said...

Wslm Kak Atie..

hehehe.. sbnrnya saya x perasan nama blog tu.. nama 'atie' dgn 'hati' lebih kurang je bunyinya... tp kalau akak nk tukar... ok jugak....

Ohh suami akak yg suruh ye... sporting tul suami akak.... :)

Dida... said...

Kak Shaniza...

Benar tu kak... ibadah+ikhlas kerana Allah Ta'ala.. bukan krn nak menunjuk2 atau bangga krn banyaknya amalan kita dah buat.. pasti ibadah seperti itu tidak akan dipandang oleh Allah SWT...

Moga amalan kita semua dipandang & diangkat oleh Allah SWT dgn keadaan yg mulia juga.... :)

Dida... said...

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh Ya Ustaz Saifun...

Terima kasih di atas pemberitahuan kesilapan di entry ini.... Alhamdulillah saya sudah perbetulkan sedikit info di beberapa perenggan...

Berkenaan dgn nasab fidyah.. saya juga kurang pasti... memerlukan pembacaan & rujukan lg... InsyaAllah.. kalau ada kesempatan.. saya akan cuba buat..

Dida... said...

Dear LoL.. sahabat ku..

Thanks ya sbb sudi baca n3 sy yg panjang lebar ni walaupun saya pasti LoL mesti x berapa faham kan.. kecuali kalau ada org yg nak explain pada LoL.. :)

Haaaa.. actually masalah LoL sama mcm saya la.. saya ingat saya sorang je yg x boleh comment dkt blog kak atie.. rupanya LoL pun x boleh.. benda tu la yg saya bgtau dia dlm email... sbb dia dah bgtau yg saya dah lama x jenguk blog dia... padahal setiap n3 dia saya baca n cuba nk comment tp x boleh..... maknanya bukan saya sorang la alami masalah ni... saya ingat computer sy yg problem..

Ok LoL.. harap2 LoL dpt rehat + tidur yg cukup lepas ni k... FYI.. saya bercuti ke Jeddah 2-3 hr ni... jd saya x online.... saya bgtau ni spy LoL x risau lagi... :)

Dida... said...

Kak Asyiq...

Betul tu kak.. kena bgtau keluarga terdekat tentang puasa yg ditinggal especially perempuan yg haid @ bersalin dlm bulan puasa.... kalau meninggal, mereka boleh tolong bayarkan fidyah... bab2 fidyah ni.. saya belum tahu lagi apa nasab2 dia... nanti saya cari maklumat dia secara terperinci..

Thanks ye kak krn bg peringatan... :)

Dida... said...

Ariani...

Alhamdulillah... bagus la kalau mcm tu... kadang2 ada yg sampai lupa berapa hari yg dihutang.... patutnya kena tanda dekat kalendar kan.. tu lah.. benda2 wajib mcm tu.. buat endah x endah je...

Thanks Ari krn sudi berkongsi pendapat di sini... :)

ihsan incalescence said...

sy slalu dga nsihat owt..
sbb sy budak baek..
mamay ckp =)

akak.. amek la award sy tu..
akak amek tige2 tau

1-viewer
2-cutest blog
3-follower

thanks =)

zai said...

Salam Dida...

Terasa syukur pada Allah kerana setiap kali mengandung dan bersalin akak tak pernah ada masalah utk berpuasa dan bersalin pula selalunya selepas raya jadi nasibla tak payah berpuasa ganti banyak2 mcm sesetengah sampai masih tak berbayar dan tak nak pula membayar fidyah..

Dida... said...

Salam criestz,

I'm about to leave my house for holiday in Jeddah about 1-2 days... so, x sempat nak amik the awards... nnti akak balik.. akak amik ee...

jgn marah...

Thanks anyway...

Dearie Pearls said...

Dear Sahabatku Dida yang disayangi..
Ada beberapa benda yg saya faham, ada yg tak.. Huhu..

Tapi gud enough for my new info. Thanks again.

Ya, LOL dh berulang alik g comment kat Blog Sis Atie tapi xleh jugak...

Bercuti? Kalau dulu LOL selalu dengar Jeddah kat TV jer, hari ni lak i ada seorang sahabat yg akan ke sana. Best ar Dida.. Happy Holiday ok..
Bila Dida dh g tau then no prob. Will not worry. Thanks info ok.

Then, you take care ok.
Missin ya!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

ahlan wasahlan wa marhaban Ya Ramadhan..
"Rejab bulan Allah, Syaaban bulan ku, Ramadan bulan ummatku.."
Seharusnya kita tidak ketinggalan menambah amalan di bulan ini sementara menunggu kemuncaknya di Ramadhan nanti. Insya-Allah.

Ben Sedqi said...

moga diberi pahala kepada aq yang membaca en3 ini, dan kepada penulis en3 ini....amiiin.

cun09 said...

salam...
hutang duit semua orang nampak tp bila bab hutang posa nii, buat2 tak nampak jee...
tq untuk ilmu kali nii... ;) selamat bercuti...

ihsan incalescence said...

akak nape xbuat chat box ea?? nmpk mnyemak ke?? tp cm susah je nk ckp ape2 kt akak... xkn nk ckp kt komen kn.. cm xkena tmpt je huhu =(

owh bwu blk dr jeddah.. nk kurma =P

admin said...

Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]

Dida... said...

Dear LoL..

Hmm... FYI.. Jeddah ni perjalanan lebih kurang 3 jam lebih dr rumah saya... kalau tak ke Mekah, saya akan ke Madinah.. Jeddah ni jarang2 sangat nak pergi.... ni ada org ajak.. so pegi je lah.. bukan senang nk dpt ikut org.... ni saya dah balik.. penat masih terasa lagi.. sbb saya dan kawan2 yg lain byk berjalan dkt sana.... so letih sangat lah.... mgkin dh lama x berjalan kaki byk mcm tu...

Dida... said...

Salam Kak Nik...

Memang tepat sekali.... sebelum kita berpuasa wajib di bulan Ramadhan.. marilah kita sama2 berlatih berpuasa sunat di bulan Syaaban.. agar puasa kita nanti lebih berkualiti krn kita sudah terbiasa puasa sebelum tibanya Ramadhan... Ganjarannya pun amatlah banyak sekali....

Dida... said...

Bro_Mie

Terima kasih di atas doa kamu.. dan terima kasih krn sudi baca & ziarah blog saya ini... kunjungan balas sudah menyusul.... harap dpt berkongsi2 ilmu selepas ini.. InsyaAllah...

Dida... said...

cun09..

Hehehe.. betul sangat2... bab duit..laju je org menuntut dkt org.. dan laju je org byr hutang dkt bank2... tp hutang pada Allah.. buat tak paham je... tapi x semua org mcm ni... ramai juga org yg masih beringat... dan ambil berat ttg hutang puasa mereka....

Dida... said...

criestz..

Fyi.. akak dah pernah ada chatbox dulu.... mmg suka sgt borak dgn kawan2 dkt chatbox.. tp ada org yg yg telah mencemarkan chatbox akak.. ckp bukan2 kat situ.. hubby akak terus suruh akak delete.. so akak delete la...

xpe.. anything, nak ckp.. masuk je column comment ni.. akak akan reply.. tp leceh skit la kan.. abis nak wat camana...

Nak kurma ke? mcmana nak hantar? tunggu saya balik raya la nanti.. kalau ada rezki criestz... ada la nanti...

Brilliant Marjan said...

salam sis.p'kongsian yg menarik.btl,wajib ganti pose dulu b4 wt yg sunat..pose sunat ni sbg pelangkap pd amalan2 yg xsempurna..

ihsan incalescence said...

akak amek award WRTING AWARD same tau..
coz bg komen kt entry hepi 21st besday ihsan.. huhu thanks =)