Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.15.2009

Mak, Abah.... jgn lupa..


5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti H1N1

15/08/2009 7:37pm

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

“Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini hari ini.

- BERNAMA

============++++++++==============

Mak, abah.. pakai lah topeng muka dan berdoa lah ya kalau nak ke mana2... kalau jadi apa2 nanti.. sapa nak jaga adik2 nanti... along jauh dekat sini... risau benar along dengan keadaan dekat Malaysia... dah la jadi negara PERTAMA & TERTINGGI di Asia yg paling ramai dijangkiti virus pembunuh ni... kalau demam & selsema.. cepat2 pergi klinik ya.. adik2 pun sama.. jangan suka sangat main dekat luar dan jalan2 tak tentu hala.. duduk rumah lagi selamat...

Sabda Rasululullah S.A.W

"Sesungguhnya besarnya balasan beserta dengan besarnya bala, dan sesungguhnya Allah swt jika Dia mencintai suatu kaum, maka Dia uji mereka, barangsiapa redha dengan bala tersebut baginya redha (Allah), dan siapa murka (dengan bala tersebut) baginya kemurkaan Allah."

"Tidak henti-hentinya bala menimpa seorang mukmin dan mukminah pada jiwanya, anaknya dan hartanya hingga dia menemui Allah swt dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya"

"Jika suatu musibah menimpa kalian, maka hendaknya dia mengingat musibah tersebut dengan (kematian) ku (Nabi Muhammad s.a.w), kerana itu adalah musibah yang terbesar"

(Rujukan dari Shahibul Jami' :2110,5815,347)

Imam Al-Ghazali berkata: Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang paling dekat dengan manusia di dunia ini... Janji Allah di dalam Firmannya "Setiap yang bernyawa pasti akan mati" (Surah Al-Imran: 185)

2-3 posting saya sejak 2 menjak ni.. asyik sentuh pasal kematian je kan.. harap teman2 tak bosan dengan entry2 saya ini... bukan kerana apa.. sbb saya sayangkan keluarga & sahabat2 saya semua... di harap kita semua tidak terlalu leka dengan dunia ini kerana tiada apa yg boleh dibawa pulang dari dunia ini untuk bekalan kita di akhirat nanti selain daripada amal ibadat... dunia2 juga.. akhirat jangan lupa ok.. (pinjam kata2 Mawi..)

Sampai di sini sahaja.. Wassalam..

43 comments:

Auna said...

salam kak dida....

abah auna kate kalau x yah pakai mask pon xpe...mase kite nk keluar dr rumah cuba kite bace 3 kul pastu sapu kat seluruh badan...INSYAALLAH...

wassalam..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Dear...

Bayangkan kalau setiap kematian LoL jadikan n3, sudah pasti blog LoL memang khas utk org2 maninggal ar..
Selepas Ustaz Asri, keesokkannya Pelakon Lawak Param plak yg meninggal. Rasa lemah lutut..

LoL pun dah tak berani nak jadikan kematian itu sebagai inti utama dlm n3. Huhu...

Tu tak termasuk peningkatan jumlah kematian H1N1.. Oh My God....

Thanks for remind us dear. Kita saling mengingati satu ngn yg lain. Kala leka, ada insan yg menyedarkan.
Thanks friends.

Love ya!

Gud Health!

chimera said...

salam dida...

ngeri je kan... kalau ikut jumlah kematian, negara kita berada di tempat 9... tapi kalau ikut peratus kematian, nagara kita tempat pertama... mamang menakutkan. Balasan Allah atas kejahatan yg dibuat manusia, bila Allah berikan bala - bukan shaja si pesalah yg kena, yg tak bersangkut-paut pun terkena sama...

Ntahlah apa tindakan dri pemimpin... di Thailad dan Indonesia dah mewartakan utk pakai topeng muka... bermakna dah diwajibkan. kita ni takut sampai waktu dah darurat baru nak bertindak kot....

cun09 said...

salam...

Di antara petikan Dato' Dr. Haron Din (Harakah):

"Apakah kita lupa kepada penyakit ini pernah melanda umat manusia di awal kurun ke 20 dahulu yg menyebabkan kematian melebihi 100 juta orang?"

"Jika kamu mendengar di sebuah negeri ada penyakit merbahaya dan berjangkit maka jgnlah kamu pergi ke negeri itu dan jika kamu sedang berada di sebuah negeri yg merebak penyakit itu, maka jgnlah kamu keluar drp nya" (sebuah hadis sahih)

"Bala ALLAH yg dihantar kpd kaum2 yg melakukan perkara keji dan melanggar hukum2 ALLAH secara terang-terangan"

Dida... said...

Waalaikumsalam adik Auna...

Terima kasih atas comment adik.. doa adalah pelindung yg paling mujarab.. tp tidak ada salahnya jika kita mengambil langkah yg lebih berwaspada dan lebih hati2 dengan mengenakan topeng muka....

mencegah adalah lebih baik dari merawat....

Dida... said...

Dear sahabatku LoL..

Blog saya ni kot dah mcm blog orang mati.. asyik cite pasal kematian je... tuan punya blog je masih hidup lagi.. belum lagi sampai ajal.. bila ntah.. saya, kita, mereka dan semua pun tak tahu bila...

Mmg saya rasa dah menjadi tanggungjawab pula utk ingat mengingati sesama kita.... itu lah gunanya ada sahabat... sahabat yg baik tidak hanya memuji & berkata yg baik2 sahaja pd kita.. malah, sebenarnya yg berani menegur kerana benar.. itulah sahabat yg sejati.. kerana apa? kerana sahabat itu sayangkan kita dan tidak mahu kita terjerumus ke dalam lembah kehinaan...

Moga pengakhiran hidup kita nanti disudahi dengan perkara yg baik2... InsyaAllah...

Dida... said...

Chimera,

Wslm.... memang betul menakutkan.. tp takut lah kepada Allah yg sedang murka dengan kezaliman yg dilakukan di atas muka bumi ini... bila diturunkan bala seperti ini.. bukan sahaja org yg berdosa.. malah org yg tidak berdosa juga terkena sekali...mmg sudah ajal mereka telah ditentukan dengan cara begitu..

Saya rasa pemimpin Malaysia ni, nak tunggu ahli keluarga mereka terkena dulu baru kelam kabut kot.. Wallahu'alam.. kita yg sedar ttg bahaya ini.. pakai je lah mask... x payah tunggu orang lain...

Dida... said...

Cun09,

Wslm Liza...

Perkongsian yang menarik dan menginsafkan.. tak tahu pula wabak berjangkit ni dah terjadi sejak zaman kurun tersebut... terima kasih Liza krn memaklumkan tentang hal ini....

Kalau hadith nabi dah sebut jangan pergi ke negeri di mana adanya penyakit berjangkit tersebut... maknanya saya x boleh balik Malaysia la ya? Mcm mana ya.. tiket dah beli.. tawakkaltuAllallah je lah... mudah2an Allah lindungi kami... InsyaAllah...

Razak said...

Salam dida...

Semoga Allah menjauhkan kita semua dari penyakit yang menular itu.

Terlalu byk kemungkaran berlaku masa ni.

Wahai Umat Islam, kembalilah ke jalan Allah

Bro_mie said...

memang wajar kita sentiasa ingat mati, dengan mengingati mati....manusia akan redha meredhai, dengan mengingati mati....manusia kasih mengasihi(pada jalan-Nya), dengan mengingati mati....banyak mengubat penyakit hati.....dan macam2 faedah lagi....

REENAZ said...

Dida
Bila ingat pasal mati rasa ngeri jerrr...Sbb mati nih akan dtg bukan kerana wabak atau apa2 sekalipun. Kalau Allah nak kita mati, kat memana pun kita mati. Tp kalau ada wabak merbahaya kita mesti elakkan dari kat tempat itu. Kalau datang serah diri kat tempat ada wabak penyakit tu dah kira 'bunuh diri'! kan kan kannnn...

shaniza said...

salam..
Allah jadikan bala ini supaya kita semua kembali kepada Allah..
Sekarang dah ramai yang hidupnya menyimpang jauh dari landasan Islam. Lakukan solat sunat taubat dan membaca surah Yassin atau Al Quran setiap hari. InsyaAllah jika kita hampir kepada Allah, pertolongan-Nya akan sampai kepada kita...

idasm said...

salam dida,
sama-salaah kita berdoa agar kita semua dijauhkan daripada musibah ini.. doa banyak dan ingat pada yang Esa.. insyaallah... amin..

Dida... said...

Wslm Razak..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Memang sudah terlalu banyak.. tak payah tengok di negara Barat yg sememangnya banyak perkara yg sudah melampaui batas2 kemanusiaan.. tengok saja di Malaysia sudah cukup.. dengan pesta seksnya... pesta kaum sejenis.. minuman keras.. rasuah.. hiburan yg melampau2....

Negara Islam yg x mengamalkan kepimpinan dan cara hidup Islam... sebab itulah Allah turunkan bala penyakit yg baru2 dan x pernah didengari sebelum ini.. malah mmg ada hadith nabi myebut ttg perkara ini...

Moga Allah lindungi umat Islam yg sentiasa berada di jalan yg benar..

Dida... said...

Bro_Mie..

Terima kasih atas ungkapan2 bermakna itu.... mati tidak bermakna kita akan mati selamanya... Mati merupakan permulaan utk satu kehidupan yg baru... Moga kehidupan baru kita nanti adalah di Syurga Allah SWT... Aminn...

Dida... said...

Kak Ina..

Yaa.. dekat mana2 pun kita berada.. walaupun tidak berada di kalangan org yg terjangkit.. jika telah ditentukan oleh Allah.. mati itu tetap datang... tidak boleh dielak lagi....

Ha'ah... "bunuh diri" jika kita tidak mengambil langkah berjaga2.. dgn memakai topeng atau pergi ke tempat2 yg berisiko tinggi tanpa pelindungan sewajarnya... oleh itu... pakailah topeng muka bila nak ke mana2....

Dida... said...

Kak Shaniza...

Betul tu kak... orang yang menyedari bahawa ini adalah bala disebabkan Allah murka.. sudah tentu akan meningkatkan lagi amal ibadah mereka.. tetapi bagi yg lalai... kita haruslah memainkan peranan agar mereka sedar dan kembali ke jalan yg diperintahkan oleh Allah.. tp masalahnya.. berapa ramaikah yg sedar?

Jika diikuti masalah sosial di petikan berita... mmg takde menunjukkan kesedaran.. makin sesat dan memualkan.. mungkin ia bergantung pd hidayah Allah... jika DIA menghendaki seseorang itu bertaubat.. maka ia akan bertaubat.. begitulah sebaliknya...

Moga kita sentiasa ditetapkan iman dan tidak berpaling lagi dariNya.. setelah diberi petunjuk...

Dida... said...

Wslm Kak Ida...

Yaaa.. doa itu adalah satu usaha yg terbaik... Bersabarlah kita dengan musibah ini, Sesungguhnya Allah SWT mengasihi hamba2Nya yg sabar..

InsyaAllah..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam dida..
maaf lama x jenguk sini.. hmm.. semakin meluas ye.. riso gak ngan keluarga di Malaysia.. adik fatihah lak demam.. riso rasa..

ya Allah, Kau selamatkanlah kami semua dari wabak ini.. dari virus yg semakin menular di bumiMu ini.. Kau yg Maha Berkuasa...

Treasure with our own choices--->ME! said...

Salam Dida,

Lama tul tak dgr citer.. syp je ye dok dlm umah tu..bila blk Msia??tiket tarikh bila agaknye tu??.. bla pikir2 mmg ngeri nak blk time H1N1 makin teruk ni.. tp xkan tak blk kot.. xpelah.. doa2 dijauhi.. klu dah ditakdirkan mati, lebih mati kat tempat sendiri... ye tak?? hehe..

kakpah said...

Salam Dida. Memang kita patut berasa gusar. Tiap kali keluar rumah, risau. Kadang-kadang duduk dalam rumah pun risau juga. Kpah anak beranak keluar mesti pakai mask. Malangnya ramai yang tak mahu ikut langkah mencegah ini.

Webmaster@Echam said...

Salam Dida,
Kematian sebab wabak ni makin meningkat. Saya tak tau dan tak faham kenapa Kementerian kita tak buat apa2. Sekadar berkata JANGAN PANIK!!! Dah 62 kematian diorang cakap JANGAN PANIK!!!! Yang paling saya sakit hati diorang cakap kematian kat Malaysia ni sekitar 0.01% - 0.04%. Manalah letak akal dan fikiran diorang ni. Kalau nak tunggu percentage tu naik mau 3 4 juta rakyat mati.....

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dida dear..
mmg kematian itu pasti, namum sebagai manusia kita sering mengelak untuk membicarakannya. Mengelak bukan bermakna tak terjadi!. Dan hari2 sebenarnya kita 'mati' bayangkan kalau dlm tidur, roh kita yang dipegang itu tak dikembalikan... Takut mati tp kita ttp tidur kan???

cun09 said...

salam...

"maknanya saya x boleh balik Malaysia la ya? Mcm mana ya.. tiket dah beli.. tawakkaltuAllallah je lah... mudah2an Allah lindungi kami... InsyaAllah..."

sedih leerrr plakk saya baca ayat2 dida kat atas tuuu....famili pun mesti sedih kan jgn laaa cam tuu balik eekkk...
p/s: rasa macam saya dok kat umah dida pulak, tak sabau nak jumpe
^-^

Dida... said...

Wslm Norul..

Takpe.... faham dengan situasi seorang pelajar yg sentiasa sibuk dgn rutin harian dan aktiviti lain... moga semuanya berjalan lancar..

Ye ke adik Fatihah demam... harap2 xde apa2 la... dan cuma demam biasa je... Jangan risau2 ya... (saya sendiri pun x dpt nak control perasaan risau yg amat ni..)

Berdoalah di setiap solat agar kita & keluarga serta sahabat2 kita dilindungi Allah dari sebarang musibah esp. penyakit ini...

Dida... said...

Wslm Nett..

Ha'ah... lama tak jumpa gak... rindu plak nak tengok keletah akil.. kalau ada rezki dan umur panjang nnti, harap dpt jumpa la.. kalau x kat sini nanti.. kat Malaysia ok..

Tiket kite tarikh 2 hari lepas nett balik... whoa.. x sabar rasa.. siap tanda dlm kalendar... hehee

Ok, sama2 doa ok smoga dijauhi dari penyakit ni.. jgn lupa beli siap2 beli mask dkt sini.. dgr cite.. mask dkt Mesia mahal & byk kehabisan stok....

Dida... said...

Wslm Kak Pah...

Bagus akak & anak2 akak dah pakai mask.. saya tengok gambar2 dlm paper online.. ramai lagi yg x pakai... masih x sedar ataupun dah kebal dari penyakit... ntah ler..

Dida... said...

Wslm Webmaster..

Hari ni dah 64 mgsa... dulu masa wabak SARS berapa ek? x ingat pulak... bila la nak berakhir musibah ni ya... baca berita mgkin akan berlanjutan dari 6bln - setahun lagi... perghh.. betul kata awak... kalau nak tunggu percentage naik baru nak gelabah... habis la rakyat.. dibuatnya, majoriti ramai melayu Islam plak yg kena...

Kita doa je lah ya echam moga kita, keluarga & kenalan kita bukan dari kalangan pesakit dan mangsa kuman ni...

Dida... said...

Wslm Kak Nik..

Ha'ah.. betul tu... hari2 kita mati sebenarnya... saya lebih rela mati dlm keadaan itu daripada terkena penyakit ini...

Mati dalam tidur.. beriman.. amal ibadah cukup.. keadaan mati yg mulia dan x menyusahkan orang lain..

Dida... said...

Wslm Liza..

Jgn sesedih k... balik tetap balik.. kita hanya merancang.. tp perancangan Allah adalah sebaik2nya...

Doakan kami agar selamat sampai di bumi bertuah Malaysia.. (skrg dah jadi negara Asia peratusan tertinggi virus ni.. x tau bertuah lagi ke tak)

Liza jaga diri baik2 ok....

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Dida..
Thanks b ma friend ok.
Jika LoL terlanjur kata2 or ader kata2 yg menyakitkan or tak sesuai or kurang baik, harap Dida mengingatkan LoL ok..

Thanks a lot friend...

Thank God I know you, Dear Friend..

Take care ok..

kakpah said...

Salam Dida. Sudikan ambil award/tag di umah kakpah

Dida... said...

Untuk LoL sahabatku..

Sama2 kasih... saya pun begitu jga.. terima kasih byk2 kerana sudi hulurkan salam persahabatan yg penuh mesra ini pada saya...

InsyaAllah.. kita akan saling ingat mengingati utk kebaikan bersama...

You too.. take care.. & be health always..

Dida... said...

Wslm Kak Pah..

Terima kasih banyak.. saya dan ambil dan akak buat posting sedikit masa lagi.... InsyaAllah...

Syukran Jazillan Kathiran ya Ukhti..

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Dida..
Friends Forever..

You & Me..

MAR said...

salam dida..

tuk pengetahuan dida k.ma dan anak2 dah selamat sampai malaysia hari jumaat lalu...sejak balik ari tu badan tak berapa sihat.Demam,selsema,batuk dan lelah.Dah jumpa doktor smalam.
Alhamdulillah cuma demam biasa.

Sejak balik sini hati tak berapa tenang disebabkan bimbang pasal virus H1N1 niiii.....nampaknye kena berkurung lah kat rumah.

Bro_mie said...

mati badan tak per...jangan mati hati...

ASYIQ said...

Salam Dida yg akak rindui,

Sorry lama akak tak datang ziarah Dida. Usahkan nak ziarah, nak online pun tak ada mood.

Akak dlm cuti sakit seminggu sbb kena chic pox... hilang mood...tapi amat merindui dunia blogging!! Rindu pd semua kwn2 blogger. Tak ada mood nak update...sibuk dgn anak2 pun satu perkara juga.

Sempena Ramadhan al Mubarak...akak mohon Dida tlg doakan kejayaan yg cemerlang dan kesihatan yang baik utk dua org puteri akak yang akan menduduki exam UPSR dan PMR bln Sept dan Oktober. Tidak ada doa yg sia2 di bulan Ramadhan kan???

p/s akak skrg pi mana2 pun pkai mask. Tapi masyrakat kita kurang kesedaran la...ramai sgt yg tak kisah. Dah 60 org lebih meninggal di Malaysia.....jangkaan 5 juta kan?? Moga mati dalam husnul khatimah...ameeen ya Rabb.

Dida... said...

Dear LoL..

You make me smile... love u..

Dida... said...

Wslm Kak Mar..

Risau dengar Kak Mar tak sihat... walaupun demam biasa.. kak Mar kena hati2 tau.... harap anak2 Kak Mar pun sihat2 selalu sepanjang berada di Malaysia...

Semoga cepat sembuh...

Dida... said...

Bro_Mie..

Betul tu.. saya sokong... tp mati badan nak kena cukup amalan dulu.. kalau tak, kena siksa dalam kubur dan akhirat nanti.. naudzubillahimindzalik.. minta2 dijauhkan..

Dida... said...

Wslm Kak Asyiq yg dirindui juga...

Laaa.. akak sakit rupanya.. patutlah sonyap aje.. InsyaAllah kak, saya akan doakan utk akak & anak2 akak.. saya yakin akak telah membimbing mereka dengan baiknya.. dan itu adalah kejayaan anak akak yg sudah nampak dari awal... moga impian akak utk melihat anak2 akak berjaya dunia akhirat akan tercapai..

Saya pun nanti balik Malaysia nak bawa bekalan mask dari sini.. dgrnya mask dkt malaysia mahal n byk kehabisan stok.. mcm2 la kan... moga kita dijauhi dari penyakit ini..

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Friend,

Seeing you SMILE make me HAPPY.

Keep SMILING :)