Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

8.29.2009

Siapa Datang Pukul 4 Pagi?

Assalamualaikum.. selamat berhujung minggu bagi teman2 di Malaysia... dan bagi di Saudi.. selamat menyambung tugas kembali setelah selesai berhujung minggu di hari Khamis dan Jumaat.. Seminggu sudah kita berpuasa dan hari ini sudah masuk hari ke-8.. Alhamdulillah.... sekejap je kan masa berlalu? tup2 dah pertengahan Ramadhan.. tup2 dah nak raya... lepas tu raya haji.. dan kemudian dah nak masuk tahun 2010 pulak... umur pun makin lama makin bertambah angkanya... bukan semakin muda.. tp semakin bertambah kedut di muka... kalau ada buat perawatan muka.. mungkin tak nampak tua... ataupun.... yg dah semulajadi awet muda mcm saya.. ehem.. gurau je tu.. jgn ada yg terasa... :)

Tajuk entry kali ni mcm suspen je kan... ini bukan cerita rekaan.. tp kisah benar yg berlaku 2 hari lepas pada saya... ikuti kisahnya seperti berikut...

Malam itu entah mengapa mataku tidak boleh lelap seperti biasa... hubby ku sudah lama berangkat ke tempat kerja jam 10.30mlm dan meninggalkan aku di rumah seorang diri.. kebiasaan sebelum tidur, aku akan melayari beberapa laman web utk mengikuti perkembangan dalam dan luar negeri.. especially di Malaysia.. dan tak lupa juga santapan mata dan rohani di blog teman2.. masa berlalu sungguh pantas dan jam sudah menunjukkan pukul 1.30pagi.. tapi mata ini masih lagi tidak ada tanda2 mahu tidur... di luar kedengaran angin ribut bertiup kencang dan rintik2 hujan jatuh di atas bumbung rumah memecah kesunyian malam... sesekali terdengar dentuman guruh menderum membelah langit... cukup membuatkan diri ini berasa seram sejuk....

Satu entry mengenai hujan dan ribut pasir di Saudi sudah selesai ku taip dan ku publish... Begitulah.. kalau mata tak boleh lena.. idea pula datang mencurah2 minta untuk diluahkan.. terhasil lah satu artikel pengalaman sendiri untuk diabadikan di blog ini dan untuk tatapan teman-teman.... Sekali lagi aku mengerling pada jam tangan di atas rak tv di sebelah laptop ku ini... sudah hampir jam 3 pagi... mata ku masih tidak mengantuk... tp pinggang dan badan ku sudah sengal2 akibat berlamaan di hadapan laptop... aku mengambil keputusan untuk bersahur... sememangnya jika keseorangan.. aku akan bersahur seringkas yang boleh.. kekadang hanya dengan seteguk air... tp kalau hubby aku ada... memang tak lepas dengan nasi dan lauk pauknya... selesai bersahur dgn setengah buku roti dan air zam2... aku naik ke bilik dan mengambil wudhu untuk solat sunat memandangkan mata ini masih segar bugar... selesai solat dan bermunajat serta berzikir.. jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi... untuk terus tidur selepas itu, tak mungkin... kerana solat subuh ku pasti akan terbabas.... jadi aku turun ke ruang tamu di tingkat bawah utk mengambil mushaf dan mengaji sementara menunggu azan subuh berkumandang...

Kaki ku hayun perlahan-lahan menuruni anak tangga di dalam gelap... sampai ke anak tangga terakhir... TING TONG! .. aku tergamam sebentar... Ah! hanya mainan perasaan ku barangkali... TING TONG, TING TONG! kali ini loceng ditekan oleh seseorang 2 kali.. aku dah cuak kerana memikirkan siapakah gerangan yg datang ke rumah aku pagi2 buta ni??! Lama aku tercegat di hadapan pintu.. berkira2 samada utk buka atau tidak pintu tersebut.. sekali lagi loceng kedengaran... cukup membuatkan telinga aku bingit... nasib baik aku lengkap berpakaian solat.. jika aku pakai baju tidur je masa tu.. kemungkinan besar aku akan abaikan je bunyi loceng tersebut dan terus sambung tidur.... Dengan sedikit keberanian yg ada.. aku lafazkan Bismillah dan bertawakkal kepada Allah ... daun pintu ku buka perlahan2 dan aku mengintai dari celah pintu.. kelihatan satu lembaga bersaiz dua kali badan aku.. berdiri di tengah2 kegelapan dgn angin di luar menderu ganas menerbangkan pepasir di halaman.. bunyi angin yg berdesir kuat itu.. menambahkan lagi gementar di dadaku.. mata ku yg sememangnya rabun itu cuba kubulatkan utk melihat siapakah gerangan makhluk tersebut..

Di dalam samar2 cahaya lampu dari ruang dapur rumah ku itu... aku dpt pastikan bahawa beliau adalah seorang lelaki berdasarkan pakaian yg dipakainya.. tanpa bersuara.. lelaki tersebut menghulurkan sesuatu dan tanpa banyak tanya aku pun mencapai benda tersebut.. Aduh! Ya Allah... rasa ingin terhempas dari tangan apabila benda yg dihulur di dalam gelap itu rupa2nya sungguh panas... aku lihat benda ditanganku... Ohhhhhhh... periuk rupanya.. aku tersenyum lega... tak tau samada dia nampak senyuman aku ataupun tidak.. lantas aku mengucapkan.. SYUKRAN ! lelaki tersebut terus berlalu setelah menjawap AFWAN ! .... dan dari cahaya lampu jalan.. aku dapat kenal pasti bahawa beliau adalah anak jiran aku.... rupa2nya, si dia datang nak hantar makanan sahur....

Laaaa suspen sungguh la... first time ada jiran hantar makanan utk sahur kat rumah saya ni... even dekat Malaysia pun tak pernah jiran2 hulur makanan pukul 4 pagi... Jiran2 kamu pernah tak buat terkejut pagi2 buta macam tu? Macam dalam rancangan JOM SAHUR kat TV3 pulak kan... hehe.. Itulah kelebihan orang2 di Saudi.. suka sangat beri sedekah makanan.... tak kira masa... Saya ni tengah dok fikir nak balas makanan apa kepada mereka.. cadangan nak buatkan bubur lambuk je.. ok tak ek? nak kena balas hantar makanan pukul 4 pagi jugak ke??? Biar betul korang ni.....


"Ambillah sebahagian harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkannya (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yg buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" - At-Taubah-103

Ok, lah.. sekian sahaja sedikit pengalaman di bulan Ramadhan utk dikongsi bersama... Marilah kita bersedekah semampu yang boleh di bulan Ramadhan yg mulia ini... siapa tahu dengan sedikit bantuan yang dihulurkan, mampu memberi sinar kebahagian di dalam hidup mereka2 yang berada di dalam kesusahan.....

P/s: Bagi warga Malaysian-Yanbu dan insan2 yg berhati mulia sekalian... mari kita bantu En. Jais (Walangkopo) dgn menghulurkan sedikit wang ringgit utk membiayai kos chemoteraphy utk penyakit kanser yg sedang dialami... moga bantuan anda, dapat meringankan beban beliau di bulan Ramadhan ini... Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian..

Ma'assalamah!

51 comments:

Cik Skaf said...

Salam Dida, muga sihat2 shj ya.
Huhu..mmg saspen baca cerita dida..dah dup dap dup dap jantung. Yg sy bimbangkan tadi, manusia berniat jahat nak menganggu dida yg tgh sendirian kat umah. Huhu.. rupa2nya anak jiran hntar mkanan. Alhamdulillah ya, rezeki subuh hari.

ihsan incalescence said...

ala akak anta la makanan berbuka pose.. kn senang..
xpyh la nnti owg rumah tu plak buat cite kt blog die
ade seorg lembage brkain telekong putih lak..
da mcm badtime story la plak nnti jadinye kn akak kn =P

Unknown said...

masyaAllah ,ingatkan lembaga apa ke tadi,tapi Dida berani yer buka pintu , buat dihulurkan pisau ker td ,abis , apa2 pun rezeki yg datang , balas cara org m'sia ler pulak waktu bbuka.hai td pg umah kak pah buat bubur lambuk , ni dtg umah Dida pun sebut bubur lambuk gak , nie yg tak tahan nie

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam ukhti...

Hmm.. orang-orang arab ni kalau pemurah memang pemurah betul terutama bulan Ramadhan. Mereka tahu sedekah tu miftahur rizk.. pembuka rezeki. Tajuk suspen je... berani pulak bukak pintu sesorang kat rumah..

ASYIQ said...

Ingat masa kat kg..zmn kecik2 dulu. Budaya bertukar2 juadah menjadikan hidangan kita penuh dengan pelbagai menu...terutama kuih muih. Kemudian yang kita punya pun rupanya dh habis sebab dihantar sbg balasan...hihi.

Pandai ke orang arab mkn bubur lambuk? Isyk..musykil nih...akak selalu sangat buat bubur lambuk sbb menu kegemaran suami. Kalau ada bubur lambuk dia mkn tu aje...x sentuh dah yg lain.

Jgn terus buka pintu..intai dulu lain kali, kalau kat M'sia takut org nk mencuri je. Kat sana mgkin tak mcm tu...

ibundo said...

saspen betullah cerita dida ni. Ingatkan makhluk apa la yang tecegat depan pintu.

Bagus jugak eh ada orang sponsor sahur ekeke

MissGAZA (FasihahAdnan) said...

assalamualaikum akak...

syoknya ya bila ada org hantar makanan tym xde makanan..
hehe


bagus betul ek orang arab ni.
suka jamu orang..
sampaikan sahur pon dihantarnya juadah..
meriah ye sahurnya..
ingatkan berbuka je meriahnya!
=)


akak,
saya nak sedekah gak lauk berbuka ni kat akak..
jgn lupa mbek taw!
hehe
=P

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Best gak ada jiran yang sudi hantar makanan waktu sahur... selalunya kita hantar waktu berbuka je. Balaslah apa yang patut dan tentunya masa hubby Dida ada di rumah. Mintalah hubby hantar walaupun pukul 4 pagi he..he.. Sanggup ke masak awal2 pagi?

atie said...

Salam Dida,

semoga sihat sentiasa blog komen akak dah tukar macam dida punya kotak komen... auna buat.. tp masih tak dapat update blog coz sibuk .....

salam ....

REENAZ said...

Dida...
Untung gak ler ada org bg seperiuk makanan pepagi bute...Kalau akak dorg nak bagi kena PK 2-3X! Bukan per, mesti nak bg ber periuk2! Org kat umah ramaiiiii.....Muahahaha

Abd Razak said...

Salam Dida...

Untungnya dida dpt jiran sebegitu baik...

Islam banyak mewasiatkan umatnya agar kita sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil." (QS an-Nisa’ : 36)

KAHERAH said...

Salam...

berdebar2 baca entry Dida...alamak aiii sape la dtg..ghupanye jiran! huhuhu..Alhamdulillah baiknya jiran Dida, Erah ada takde pun Jamilah jek la yg suka memberi..hihihi..jiran arab takda daaa...berkurung dlm umh

cun09 said...

salam Dida...

Abu Zar berkata telah berwasiat Rasulullah: " jika kau masak, perbanyakkanlah kuahnya kemudian berikan sebahagian kepada tetanggamu"

Hadis: "hendaklah salah seorg kamu menghindarkan mukanya dr neraka walaupun dgn sebiji kurma"

Dearie Pearls said...

Salam Dear Dida..
Hmm..
mula2 dalam hati, mujur ku baca n3 ni siang2..
Tapi bila dah nak ending citer, suspen jer tau..

Nway, sangat murni hati mereka.
Mujur tht time Dida tak tdo lagi..
Memang sangat menakutkan ar bila subuh2 ader org ting tong kan loceng rumah.

Semangat persaudaraan yang tinggi sangat..

Kusuka baca n3 ini.
Penuh suspen dan punya makna..

Selamat Berbuka utk Dida and hubby ok..


Salam Sayang,
-LOL-

atie said...

Salam Dida..

Akak nie kawan dan saudara keliling rumah. selalu sangat mereka memberi juadah... dalam tak sempat nie akak order kuih dari sahabat yg pandai buat kuih dan hantar pada jiran2 kira ok la kan walaupun bukan hasil air tangan sendiri....

Salam Rindu...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam Dida..
ramadhan kareem :D

suspen.. suspen.. adehh.. hehe.. ingt mende td.. huhu.. rupernye, org beri juadah sahur.. alhamdulillah..

ermm.. Dida terus buka pintu ke.. xtanye diorg sape.. huhu.. sungguh berani.. klu ana, mgkin byk soalan akan kena tanye diorg tu.. min? syu biddak? lesy ta'ti hassa? sume la.. keselamatan :D

ala kullin, best duk di sana ek.. nak duk sana gak la.. camne?? hehe.. study sana.. okey tak.. hehe

Keri AlHaj said...

salam dida...

haha.. saspen je cerita ni. Hmmmm, tapi betul lah. kat malaysia ni tak ada lagi jiran2 yg baik hantar hidangan pagi2 buta untuk sahur...
berkat rezeki kerana sedekah...murah rezeki kerana memberi...
errr, tak kan nak balas hantar pukul 4 pagi jugak... heheh, tapi tak pe. boleh cuba... hehehe

Dida... said...

Cik Skaf..

Berjaya juga saya mengarang cerita suspen.. hehe... dulu berangan nak jadi novelist.. masa sekolah ada lah tulis dlm satu buku kecik.... konon2 nak buat cerita novel.. dh sampai separuh jalan.. buntu.. tak tau nak teruskan jalan cerita and buat ending dia.. hehehe.. berangan je saya ni..

Alhamdulillah, tak ada apa2 berlaku.. saya pun takut juga sebenarnya masa tu.. tp ntah mcm mana jadi terberani pulak..

Dida... said...

criestz..

Hehehe.. tergelak akak baca komen Ihsan ni.... ada blog juga ke dia? kalau ada.. mesti glamer akak di seantero Arab.. sebab blog dia kan mesti dalam bhs Arab..

Oke.. akak ikut cadangan Ihsan.. hntar makanan sebelum waktu buka..

Dida... said...

Ummi Humaira..

Minta maaf ye.. kalau saya buat akak berdebar2.. saje je buat n3 suspen mcm ni.. nak biar bg feel skit...

Saya ni berani x berani sbnrnya.. tp naluri hati saya kata InsyaAllah tak ada apa2.. tu yg saya nekad tu.. tp kalau benar la org Jahat yg datang tu.. saya berserah je pada Allah.. mana tau kot2 dapat mati syahid ke... :)

Dida... said...

Wslm Ustaz..

Memang betul bagai dikata... duduk sini, baru saya nampak semangat bersedekah di bulan Ramadhan tu cukup tinggi sekali dikalangan mereka..

Saya tawakkal je tu Ustaz.. saya tahu Allah ada bersama2 saya... pada Dia shj saya meminta perlindungan..

Dida... said...

Kak Asyiq..

Bestnya dgr org ada kampung... dulu saya duduk kampung juga.. tp dah kurang suasana kampung.. dah mcm kampung moden dah sbb dah byk rumah2 besar di kawasan kampung tu... seronok dgr cite pasal kampung akak..

Memang saya intai dulu mula2.. tp x nmpk sbb gelap.. tp instinct saya kata tak bahaya.. jd saya pcya pada naluri hati saya... tu yg saya berani bukak tu.. kalau dkt Malaysia.. mmg saya x bukak laa... suruh suami saya yg bukak..

Dida... said...

Kak Pah..

Saya yg alaminya lagi la saspen.. mcm nak gugur jantung rasa bila dgr bunyi loceng ditekan banyak kali...

Memang bagus pun.. tp saya tak makan utk sahur.. sbb baru habis makan.. jd saya simpan utk buka hari tu... tinggalkan panaskan aje.. jimat.. hehe..

Dida... said...

Miss Gaza...

Waalaikumsalam dik... lama x nampak.. sibuk packing barang nak p mesir ke? hehe..

time buka.. makanan diaorang x la meriah pon.. depa makan roti, kurma, yogurt dgn air kopi arab je...

makanan lain akak x pasti plak..

Erk..

Adik nk bg makanan buka? camna nak ambik? adik ada tepek dkt blog adik ke? hehehe.. akak dah tau bila adik nak pegi.. 24 Sept kan? huhu.... adik pegi.. akak plak balik Malaysia.. semoga sukses tau dik...

pssstt.. adik yg nak p Mesir.. akak plak yg rasa teruja smcam..

Dida... said...

Kak Shaniza..

Wslm..

Itu sudah semestinya.. saya mmg tunggu husband saya cuti baru saya nak balas makanan ke jiran saya tu.. tujuannya spy dia yg hantar makanan tu.. bukan saya... segan lah.. sbb rumah dia ramai sgt org.. anak lelaki dia dah besar2.... lebih sesuai kalau husband saya yg p hantar..

Saya plan nak hantar makanan bbuka je.. nak bagi utk sahur.. pukul berapa plak saya nak ke bersilat kat dapur tu nanti.. hehhe..

Dida... said...

Kak Ina..

Alhamdulillah.. rezeki bulan Ramadhan.. tu la.. terkejut gak.. siap dgn periuk2 dia bagi.. tak main mangkuk2 ni.. dah la kami berdua je.. buat makan buka pun masih ada balance lagi.. smpai husband bwk gi keje.. konon nak wat sahur.. tp malangnya dah x boleh makan.. basi.

Dida... said...

Wslm Kak Atie..

saya dah pegi blog akak dah... haaa.. ok la tu dah tukar kotak komen.. senang sikit saya nak mengomen dkt situ nanti..heheheh... pandai anak akak kan.. kecik2 dah ada blog sendiri.. dan pandai plak mensetting blog...

Dida... said...

Saudara Razak..

Wslm.. Alhamdulillah.. semakin lama semakin saya suka duduk dipersekitaran rumah saya ni.. tp sygnya.. x lama lagi saya terpaksa berpindah disebabkan kontrak sewa rumah saya ni akan tamat pada Okt ni...

Mmg Maha Benar Firman Allah itu.. tp manusia sekarang, especially yg tinggal di kota2 besar.. kekadang jiran sebelah rumah pun tak kenal... disebabkan sibuk dgn urusan duniawi, perintah Allah spy berbaik2 dgn jiran tidak diambil berat..

Dida... said...

Erah..

Wslm..

Milah mmg pemurah orgnya.. untunglah siapa yg berjiran dgn Milah.... hehehe.. berdebar2 ya... berjaya juga n3 saya kali ni.. mmg target nk buat org berdebar pun... sesekali sapa la org2 arab yg Erah jumpa.. mereka ni sebenarnya baik tau...

Dida... said...

Cun09..

Liza.. hadith ni mengingatkan saya pada arwah nenek saudara saya yg baru je meninggal beberapa bln yg lepas.... dia memang kalau masak suka lebihkan kuah.. dan hampir seluruh jiran di blok flat yg dia duduk... semua dia bagi masakan yg dia masak tu... sapa je yg tak kenal dia... disebabkan sifat dia yg pemurah itu.. Alhamdulillah dia meninggal dgn cara yg mulia...

Moga Allah shj yg membalas amal sedekah arwah...

Dida... said...

LoL dearie..

Hahaha.. ni bukan cerita hantu la.. baca malam pun takpe punya.... berjaya tak saya buat cerita suspen? memang suka suspen kan org ni... hehehe..

Mmg dah mjd kebiasan mereka dkt sini kot bg makanan pagi2 buta... kita je yg x biasa... mmg dermawan org2 dkt sini.. mgkin susah nak cari org miskin yg kelaparan kalau duduk di sini dsbbkan ramai org yg bersifat pemurah spt mereka..

Thanks ya LoL.... Ku terima salam sayang mu itu dan ku balas dgn 2 x ganda sayang.. :)

Dida... said...

Wslm Kak Atie..

2 kali akak datang tulis komen di sini ya... terima kasih.. saya dah boleh komen di blog akak.. rindu dekat akak juga..

tak pe kak.. walaupun bukan dari hasil air tangan kita.. yg penting kita ikhlas memberi...

Dida... said...

Norul..

hehhe.. ku sudah berjaya membuatkan suhu darah mu naik ke? jgn marah ye.. saja bersuspen sikit di bulan2 Ramadhan ni...

Ha'ah.. saya buka pintu perlahan2.. ngendap dulu.. mmg x tpikir nk tanya pun.. sbb x tau nk tanya mcm mana... mmg betul la, kita kena tanya kan.. lain kali la..

Alhamdulillah.. best la jugak.. org sini ramai yg peramah2.. janji kita x sombong dgn mereka... nak study sini? errr... kalau dkt Kota Madinah tu ada la university of Madinah.. tp dkt Yanbu ni ada International College je.. tak sesuai utk Norul kot.. ala.. dok Jordan pun best gak apa...

Dida... said...

Wslm Chimera..

Heeeee.. sorang lagi sudah menjadi mangsa suspen cerita saya.. jgn marah ye.. tu la.. selama ni x penah tpikir pun nak buat mcm tu dkt Malaysia.. tp kalau buat jugak.. saya jamin.. jiran x akan bukak pintu punya la.... kecuali kita telefon dia suruh bukak pintu.. SAFETY FIRST...

Saya hantar makanan waktu buka kot.... tak biasa la nak ting tong rumah org pagi2 buta... thanks krn sudi baca kisah saya kali ini.. :)

smurf said...

Salam Dida ,

akak penah alami nya . 2 tahun lepas , akak berjiran dgn keluarga Arab . First time mereka berpuasa di M'sia , begitulah yg di buatnya . Ketuk pintu rumah pagi2 buta , siap goncang pagar lagi .. mula2 tu takut , " betul ker pak arab nie " . Bila dah tau itu mmg cara hidup mereka , dah x kisah .. tapi skrg mereka dah pindah ke KL . Agak2 nya , ada tak org kat KL tu nak buka pintu , kalau pg2 buta dia goncang pagar ..

kyungie said...

Salam Kak Dida...

selamat berbuke puase, semoge sehat selalu di samping keluarge .... n last take care...

Unknown said...

salam Dida , ummi dah bikin semula N3 yg ada video tu , mudah2an Dida dpt buka kali nie

Masdihana Hamzah said...

Kira Dida ni berdarah pahlawan lak gak ye... berani.

Kalau akak tak berani buka.. Ari tu ada gak pintu gate diketuk org. 2-2 branak ni buat matikan diri je.. hehehe

idasm said...

memang saspen sunggubh entry dida kali ni.. hehe... agak berdebar jugak masa baca tadi.. risau takut something happen to you. syukur alhamdulillah.. semuanya ok.
dida.. take care...

ummu said...

setuju;cerita yang sungguh mendebarkan dan suspens.apapun saya respect sbb Dida seorang yang berani.

salam Ramadhan untuk Dida sekeluarga di perantauan.

Abu Amirul said...

assalamualaikum dida,
memang suspen cerita tu bahkan menarik serta tersirat dengan pengajaran.
dijemput ke askamakalikada.blogspot.com
sudilah kiranya menjadi follower dan link kan dalam blog dida.
sekian, wassalam.

pecinta_Islam said...

hahA..akak ni..sj jela..pnt je bce memanjang ingt kn hantu dh td..rupa2nye..hehehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..sori agak lewat berkunjung ke sini!
Tergelak sorang2 akak baca en3 ni..punyalah suspen, ingatkan lembaga apa ghopanyer..anak jiran menganto makan! heheh gelak guling2!

Ummu Mishkah said...

baguslah sis, kita saling memberi dan menerima.. saya pun alhamdulillah dpt jiran yang baik.. selalu hulur makanan terutamanya utk anak-anak.

Dearie Pearls said...

Hye Dida Sweety..
Thanks for the 2x ganda Sayang.
So sweet of ya..

Beri makanan lewat2 bukan kot amalan dekat Malaysia nie.

Dan daripada penceritaan Dida memang semangat persaudaraan dan kasih sayang antara sesama mungkin d Arab sana lagi kuat berbanding di Malaysia. Bukan membanding. Cuma mungkin itulah kebenaran.

Memang suka nak buat suspen ker? Huhu..

*Teringat n3 Dida yang tersilap nengok jam tue. Siap ingat Hubby main sembunyi2 lagi.
Hehe..

Hanisham Ab Halim said...

Fuhhhhhh.... saspen sangat2 cite dida ni. Dah macam-macam saya fikir tadi.... Bestnyer orang Arab ni. Waktu sahur pun dia hantar makanan lagi.

cun09 said...

Salam Ramadhan Dida...

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh arwah nenek saudara Dida...

Unknown said...

Bagusnya diorang kat sana ek..Bubur lambuk ok jugak mesti orang sana xpenah merasa kan..

zai said...

Salam Dida..

Suspen jer kak zai baca N3 ni, ingatkan Dida dah mula jadi pengarang cite hantu pula..

hmmm..memang bestkan berpuasa ditempat orang..boleh juga merasa kelainannya..contohnya hantar juadah time bersahur jarang orang buat kat Malaysia.

Unknown said...

Salam Dida Sayang..

Oooo wat saya suspen jer tau ingatkan lembaga mna laa yg cba mngganggu Dida wktu subuh 4pg tue hehe..
Memg tk pnh blaku laa ada org htr mknan wktu sahur kan..
rezeki tu kan Yang..

Re:Mekasih byk sudi singgah blog saya n komen tntang Qaseh jatuh tempohari..Alhamdulillah Qaseh dh btmbah ok n luka dn bengkak dia pn dh baik..

Ok Yang take care yea..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam, dida, walau dimana kitu berada, hidup perlu diteruskan. Salam perkenalan.