Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.13.2009

Pergilah.... ikhtiar..

Assalamualaikum W.b.t.

Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali lagi... Pemergian manusia dari alam fana ini adalah suatu ketentuan oleh Allah SWT dan merupakan janjiNya kepada manusia bahawa setiap yg bernyawa pasti akan mati suatu hari nanti.... sebelum meneruskan coretan ini, setulus ucapan takziah dihulurkan buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri yg telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini akibat serangan jantung. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di Jannatul Firdaus suatu hari nanti... Amin.


Seorang demi seorang ahli keluarga, saudara, kenalan, pendakwah, tokoh ulamak, ahli politik, seniman, dan juga rakan taulan yg telah dijemput oleh Allah SWT dan mengakhiri hidupnya di dunia ini.. pelbagai cara kematian yang menimpa mereka samada terlantar sakit, kemalangan dan terkini serangan wabak H1N1 dan tak kurang juga kematian secara mengejut (sudden death) yg disebabkan kegagalan jantung dan juga strok. Sejak akhir2 ini.... berita kematian sering sahaja menghiasi dada2 akhbar.. dan mangsa kematian tersebut tergolong daripada pelbagai usia... tak kira kanak2, remaja, dewasa dan warga emas..... apakah kalian sedar tentang ini? adakah kalian masih lagi ingin menanti saat tua ataupun menunggu pencen baru berebut-rebut utk menambah amalan ibadat.. apakah kalian sudah berpuas hati dengan amalan yg kalian lakukan sekarang ini? Apakah kalian yakin semua amalan tersebut diterima oleh Allah SWT? Apakah kalian pasti bahawa kalian sempat menginjak ke usia tua? Giliran mereka sudah tiba.. bila pula giliran kita nanti dan bagaimana pula keadaannya... Wallahu'alam... Peringatan ini juga adalah buat diriku yg masih banyak kekurangan dan moga Allah SWT kuatkan hati ini untuk terus istiqomah berbuat amal makruf dan nahi mungkar...

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan dunia dan menjadikannya sebagai NEGERI PERSINGGAHAN, bukan NEGERI TEMPAT TINGGAL. Allah meliputi dunia ini dengan ujian2 dan cubaan2, Dia penuhi dunia ini dengan musibah2 dan fitnah2... itu semua adalah untuk sebuah hikmah yang disebutkan di dalam FirmanNya yg Maha Benar...

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Kuasa (Membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Al-Mulk : 2)


Wahai keluargaku & sahabat2 yang saya sayangi sekalian, ketahuilah DUNIA ini adalah tempat yang Allah SWT jadikan sebagai suatu tempat PERINTAH & LARANGAN iaitu tempat untuk mengerjakan perintah2Nya serta menjauhi segala laranganNya dengan berpandukan kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah ia juga sebuah 'negeri untuk beramal' BUKAN 'negeri bersenang-senang' serta BUKAN tempat untuk berangan-angan. Saya amat sedih kerana masih banyak kaum muslimin yang lalai dari kenyataan tersebut... masih lagi mengejar keseronokan hidup dan meletakkan agenda dunia sebagai priority berbanding dengan agenda akhirat..... mengapa hidup yg sementara ini dilengkapi secukup dan semewah2nya sedangkan hidup yg kekal nanti keperluannya masih lagi lompang di sana sini.... Marilah kita check semula amalan ibadah kita.. dan mulai saat ini, tika ini... jadikanlah ia MATLAMAT UTAMA, OBJEKTIF, AZAM dan TUJUAN hidup kita.. bukan lagi WANG RINGGIT, PANGKAT, KEMEWAHAN, HIBURAN, HIASAN, HARTA BENDA, dan segala NAFSU DUNIA yg mana semuanya akan kita tinggalkan apabila kita mati kelak kecuali amalan ibadah kita.

"Ya Allah, hamba rasa kerdil sekali dan rasa tak cukup waktu lagi untuk hamba menebus kembali waktu2 yang telah disia2kan selama ini.. dan pada usia 30-an ini apakah sudah cukup bagi hamba mengejar kembali apa yg sudah hamba terlepas... Ya Rahman... hamba cukup takut sekali sekiranya hamba kembali padaMu dengan keadaan amalan hamba yg sedikit... Hamba bermohon padaMu Ya Allah Ya Rahim... jadikanlah hamba di dalam golongan yang diterima buku amalannya dari tangan kanan...."




Begitulah peringatan tentang kematian dan sesungguhnya mengingati mati itu sunnah & mendapat pahala. Sebelum saya berundur diri dari catatan terkini ini... ingin saya berkongsi beberapa cara rawatan untuk mengelakkan atau mengubati penyakit H1N1 yang saya perolehi dari teman2 blogger... selain daripada kita meminta dari Allah dengan berdoa.. kita juga disarankan untuk berusaha dan ikhtiar moga ianya menjadi satu cara yang berkesan untuk merawat penyakit ini selain daripada memperolehi rawatan dari hospital.

Ikhtiar 1 :

Amalkan minum jus epal hijau dan jus oren.. Eloklah diamalkan oleh pesakit2 dan mereka yang ada tanda2 selsema / sakit tekak / demam. Jangan lupa berselawat sebelum minum.

Ikhtiar 2:

Istighfar (11 kali)
Bismillahirrahmanirrahim (11 kali)
Selawat (11 kali)
Syahadah (11 kali)
Al-Fatihah (9 kali)
Tiup ke atas air dan minum bersama kurma @ madu asli
Amalkan di waktu pagi dan petang.

Ikhtiar 3:

Masukkan kurma ke dalam mangkuk.
Tuangkan air kelapa dan biarkan selama 1-2 jam
Minum air kelapa bersama makan kurma

Mudah2an dengan izin Allah SWT... dengan sedikit ikhtiar ini dapatlah kita mengubati sekaligus menghindari diri dari virus yg merbahaya ini.. kita hanya mampu berusaha, sesungguhnya Allah SWT sahaja yg berkuasa menentukan segalanya... Berita terkini tentang virus ini.. sila baca di sini.

Hmmm... laju je kan angka kematian tu bertambah dari hari ke sehari...
Saya baru je telefon mak saya mengingatkan tentang perkara ini... Rindu benar dengan mak.. moga beliau dan semua ahli keluarga saya dilindungi Allah SWT dan ditambahkan ketakwaan dan ibadah mereka di bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba... Moga dipertemukan kami di bulan Syawal nanti... InsyaAllah......

Sampai di sini dahulu, Wassalam..

45 comments:

Unknown said...

Salam sayang Dida..

Al-Fatihah utk arwah mdah2an d tempatkan bsama2 org2 yg beriman..Amin

Wlaupun Dida jauh d perantauan tp sgala segala berita terkini d Malaysia pn Dida dpt mgetahuinya kan..Syabas Yang..

Gud info tentg ikhtiar utk menghindari dari wabak H1N1 itu..
Yg terbaru sya dpt nk kongsi dgn Dida jga..

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Mdah2an sma2 laa kita bkongsi maklumat..Salam

Hanisham Ab Halim said...

Salam Dida,
Al Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Dida... said...

MamaQaseh..

Salam sayang jua buat MamaQaseh..

Info baru yg amat berguna sekali.. tak tahu pula tentang jintan manis ni.. Alhamdulillah moga ia menjadi penawar kepada penyakit ini... bagi yg terbaca comment Mama Qaseh.. sila beri perhatian ya.... boleh la diamalkan petua ini...

Terima Kasih MamaQaseh.... saya amat menghargai perkongsian berita ini....:)

Abd Razak said...

Salam sdraku dida,

Semoga Allah tempatkan roh bersama orang-orang solehin...

Bila dengar khabarnya tadi walaupun masih rasa lemah setelah 3 hari demam, saya berusaha utk bgn mencari beritanya dlm internet

"Pergi takkan kembali"

Dida... said...

Webmaster..

Wassalam.... InsyaAllah.. hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa berdakwah dan mengajak manusia kepada perkara yg baik dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun pasti ada ganjaran di sisi Allah s.w.t.

Moga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman di atas usaha dakwah Allahyarham selama ini... InsyaAllah..

Dida... said...

Wslm Ya akhi Razak...

Moga saudara cepat sembuh dari demam... doa saya akan sentiasa mengiringi sahabat2 blogger saya agar dilindungi dari segala musibah dan penyakit merbahaya...

Cubalah petua2 yg saya titipkan di sini.. moga berkesan dan boleh melegakan penyakit saudara... InsyaAllah.. setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati....

Dearie Pearls said...

Salam Sahabat Yang Ku Sayangi, Dida..

Thanks by sharing this and wht a surprise Dida online this time. hehe..
Selalu midnight (Malaysia Time).

Takziah kepada keluarga Allayarham Asri.

LoL juga rasa tak percaya dengan berita ini dan LoL buka banyak2 web dan memang berita ni cepat jer tersebar.. Surprise!

Rasa mcm ajal dah semakin dekat bila keadaan begini.
Untuk tahun ni saja, tak tahu berapa kali LoL type ayat nie "Rest In Peace, RIP, Takziah, Semoga di tempatkan di kalangan insan2 yang di redhaiNya....." Pelbagai lagi ayat2 untuk org2 yg pegi...

tahu tak LoL fikir apa...?

Mayb saat LoL pulak akan menerima ayat2 nie..

Risau, takut kerana amal di dunia ini hanya secangkir cuma. Bagaimana bisa aku menempuh di alam sana...

....................................

Lagu2 nasyid ni biasa jer rasanya bagi LoL. I mean, dah menjadi kebiasaan bagi LoL mendengar lagu2 nasyid. Pernah kwn2 Malay LoL tegur, "Kami yang Muslim ni pun belum tentu dengar nasyid. R*k*a pula yg dengar.."

Bos tempat keja LoL juga tegur.."E*a nie dengar nasyid. nak masuk Islam ka.."

Bagi LoL secara peribadi, LoL suka dengar. Thts all. Dan lagu2 d blog Dida ni pun LoL biasa dengar. Hehe..

Siap nyanyi2 lagi. :) Cuma lagu "Ya Nabi Salam Alaika" by Haddad Alwi tu, LoL suka dengar tapi tak tahu/pandai nak pronunce. :)

....................................

Ok dear friend yang sweet,
Selamat balik ke Malaysia ok..

You take care and miss ya..

Gud day!

Ummu Mishkah said...

salam
benarlah kan.. sesungguhnya mati itu satu peringatan buat kita...

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Assalamualaikum Ya Ukhti...

Yang masih bernyawa kena teruskan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ni. Hati saya ada sedikit lagi berdegup degap..... masih terkejut dengan berita kematian dua orang insan yang dikenali.

cun09 said...

Salam...

Lima soalan yang pasti... sudah bersediakah kita ?
a)Kemanakah di habiskan umur (usia ) ?
b)Kemanakah di isikan masa muda ?
c)Dari sumber manakah harta di perolehi ?
d)Ke jalan manakah harta di belanjakan ?
e) Apakah yang dilakukan terhadap ilmu yang sudah dipelajari ?

Keri AlHaj said...

salam...

Dari DIA kita datang..
padaNYa juga kita kembali...

pemergian ustaz Asri memang benar2 memeranjatkan. Saya mengenalinya walaupun tak rapat sangat (saya lebih rapat dgn ahli rabbani yg lain) setahu saya dia sihat... tapi kematian mengejut tanpa sebarang tanda memang sgt menyedihkan, apatah lagi dari golongan org2 dakwah seperti dia... janji Allah, tak kira sihat tak kira sakit, tua atau muda... bila sampai masanya tak ada apa yg dpt halang...

Dlm hidup memang penuh dgn peringatan, tapi kematian juga sebaik-baik peringatan...

Al Fatihah Untuk ustaz Asri... Dia aman di sana - InsyaAllah...

Dida... said...

Buat LoL yg dikasihi juga..

hari ini entah kenapa saya bersemangat utk online awal pagi.. biasanya.. petang.. (malam waktu malaysia).. mgkin kerana Allah dah takdirkan utk saya mengetahui tentang kematian arwah ustaz Asri lebih awal... utk membuat entry ini.. Wallahu'alam..

Ajal mmg sentiasa dekat bagi orang2 yg sentiasa beringat.. mereka selalu beranggapan ajal akan datang bila2 masa.. sbb itu mereka rasa bimbang, khuatir jika tidak sempat utk penuhkan diri dengan amal kebaikan.... berbeza dgn org yg lalai.... mereka sentiasa fikirkan keseronokan dan menganggap sudah tua baru nak bertaubat.. itupun kalau sempat menjadi tua... kalau x sempat? matilah mereka dalam kesesatan..

Saya galakkan LoL mendengar lagu nasyid kerana pelbagai nasihat boleh kita perolehi di dalam liriknya.. I proud of you my friend... teruskan penghayatan anda dalam lagu2 nasyid bertemakan Islam ini... moga LoL bertambah faham tentang keindahan Islam sebenarnya...

Dida... said...

UmmuMishkah..

Waalaikumsalam...

Suatu peringatan bukan sekadar utk ktia renungkan.. tetapi utk kita lebih berusaha menambah amal kebaikan utk bekalan kita kemudian hari... Selamat beramal di bulan Ramadhan!

Dida... said...

Pakkaramu,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung ke teratak saya ini...

Salam Ramadhan Al-Mubarak jua buat Pakkaramu sekeluarga... Moga bertambah amalan dan pahala di bulan yg mulia ini....

Dida... said...

Ustaz Saifun,

Waalaikumsalam ya Ustaz...

Ana sudah membaca artikel ustaz yg berkenaan pemergian sahabat ustaz itu.. sungguh terkesan di hati...

Ya.. marilah kita sama2 menegakkan perjuangan Ad-Din Islam dimuka bumi Allah ini.. InsyaAllah..

Anem Arnamee said...

salam.

terima kasih atas perkongsian ini.
boleh cuba nanti utk mereka yg demam2;)

erm, al-fatihah utk beliau.
mengejutkan-masih terkejut.

oh,ya - syukran 4 sudi follow blog anem kembli;p

Dida... said...

Cun09,

Soalan2 yang basic tapi jawapannya bergantung pada amalan2 masing... bagus juga kalau kita selalu buat checklist begini... jadi takde la masa kita dihabiskan dgn perkara yg sia2... saya nak jawab soalan tu.. tp terasa malu pula sbb jawapannya yg jujur belum memuaskan hati sipembuat amalan lagi...

Terima kasih Liza di atas soalan peringatan ini...

Dida... said...

Chimera..

Bertuah anda krn berkesempatan berdamping dgn para2 pendakwah walaupun sekadar penasyid... dan sahabat kepada Allahyarham ustaz Asri.. Sememangnya maut datang tanpa disangka... pagi kita lihat dia sihat bertenaga.. petang dia rebah dan meninggal.. semua itu ketentuan dariNya... saya ramai saudara yg meninggal dalam keadaan seperti itu..

Sebab itu saya selalu mengisi rohani saya dgn cerita2 kematian agar ia memberi keinsafan buat diri saya supaya tidak terlalu leka...

Terima kasih krn melontarkan pandangan anda di sini.. really appreciate it!

Dida... said...

Arnamee..

Wslm.. sama2.... ada satu lagi ikhtiar yg dikongsi oleh sahabat saya.. sila baca komen pertama di ruangan ini dari MamaQaseh.. moga kita mendapat manfaat dan kesan yg baik dari ikhtiar2 ini..

Sama2... moga kita saling bersilaturrahim selepas ini.. InsyaAllah..

Unknown said...

salam Dida..mohon di ciplak tip2 ikhtiar tu yer ..untuk di kongsi dlm blog akak di n3 yg akn dtg..semoga sama2 dihindari drpd bala ini.doa kn akak dpt mjejaki tanah suci lg ye

smurf said...

Salam Dida ,

tip yg berguna utk dikongsi bersama .

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman , al - fatihah ...

menunggu masa utk dijemput ke sana ... Entah bila

Dida... said...

Wslm Ummi humaira

Dipersilakan... apa yg ada di dalam blog ini bebas utk dicopy dan disebarkan... sama2 kita mendapat manfaat darinya...

InsyaAllah kak.... suatu hari itu pasti akan tiba.. berkat doa yg berpanjangan..

Dida... said...

ASE1,

Wslm kak... terima kasih.. harap tips2 ini berkesan utk mengurangkan sekaligus merawat penyakit ini.. setiap penyakit ada ubatnya.. kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. seterusnya hanya Allah yg tentukan..

Akak sakit ke? jika sakit, saya doakan moga akak cepat sembuh ya....

Dearie Pearls said...

Happy weekend my sweetheart......

zai said...

Salam Dida...

Trm kasih atas ambil berat kat kami diMalaysia. dan terima kasih jua diatas petua yang diberikan..

Semoga Allah memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepada kita semua..anak2 kak zai pun demam dan batuk tapi alhamdulillah masih terkawal..

pu3 balqis said...

petua yang mantap akk
thanks ya..

Yatie said...

salam dida....

bagus entri kali ini spt juga entri dida yang lain....

Takziah juga untuk keluarga Allayarham Ustaz Asri..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam...
Yang pergi tak kan kembali lagi..
Hidup insyaAllah, mati adalah pasti..
Dengan mengingati mati, hati tak kan berpaling dari mengingati Allah..

idasm said...

salam dida... seronok membaca entri dida yg penuh peringatan ni, lagi seronok membaca komen2 dan perkongsian ilmu rakan2 dida.
al fatihah buat arwah. semoga diccuri rahmat oleh Ilahi

Dida... said...

Dear LoL...

Happy weekend to you too... for every second, every minute, every hour.. you take extra care for yourself okay...

Dida... said...

Wslm Kak Zai..

Saya ambil berat pada semua.. especially my Family... krn tanpa mereka dan anda2 semua.. siapalah saya di dunia ini... Moga Allah lindungi kita semua...

InsyaAllah.. Doa itu senjata mukmin.. berdoalah selalu...

Dida... said...

Pu3,

Sama2.. terima kasih juga buat bloggers2 yg telah berkongsi petua tersebut... akak hanya mengcopy dari mereka..

Dida... said...

Yatie,

Terima kasih Yatie.. segala pujian hanyalah utk Allah SWT... saya tidak layak utk menerima pujian.. Terima kasih jua buat Yatie krn sering membaca coretan saya di sini...

Dida... said...

Kak Shaniza,

Wslm.. Apa khabar akak sekarang? lega krn akak dah kembali semula dgn semangat yg baru.. moga akak tidak sedih2 lagi ya... terkejut juga bila baca n3 akak yg lepas...

Harap semuanya sudah pulih seperti sediakala... ingati mati boleh perbaiki segala amalan kita... moga tidak dilalaikan oleh syaitan...

Dida... said...

Kak Idasm..

Terima kasih krn sering mengikuti coretan saya di sini.. moga sedikit sebanyak memberi manfaat & iktibar kepada kita....

Terima kasih jua buat pengomen2 di sini yg selalu memberi komen yg bernas utk dikongsi bersama.. saya selalui hargai sumbangan mereka di sini.. termasuk kak Ida.. :)

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam Dida...
Alahai..tentu akak dah buat Dida risau. Dah baca entry dan ulasan akak dalam blog akak?

Sorry la...sayanggg Dida! muahh!

Relevan said...

Salam dida..

Kematian adalah satu perjalanan untuk menuju kepada kehidupan yang baru..

Dearie Pearls said...

Dear Dida yang care..
Thanks friends..

I will take gud care extra XXXLLL of maself. Dalam sehari LoL basuh tangan. Selepas dari toilet, menyapu, buang sampah, makan, dan bila masa LoL rasa LoL tak besih.
Hehe..

Kwn2 LoL pun, LoL siap 'sound' lagi bila nak makan sstu. Hehe.. Wht a very garang hooo.. Ngeeee..

Ok beb..
You oso take gud care ok.

Bila balik Malaysia..?

Hehehehe...

kyungie said...

salam kak dida...
auna terharu dengan pemergian allahyarham ustaz asri...semoga rohnye dicucuri rahmat oleh Allah....amin!!!

http://raidatul auna.blogspot.com

wassalam.

Dida... said...

Wassalam dik..

dah boleh panggil auntie kot.. hehe.. rasa mcm muda lagi pulak..
InsyaAllah dik.. roh org2 yang beriman pasti dicucuri rahmat olehNya.. InsyaAllah..

Dida... said...

Wslm Kak Shaniza..

Memang risau sangat2.. hubby saya yg baca dulu... lepas tu dia bagitau saya dkt dalam kereta masa keluar pergi belanja barang dapur... risau bukan kepalang.. x sabar nak sampai rumah nak baca n3 akak..

Tp. belum sempat nak tinggal komen.. nnti saya datang lagi ya.. selalu masuk blog akak 2-3 kali..

Alhamdulillah.. xde apa2... sayang akak juga.. :)

Dida... said...

Relevan..

Ya.. saya setuju dengan anda... kehidupan yg baru dan kekal menanti kita di sana.. di dunia hanyalah transit utk ke alam yg kekal abadi... iaitu akhirat... moga kita tergolong di dalam ahli syurga.. InsyaAllah.. itu lah yg kita impikan...

Dida... said...

LoL dearie..

Bagus juga jadi garang utk kebaikan bersama.. sekali sekala xpe.. garang2 sayang namanya tu..

Harap kita dijauhkan dari sebaring musibah dan penyakit ye LoL ku sayang.. jaga diri baik2..

Dearie Pearls said...

Dida terlupa jawab soalan LoL..

Hehehe..

Ke nak surprise...? :)

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

kematian itu adalah satu kepastian.. tiada siapa yg dapat lari darinya..

pelbagai cara yg dpt kita lihat bilamana Allah menarik semula nikmat smentara di dunia ini.. moga tergolong kita semua di kalangan ummatNya yg beriman.. ameen ya Rabb