Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

11.06.2009

Update Pertama dr Rumah Baru



Salam.. Selamat Hari Jumaat..

Bersiaran dari Al-Bathnah... Yanbu, Saudi Arabia...

Urusan pindah rumah telah selesai.. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dari awal hingga akhir.. kami mendapat bantuan dari seorang hamba Allah iaitu seorang sahabat suami saya yang berbangsa Arab.. dari urusan mengangkat barang dan urusan pengangkutan semua dianggap ikhlas... tiada bayaran dikenakan.... kalau diikut2 rate pengangkutan di sini.. satu trip sahaja dah SR300... Syukur Alhamdulillah atas bantuan yang Allah berikan melalui insan yang berhati mulia ini... Semoga Allah SWT sahaja yg dapat membalas budi baik beliau di akhirat nanti...

Untuk pengetahuan.. since pindah hari tu.. baru 3 hari ni rumah baru saya dilengkapi dengan kemudahan internet... seperti yang sudah dijangka... talian internet di rumah baru ini agak lembab.. mungkin sebab tersalah pilih service provider ataupun memang kawasan perumahan ni memang coveragenya tak berapa bagus berbanding dengan kawasan rumah lama saya di Ar-Radwa dulu... overall saya memang agak kecewa sebab byk internet surfing & downloading activity saya terbatas dek kerana kelembapan dan selalu disconnected.... gara2 ini juga saya tak dpt nak download gambar di dalam blog saya... membuat urusan banking.. apatah lg utk mengunjungi ke blog teman2... huh... mmg betul2 menguji kesabaran saya ketika ini....

Itu masalah internet yg tidak berkesudahan... dan sila lah jangan risau sekiranya saya sudah lama tidak update selepas ini kerana selagi masalah ini berpanjangan... selagi itu saya kurang bersemangat utk update.... dan yg pastinya.. I'm no more homesick.. :) saya dah boleh sesuaikan keadaan saya di Yanbu ini dengan kehidupan yang bakal mendatang... semuanya saya berserah dengan ketentuan Allah SWT... dan saya berharap teman2 di Malaysia dan di mana jua anda berada tidak jemu utk menanti cerita dan info terbaru dari saya especially tentang musim haji nanti..... InsyaAllah, jika diberi kesempatan, kesihatan dan dipermudahkan olehNya....

Sebelum berundur diri... sedikit penyucian jiwa / hati untuk para bakal jemaah haji untuk dikongsi bersama:-

  1. Yakin & mempunyai aqidah yang sahih
  2. Ilmu / Kefahaman tentang Islam
  3. Pelihara solat 5 waktu
  4. Sentiasa menghabiskan masa dengan Tafakkur & Zikrullah
  5. Sertai Qiamullail
  6. Memberi sedekah samada dengan harta, anggota dan juga lisan
  7. Banyakkan berdoa
  8. Kurangkan gurau senda dan bercakap yang sia-sia
  9. Memperbanyakkan amal kebajikan
Sifat2 terpuji yang harus dipupuk SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS menunaikan haji.....

Sabar, Syukur, Ikhlas, Redha, Rajin, Pemurah, INGAT MATI, Bertimbang rasa, Taubat, Amanah, Berjimat cermat, Penyayang, Menepati janji, Tolong menolong & bertanggunjawab....

Sifat2 tercela yang harus dijauhi selama2nya....

Pemarah, Takbur, Riak, Mungkir Janji, Penipu, Pemalas, Mengeji, Bermegah, Bermuka-muka, Mengumpat, Pembohong, Mencerca, Sombong, Kufur Nikmat, Kedekut, Tidak Ingat Mati, Hasad dengki dan Khianat...

Moga akhlak kita semua dihiasi dengan sifat2 terpuji dan dilindungi oleh Allah dari sifat2 tercela...

Sekian, Wassalam...

17 comments:

atie said...

Salam Dida...

Rindu sungguh kat adik akak sorang nie... semoga Dida tenag dan bahagia di rumah baru.....Musim haji tak ada perancangan ke mekah ke.....

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Selamat bersua kembali, moga Allah permudahkan segala urusan dida di sana...amiin

Hanisham Ab Halim said...

Salam Dida,
Hihihi.... lama tak usik dida... hehhehe

LEMONADE said...

salam kak,
smoga sentiasa di bwh lembayungnya.. nnti connection ok, upload pic umah baru ye.

cun09 said...

salam sahabatku ^_^

Tetap setia menunggu utk n3 seterusnyee...musim haji...

semoga dilindungi oleh ALLAH.

ASYIQ said...

No more homesick??? Alhamdulillah. Lama2 nnti lg ok.

Mmg...kalau internet meragam maka hati pun jd gundah gulana. Kalau boleh tekan button apa pun nk laju je....hihi.

Selamat berjumpa kembali.

Semoga bertambah bahagia....amiiin.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam dida..
apa kbr?? mg best di tempt baru.. dida.. nak mta tlg dida.. mohon doa buat abah akk kerana mgkin di sahkan ada penyakit dgn hatinya.. mohon doa agar diberikan kesihatan.. terima ksih dida

Dida... said...

Salam semua sahabat2ku dan kakak2 yg dirindui selalu.... terima kasih krn masih sudi membaca coretan saya di sini... Minta maaf kerana saya tak dpt balas kesemua comment2 di sini disebabkan masalah internet yg agak slow...

saya buat n3 yg pendek ini pun makan masa hampir 2 jam... dan comment ini.. after retrying so many times.. baru bleh publish.. harap sahabat2 sekalian memahami situasi saya ketika ini...

Buat Norrulisza... InsyaAllah.. saya akan doakan semampu yg saya boleh.. jika Norrul boleh sertakan nama bapanya sekali.. InsyaAllah dgn izin Allah saya doakan bapa Norrul spy cepat sembuh.. jgn sesedih ya.... :)

Yatie said...

Assalamualaikum dida...

Lamer tak ader post baru....
rase terubat rindu ini pada blog dida pabila ader khabar terbaru...

ttg post kali ini yatie tertarik dengan ayat "ingat mati"
sejak malam smlm hati yatie rasa sayu sgt kerana mengingatkan kematian...tapi dah reda skit hari ini kerana ader nyer kawan2 memberi semangat....

wassallam....

zai said...

Salam Dida,

Selamat Berpindah ke rumah baru semoga cepat2 menimang cahayamata. Teringat kak zai dulu kalau setiap kali pindah ke rumah baru (3x) sbb dulu menyewa sblm beli rumah sekarang, 3 kali juga dapat anak baru..hehehehe.. rezeki rumah baru agaknya.

rindu benar kat dida sbb lama tak berblogging..kalau bab kelembapan internet tu..tak dapat la kak zai nak menolongnya tapi harap2 Dida banyak2 bersabar..insyaAllah kalau niat yg baik utk sama-sama berkongsi ilmu pasti nanti akan dipermudahkan oleh Allah.

ummu said...

salam dida;
alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh Allah.Baiknya Pak Arab tu kan. Itulah dinamakan sahabat sewaktu susah.
Patutlah,ternanti-nanti jua kenapa Dida tak update blog.

idasm said...

salam dida... bykkan bersabar yea dik. akak doakan semoga dida dan suami sentiasa dipermudahkan dl apa jua hal. take care yea...

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku Dida,
Selamat mendiami rumah baru dan melawan 'kerenah' internet. Hehe..

Happy to hear tht Dida dah tak homesick lagi.
Jika semuanya berserah kepadanya, maka semuanya akan menjadi lebih baik.

*Jiran rumah LOL menunaikan Rukun Islam ke-5 minggu lepas. Kami tertanya-tanya ke manakah mereka pergi.. :)
Selamat untuk mereka suami isteri.

LYNN said...

Salam Dida,
D Lnk tht u need.

http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/

Ena said...

Salam perkenalan..

Pertama sekali suke la tengok blog nie.. sejuk jer.. :)

Ummu Mishkah said...

Missing you sis!

ihsan incalescence said...

lame da xtgk blog akak..
bz sgt 2 ngn exam...
skg exm da abeh..
abeh dgan tragedy.. huhu
hampeh ~