Selama saya sakit dan semenjak hubby saya keje shift malam... saya sering tak dapat melelapkan mata dgn lena.... dan dalam keadaan itu... saya muhasabahkan diri saya di malam yg gelap & sunyi.... teringat tentang Firman Allah SWT yg saya baca " Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan, mereka berkata, Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji." .......... dan saya menganggap kini saya sedang diuji... bukan sahaja dengan masalah kesihatan.... tetapi juga dengan beberapa masalah yg lain dan saya yakin Allah SWT ingin menguji keimanan hambaNya kerana setiap hambaNya yg beriman pasti akan diuji di dunia ini...
Firman Allah SWT bermaksud:
“Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
(At-Taghabun:11)
Di ketika keseorangan itu jugalah saya teringat kepada Allahyarham2 dan Allahyarhamah2 yg telah meninggalkan saya dan suami menuju ke alam fana... ntah bila pula giliran saya untuk menjejaki mereka semua... airmata menitis bila mengenangkan diri ini yg masih lagi banyak kekurangan... dunia ini telah banyak melalaikan saya waktu dulu... apabila membaca kisah2 mujahid2 yang mati di jalan Allah... saya terasa amat cemburu dengan mereka semua kerana tempat mereka sudah tetap di Syurga Allah... apa pula nasib kita yang masih hidup di bumi Allah ini? Ya Allah.. janganlah Engkau lalaikan daku dari pesona & kemewahan dunia serta kegembiraan yang sementara ini... Engkau tetapkan lah iman serta kuatkan hatiku untuk beramal kepadaMu demi mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia di SyurgaMu...di alam yang kekal abadi...
05.27a.m
o6.28am
suasana begitu sayu apabila jenazah dimasukkan kedalam liang lahad.. segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar sehingga selesai pengebumian.. ketika ustaz rahim sedang membacakan talkin hujan renyai-renyai turun seolah-olah seluruh seisi alam menangisi pemergian seorang mujahid kecil yan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan meneruskan perjuangan nabi Muhammad s.a.w .. awan y redup memayungi pusara ammar sehinggalah selesai bacaan talkin.. alhamdulillah lebih 1000++ org y dtg melawat dan memberikan penghormatan terakhir kepada mujahid muda y berusia 21 tahun ini..sungguh tidak disangka penghormatan sebegini mulia.. ummu ammar sangat bersyukur diatas segala pertolongan dan kerjasama semua pihak melancarkan urusan pengebumian jenazah..
Dan begitulah pengorbanan besar Allahyarham..... demi kerja dakwah Fisabilillah yang dilaksanakan...
Gambar2 & cerita selanjutnya bolehlah dilihat & dibaca di sini
Ini baru sebahagian kecil dari rentetan peristiwa yang saya baca... sungguh mengharukan.. bagaimanakah kita boleh dapat penghormatan seperti ini di pengakhiran hayat kita... bagaimana mahu berjihad Fisabilillah? di bawah ini adalah peringkat Jihad yang disarankan oleh Ulama muktabar Ibnu Qayyim:
1. Jihad Mencari Ilmu
2. Jihad Mengamalkan Ilmu
3. Jihad Melawan Hawa Nafsu
4. Jihad di medan perang
Akhir kalam....
Al-Fatihah buat Allahyarham2 & Allahyarhamah2 yang telah meninggalkan kita.. Moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan di rahmati oleh Allah SWT...
18 comments:
moga dah kembali ke sedia kala sis!
alhamdulillah masih berpeluang kita menghayati bait2 al-Qur'an... :)
Ummumishkah..
Alhamdulillah... begitulah nampaknya... so, boleh la saya memeriahkan dunia blog spt biasa.. :)
Tiada bahasa & perkataan yg lebih Indah dpt dibandingkan dgn bahasa & perkataan dari Kalam Allah...
Salam...alhamdulillah moga hari-hari seterusnya diusahakan utk kebaikan Islam. Dan moga kita semua dpt mengamalkan amalan yg membawa kita kpd kebahagiaan dunia & akhirat
hope you'r health will get better dan dapat aktif meneruskan usaha2 dakwah menerusi blog
Salam dida..
Alhamdulillah..dida dh kembali sembuh..terharu bila membaca kisah ini..moga kita tergolong dlm golongan mujahid kecil ini.. InsyaAllah..saya ada terbaca
Sabda Nabi s.a.w :
"Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya,ia adalah sahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya,ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya,ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya,ia adalah syahid."
"Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar,nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya."
Razak..
Ya... begitulah hendaknya.. istiqomah memperingati diri & rakan2 agar sama2 mendapat kebaikan di pengakhiran hidup kita... Terima kasih di atas galakan & sokongan..
matgeo...
Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini & mmbaca artikel saya... InsyaAllah.. saya akan terus berdakwah selagi termampu...
Arianni...
Wahh.. panjang lebar & sungguh bermakna komen ni.. terima kasih... InsyaAllah... moga impian utk menjadi syahid akan dimakbulkan Allah walaupun dgn cara yg paling mudah sekalipun..... itulah yg kita mampu setakat ini....
to dida..
evnthgh i dunn0 wh0're u..
but u still keep in urmind
b0ut ama n evryb0dy wh0 is past away b4 us.. tghtr we pray f0r ALLAH's bleesing f0r them..
1stly thnks f0r being ma f0ll0wer..
can i ask u smthing..
when u know ama ??
we're not in a same skewl ait ??
thnks dida..
p/s: plz answer me in ma blog's chatb0x.. tq
Salam criest...
Thanks for giving me permission to publish about the late of Ammar's stories here..
I don't know Ammar in person.. juz knowing him through the blog... Hv read his blog and MasyaAllah.. many good info we can found there...
InsyaAllah.. will visit ur blog soon..
Salam Dida,
Semoga bertambah sihat hendaknya, terharu akak baca entri Dida nie..airmata dah turun laju tak dapat ditahan2 lagi..terasa begitu kerdilnya kita didunia fana ini...Akak juga berharap kita semua sempat bertaubat sebelum mati..
Wslm Kak Zai...
Alhamdulillah.. berkat doa kawan2..
akak dah tgk gmbar2 terakhir Allahyarham sebelum dikebumi belum? Kalau akak tengok.. lagi la rasa feel dia... beruntung ibu Ammar mempunyai anak soleh seperti Allahyarham... sejuk perut ibu mengandungkan dia...
Allah lebih sayangkan dia.. sebab tu Allah ambil nyawa dia lebih awal.. pasti dia ahli syurga kerana peribadi dia begitu mulia.. InsyaAllah...
Wallahua'alam..
wah takut nyer....semoga akak bertambah sihat...kan Allah tak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan"...
Fiza..
Terima kasih dik... Jika amalan kita hebat.. tak ada apa yg nak ditakutkan.. kerana mati itu pasti.. kita cuma perlu bersedia je...
Lebih dari kemampuan? cuba Fiza tengok.. ujian2 dan bencana yg Allah turunkan pd umat manusia sekarang ini adakah manusia mampu menanggungnya? contoh Tsunami di Acheh dulu dan peperangan yg tak berkesudahan di Palestin.. mereka mampu tanggung ke?... tak kan? Jadi.. ujian Allah itu tidak mengira sesiapa pun dan tak kira apa bentuk sekalipun samada besar ataupun kecil....
Wallahua'alam..
Salam..
Saya juga mengikuti kisah Arwah melalui "anak internet" saya,Zati yang merupakan junior kepada Arwah.Peribadi arwah amat menakjubkan dan orangnya juga amat disayangi dan disanjungi oleh semua kenalan..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semuga kita semua turut mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah.
Shaniza..
Sebenarnya.. saya jalan2 dkt link blog kamu.. so terjumpa satu link yg mengisahkan cerita tentang arwah.. saya mmg suka baca tentang kisah2 kematian.. so, mesti klik punya... tak kira la dkt blog siapa pun..
Mungkin saya suka mengambil iktibar tentang kisah sebuah kematian bagi peringatan utk diri saya sendiri...
semoga pengakhiran hidup kita nanti pun sebagai hambaNya yang bertaqwa dan beriman di sisiNya....insyaAllah sama2 lah kita merebut 5perkara sblm dtg 5 perkara tuuu.... sungguh menyentuh hati kisah saat2 terakhir allahyarham sblm disemadikan,,,masih terfikir knp guna gerudi auto tak bleh buka keranda tuuu...semuanya hanya Dia yang lebih mengetahui
InsyaAllah Zura... kita hanya mampu berusaha, berdoa spy amalan kita diterima dan selebihnya Allah sahaja yg berhak menentukan.... moga kita terpilih sbg hambaNya yg menjadi ahli di syurgaNya nanti..
Mmg sedih.. tp pengakhiran hidup arwah amat baik.... bg insan yg meneruskan amalan dakwah di sisi Allah sptnya..
Post a Comment