Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

9.26.2009

Takziah buat keluarga JMD (Walangkopo)



Dari DIA kita datang.. kepada DIA kita kembali...

Setulus ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Jais bin Md Deros (Blog Walangkopo) ke atas pemergian arwah pada pukul 12.20 mlm hari ini... akibat menderita penyakit kanser paru-paru yang dialaminya lebih kurang 6 bulan lamanya...(correct me if I'm wrong)


Pemergian arwah ke alam barzakh adalah satu ketentuan Allah swt yang menyayangi hambaNya dan diharapkan agar keluarga Allahyarham terutama isteri arwah (Kak Eylla) dan anak-anak kecil beliau bersabar di atas ujian getir ini dan saya pasti seluruh keluarga dan sahabat handai arwah di Malaysia dan juga di Yanbu sangat merasai kehilangan arwah. Sekali lagi semoga Allah swt merestuinya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman & bertakwa. Al-Faatihah


Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati roh arwah dan memberikannya kedudukan yang dijanjikanNya...


Mutiara kata sebelum mengakhiri entry kali ini...


"Juallah dunia kamu kepada akhirat kamu, nanti kamu akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah kamu menjual akhirat kamu kepada dunia kamu, nanti dia merugikan kamu bagi keduanya serentak"


Peringatan ini buat yang masih hidup.... dan buat diri ku jua yang masih meniti dugaan dan cubaan di dunia yang sementara ini.. moga kita tidak lalai dan terpesona dengan semua tipu daya dan keseronokan dunia......

P/s: ku akan terbang pulang ke Malaysia 28 Sept ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi pada keesokan harinya.... doakan pemergian 'sementara' kami ini agar selamat pergi & selamat kembali.........

**akan bercuti dari berblog hingga tarikh yg tak dapat di pastikan.. mohon Maaf Zahir & Batin

17 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Jais bin Md Deros...moga rohnya terpelihara & ditempatkan dlm golongan orang-orang soleh...ameen

Saya doakan semoga Allah permudahkan perjalanan dida & suami ke m'sia dan selamat sampai ke destinasi...

zai said...

Salam Dida..

Sedih baca N3 ini..itulah satu kebenaran yg tidak dapat dielakkan...pengakhiran sebuah kehidupan iaitu MATI..AlFatihah dan Takziah buat keluarga Allahyarham..Semoga kita jua nanti digolongkan bersama mereka2 yg beriman.

Buat Dida dan suami..

Selamat Kembali ketanahair yg tercinta...semoga ceria bersama keluarga..

Dearie Pearls said...

Dear,
Takziah kepada keluarga Allayarham.

Baca entry hari tu dia masih happy jumpa kwn2 lama.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.


Kepada Dida dan suami,
Selamat sampai ke bumi Malaysia pada 29hb nanti.
Semoga segalanya dipermudahkan.
Happy with ya family..

Cik Skaf said...

salam Dida.
Innalillah..Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 soleh.

Salam takziah buat keluarga allahyarham. Moga mereka tabah hadapi dugaan kehilangan ini.

Utk dida dan suami, didoakan selamat dalam setiap perjalanan pergi dan balik.

nuranuraniku.blogspot.com said...

salam sobat
salam taziyah juga mba DIDA
selamat idhul fitri 1430 H
maaf lahir dan batin mba..

REENAZ said...

Dida,
Arwah detect cancer 3bulan yg lepas. Masa balik M'sia bulan 6 hari tuh sempat gak akak satu family pegi melawat dia.Tengok condition dia kesiannnnn sangat...Tapi masa tuh dia kata dah okey sket sbb dah boleh bangun.Sbb sebelum tuh dia memang terbaring & takleh nak bangun. Wife dia amek cuti lama lebih kurang sebulan (kalau tak silap akak-bebual ngan mertua & mak dia).

Yg paling akak sedih & kesiannnn sangat anak dia yg kecik tuh memang tak kenal ngan bapa nyer. Kan masa arwah dtg KSA anak dia baru lahir.Pas tuh mana ler baby tu kenal ngan bapa dia. Sedih & terharuuuu sangatttt....huhuhu...Kalau Dida balik & singgah umah dia kem salam pd Eyla yer....

ASYIQ said...

Baru sekali akak masuk blog dia dan berkenalan dengan empunya diri...rasanya dalam bulan puasa yg lalu.

Takziah dengan pemergiannya...insyaallah dia akan tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah.

Akak akan merindui Dida, sblm terlupa tolong doakan juga kejayaan kak long pula dalam PMR...

Semoga Dida selamat pergi dan kembali semula ke tanah anbiyak...di M`sia pun jgn lupa jenguk blog kalau ada kesempatan.

Salam syg utk Dida...will miss u!

ibundo said...

Alfatihah buat yang pergi. SEmuga keluarganya diberi kekuatan..

Arianni said...

Salam Dida,
Al Fatihah buat arwah moga ditempatkan dikalangan orang2 beriman dan bertaqwa..
Buat isteri arwah semoga tabah..sesungguhnya Allah sedang mengujimu..
Buat Dida selamat pergi dan kembali yer..

cun09 said...

salam...
AL-Fatihah...

Semoga sahabatku selamat sampai di msia ^-^...
*mcam nak tunggu Dida kat umah jee*

Dearie Pearls said...

Selamat Balik Malaysia, Dear..

Safe Journey okey..

Take care..

Missin ya..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
takziah buat keluarga arwah.. hidup itu nikmat mati itu hakikat.

lama sungguh tak menjengah ke sini..semoga dida sihat selalu dan sentiasa di dalam iman!

lots of luv

cun09 said...

salam...
seronoknyee Dida beraya kat kg ^-^

pecinta_Islam said...

muga Allah menempatknnye di tmpt orng2 yg beriman hndknye..insyarallah..hmm..akak apakhbr,sht?muga ceria2 selalu

ieyla said...

Salam takziah kepada keluarga arwah....

Dearie Pearls said...

Dear Dida,
Just drop to say Hi..

Rindu ar.. :)

Hehe..

cun09 said...

Salam Dida...
Rasanye dah 3 minggu...