Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

7.01.2009

Mujahid kecil...

Salam wahai sahabat...

Terasa baru boleh bernafas lega kerana masalah kesihatan saya sudah beransur pulih... sebenarnya saya mengalami abdominal cramp, heart burn dan headache yang serius baru2 ini... dan dgn sebab itu saya agak menyepi dari persada blogging.... maafkan saya wahai kawan2 kerana sepiku ini tanpa meninggalkan pesan.... mana2 yang saya ada berhutang tag dgn kamu semua.. saya harap berikanlah saya sedikit masa utk saya langsaikan semuanya kerana keadaan internet di rumah saya ni masih juga di tahap yg amat mengecewakan... ini pun nasib2 je saya dapat post n3 ni... tp kalau nak download gmbar... mmg berjam2 la jawabnya....

Selama saya sakit dan semenjak hubby saya keje shift malam... saya sering tak dapat melelapkan mata dgn lena.... dan dalam keadaan itu... saya muhasabahkan diri saya di malam yg gelap & sunyi.... teringat tentang Firman Allah SWT yg saya baca " Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan, mereka berkata, Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji." .......... dan saya menganggap kini saya sedang diuji... bukan sahaja dengan masalah kesihatan.... tetapi juga dengan beberapa masalah yg lain dan saya yakin Allah SWT ingin menguji keimanan hambaNya kerana setiap hambaNya yg beriman pasti akan diuji di dunia ini...

Firman Allah SWT bermaksud:

Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

(At-Taghabun:11)

Di ketika keseorangan itu jugalah saya teringat kepada Allahyarham2 dan Allahyarhamah2 yg telah meninggalkan saya dan suami menuju ke alam fana... ntah bila pula giliran saya untuk menjejaki mereka semua... airmata menitis bila mengenangkan diri ini yg masih lagi banyak kekurangan... dunia ini telah banyak melalaikan saya waktu dulu... apabila membaca kisah2 mujahid2 yang mati di jalan Allah... saya terasa amat cemburu dengan mereka semua kerana tempat mereka sudah tetap di Syurga Allah... apa pula nasib kita yang masih hidup di bumi Allah ini? Ya Allah.. janganlah Engkau lalaikan daku dari pesona & kemewahan dunia serta kegembiraan yang sementara ini... Engkau tetapkan lah iman serta kuatkan hatiku untuk beramal kepadaMu demi mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia di SyurgaMu...di alam yang kekal abadi...

“jiwa mereka yang hanya cintanya mencari akhirat.. laksana anak-anak akhirat.. melihat dunia dari jendela akhirat Ini adalah pesanan dari seorang Mujahid kecil yang telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Jun 09 iaitu Allahyarham Muhammad Ammar bin Zulkifli. Seorang pelajar Perubatan Tahun 3 yang kemalangan di Mesir semasa pulang dari berdakwah. Mengapa mereka mengatakan Allahyarham seorang Mujahid kecil? Ikuti rentetan peristiwa Ummu Ammar mengusap wajah jenazah anaknya ini dan semasa Allahyarham dikebumikan...

05.27a.m
Selepas mencuba pelbagai cara barulah keranda dapat dibuka sepenuhnya dan sebelum kain kafan dibahagian muka dibuka.. orang dari kedutaan meminta izin ummu ammar untuk membuka dan meminta ummu ammar bersabar .. dengan raut wajah yang tenang ibu ammar mengizinkan.. selepas kain kafan dibahagian muka dibuka dan terlihat raut redup wajah ammar.. ummu ammar kelihatan sangat sebak dan pilu tetapi dapat dilihat kekuatan seorang ibu menahan sedih apabila melihat raut wajah redup anak sendiri.. sahibah2 dan kaum keluarga allahyarham sudah ramai y mengalirkan air mata pilu melihat wajah allahyarham.. muka allahyarham kelihatan tersenyum dan tenang seolah-olah sedang bergembira disyurga dan itulah y memberikan kekuatan kepada ummu ammar untuk terus tabah.. ummu ammar berkata beliau yakin ammar syahid apabila dilihat dari raut redup wajah ammar lalu tangan seorang ibu mengusap wajah anak y telah syahid sambil membuang kapas yang menutup sedikit wajah ammar.. ummu ammar merasakan seakan2 peluh keluar dikedua2 belah pipi ammar.. dan itu adalah tanda2 org y mati syahid kerana walaupun roh sudah terpisah dgn jasad tetapi mereka masih hidup disisi ALLAH.. diwaktu itu mata ummu ammar bergelinangan dengan air mata.. suasana ketika itu amat sayu dan pilu.. ramai y menangis hiba melihatnya..

o6.28am
suasana begitu sayu apabila jenazah dimasukkan kedalam liang lahad.. segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar sehingga selesai pengebumian.. ketika ustaz rahim sedang membacakan talkin hujan renyai-renyai turun seolah-olah seluruh seisi alam menangisi pemergian seorang mujahid kecil yan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan meneruskan perjuangan nabi Muhammad s.a.w .. awan y redup memayungi pusara ammar sehinggalah selesai bacaan talkin.. alhamdulillah lebih 1000++ org y dtg melawat dan memberikan penghormatan terakhir kepada mujahid muda y berusia 21 tahun ini..sungguh tidak disangka penghormatan sebegini mulia.. ummu ammar sangat bersyukur diatas segala pertolongan dan kerjasama semua pihak melancarkan urusan pengebumian jenazah..

"Amal Islami ini menuntut banyak perkara daripada kita. Ia bermula dengan masa, tenaga, harta dan akhirnya ia akan menuntut nyawa kita."

Dan begitulah pengorbanan besar Allahyarham..... demi kerja dakwah Fisabilillah yang dilaksanakan...

Gambar2 & cerita selanjutnya bolehlah dilihat & dibaca di sini

Ini baru sebahagian kecil dari rentetan peristiwa yang saya baca... sungguh mengharukan.. bagaimanakah kita boleh dapat penghormatan seperti ini di pengakhiran hayat kita... bagaimana mahu berjihad Fisabilillah? di bawah ini adalah peringkat Jihad yang disarankan oleh Ulama muktabar Ibnu Qayyim:

1. Jihad Mencari Ilmu
2. Jihad Mengamalkan Ilmu
3. Jihad Melawan Hawa Nafsu
4. Jihad di medan perang

Rasanya yang no. 1,2,3 tu adalah yang paling sesuai dan termampu untuk kita melakukan jihad... especially yang no. 3... Hawa Nafsu byk kategorinya... termasuklah nafsu Makan...membeli-belah... nafsu suka kepada benda2 & perkara2 yang cantik... kalau lah kita dapat melawannya.... alangkah bagusnya kalau kita juga tergolong dalam golongan Mujahid kecil ini... InsyaAllah... berdoalah kita pada Allah agar kita tidak tewas kepada godaan hawa nafsu... Sesungguhnya.. mereka yang mengikut hawa nafsu yg melampau-lampau itu adalah mereka yang mengikut telunjuk Syaitan... Lahaulawala Quwwata Illah Billah....

Akhir kalam....
Al-Fatihah buat Allahyarham2 & Allahyarhamah2 yang telah meninggalkan kita.. Moga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan di rahmati oleh Allah SWT...

18 comments:

Ummu Mishkah said...

moga dah kembali ke sedia kala sis!
alhamdulillah masih berpeluang kita menghayati bait2 al-Qur'an... :)

Dida... said...

Ummumishkah..

Alhamdulillah... begitulah nampaknya... so, boleh la saya memeriahkan dunia blog spt biasa.. :)

Tiada bahasa & perkataan yg lebih Indah dpt dibandingkan dgn bahasa & perkataan dari Kalam Allah...

Abd Razak said...

Salam...alhamdulillah moga hari-hari seterusnya diusahakan utk kebaikan Islam. Dan moga kita semua dpt mengamalkan amalan yg membawa kita kpd kebahagiaan dunia & akhirat

matgeo said...

hope you'r health will get better dan dapat aktif meneruskan usaha2 dakwah menerusi blog

Arianni said...

Salam dida..
Alhamdulillah..dida dh kembali sembuh..terharu bila membaca kisah ini..moga kita tergolong dlm golongan mujahid kecil ini.. InsyaAllah..saya ada terbaca
Sabda Nabi s.a.w :

"Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya,ia adalah sahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya,ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya,ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya,ia adalah syahid."

"Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar,nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya."

Dida... said...

Razak..

Ya... begitulah hendaknya.. istiqomah memperingati diri & rakan2 agar sama2 mendapat kebaikan di pengakhiran hidup kita... Terima kasih di atas galakan & sokongan..

Dida... said...

matgeo...

Terima kasih krn sudi berkunjung ke sini & mmbaca artikel saya... InsyaAllah.. saya akan terus berdakwah selagi termampu...

Dida... said...

Arianni...

Wahh.. panjang lebar & sungguh bermakna komen ni.. terima kasih... InsyaAllah... moga impian utk menjadi syahid akan dimakbulkan Allah walaupun dgn cara yg paling mudah sekalipun..... itulah yg kita mampu setakat ini....

ihsan incalescence said...

to dida..
evnthgh i dunn0 wh0're u..
but u still keep in urmind
b0ut ama n evryb0dy wh0 is past away b4 us.. tghtr we pray f0r ALLAH's bleesing f0r them..

1stly thnks f0r being ma f0ll0wer..
can i ask u smthing..
when u know ama ??
we're not in a same skewl ait ??
thnks dida..
p/s: plz answer me in ma blog's chatb0x.. tq

Dida... said...

Salam criest...

Thanks for giving me permission to publish about the late of Ammar's stories here..

I don't know Ammar in person.. juz knowing him through the blog... Hv read his blog and MasyaAllah.. many good info we can found there...

InsyaAllah.. will visit ur blog soon..

zai said...

Salam Dida,
Semoga bertambah sihat hendaknya, terharu akak baca entri Dida nie..airmata dah turun laju tak dapat ditahan2 lagi..terasa begitu kerdilnya kita didunia fana ini...Akak juga berharap kita semua sempat bertaubat sebelum mati..

Dida... said...

Wslm Kak Zai...

Alhamdulillah.. berkat doa kawan2..

akak dah tgk gmbar2 terakhir Allahyarham sebelum dikebumi belum? Kalau akak tengok.. lagi la rasa feel dia... beruntung ibu Ammar mempunyai anak soleh seperti Allahyarham... sejuk perut ibu mengandungkan dia...

Allah lebih sayangkan dia.. sebab tu Allah ambil nyawa dia lebih awal.. pasti dia ahli syurga kerana peribadi dia begitu mulia.. InsyaAllah...

Wallahua'alam..

♥Miz Fieza♥ said...

wah takut nyer....semoga akak bertambah sihat...kan Allah tak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan"...

Dida... said...

Fiza..

Terima kasih dik... Jika amalan kita hebat.. tak ada apa yg nak ditakutkan.. kerana mati itu pasti.. kita cuma perlu bersedia je...

Lebih dari kemampuan? cuba Fiza tengok.. ujian2 dan bencana yg Allah turunkan pd umat manusia sekarang ini adakah manusia mampu menanggungnya? contoh Tsunami di Acheh dulu dan peperangan yg tak berkesudahan di Palestin.. mereka mampu tanggung ke?... tak kan? Jadi.. ujian Allah itu tidak mengira sesiapa pun dan tak kira apa bentuk sekalipun samada besar ataupun kecil....

Wallahua'alam..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Saya juga mengikuti kisah Arwah melalui "anak internet" saya,Zati yang merupakan junior kepada Arwah.Peribadi arwah amat menakjubkan dan orangnya juga amat disayangi dan disanjungi oleh semua kenalan..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semuga kita semua turut mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah.

Dida... said...

Shaniza..

Sebenarnya.. saya jalan2 dkt link blog kamu.. so terjumpa satu link yg mengisahkan cerita tentang arwah.. saya mmg suka baca tentang kisah2 kematian.. so, mesti klik punya... tak kira la dkt blog siapa pun..

Mungkin saya suka mengambil iktibar tentang kisah sebuah kematian bagi peringatan utk diri saya sendiri...

Unknown said...

semoga pengakhiran hidup kita nanti pun sebagai hambaNya yang bertaqwa dan beriman di sisiNya....insyaAllah sama2 lah kita merebut 5perkara sblm dtg 5 perkara tuuu.... sungguh menyentuh hati kisah saat2 terakhir allahyarham sblm disemadikan,,,masih terfikir knp guna gerudi auto tak bleh buka keranda tuuu...semuanya hanya Dia yang lebih mengetahui

Dida... said...

InsyaAllah Zura... kita hanya mampu berusaha, berdoa spy amalan kita diterima dan selebihnya Allah sahaja yg berhak menentukan.... moga kita terpilih sbg hambaNya yg menjadi ahli di syurgaNya nanti..

Mmg sedih.. tp pengakhiran hidup arwah amat baik.... bg insan yg meneruskan amalan dakwah di sisi Allah sptnya..