Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

9.08.2009

Info Ramadhan & Ucapan...

Assalamualaikum w.b.t

Kemuncak Ramadhan bakal tiba.. Semakin dekat kita dgn akhir Ramadhan yg dinanti2 semakin hampir pula kita dgn malam yg penuh berkah iaitu Lailatul Qadar.. di mana ia disebut di dalam Al-Quran sebagai malam yg lebih baik drpd 1000 bulan.. rebutlah peluang ini sebaik2nya kerana keberkatan di malam Lailatul Qadar tidak akan dijumpai di malam2 yg lain... dan marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dipertemukan dengan Malam LailatulQadar ini..


Maksud Firman Allah ini:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar * Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? * Malam Lailatul Qadar lebih baik drpd seribu bulan * Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yg ditakdirkan berlakunya pd tahun yg berikutnya) * Sejahteralah Malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!
- Surah Al-Qadr


Di bawah ini adalah di antara amalan2 yg boleh dilakukan dlm pencarian kita utk menemui malam Lailatul Qadar yg saya copy dari laman web daawah.com:-

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.
  1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
  2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar
  3. Membaca Al-Quran
  4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)
  5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
  6. Bertasbih: · Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X · Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X · Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X · Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X
  7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
  8. Sembahyang sunat tahajud
  9. Sembahyang sunat tasbih
  10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.
==================

Baiklah sekian sahaja infonya utk panduan kita bersama dan semoga dengan izin Allah s.w.t kita dapat melaksanakan amalan ini di malam2 terakhir Ramadhan kali ini.....

Seterusnya ada ucapan2 yg ingin saya sampaikan di sini...

Ucapan Pertama....


ini adik Aini Amirah yg sgt comel... :)

Dari kejauhan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA buat anak sahabat blogger saya iaitu kak Asyiq yg bernama AINI AMIRAH (Kak Ngah) dan semua calon2 yg sedang menjalani peperiksaan UPSR... setulus doa akan saya titipkan di bumi bertuah dan penuh berkah ini semoga Kak Ngah dan adik2 di luar sana dapat menjawab soalan peperiksaan dgn tenang dan berjaya dengan cemerlangnya... InsyaAllah.. Amin...

Ucapan Kedua...

Saya telah terima award yg comel dan tag dari Ummi Humaira.. TERIMA KASIH ya Ummi... nak jwb tag dlm blog tu yg agak lemah sikit... maklum la.. pemalu..hehe.. :) (iye la tu.. )


Utk tidak menghampakan Ummi.... 10 perkara yg Ummi nak tahu ttg saya nnti, InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan e-mailkan pada Ummi ya.... boleh kan Ummi?

Ok, sekian dulu perkongsian info dan cerita dari RizHad kali ini....

.... dan jangan lupa pencarian malam Lailatul Qadar di 10 mlm terakhir nanti....

Salam sayang dari saya di perantauan... Wassalam..

28 comments:

Pn Kartini said...

Salam sis,
Semoga selamat perjalanan..:)

Abd Razak said...

Salam sis...

Imam Qurtubi menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.

Ayuh...ambillah kesempatan itu utk meraih cinta Allah pada malam tersebut

Unknown said...

Salam Sayang Dida,

Gud info ttg Malam Lailatulqadar..Mudah2an amalan kita di terima InsyaAllah..

Alaa pemalu ke Yang..share laa nk tau jga 10 bnda ttg Dida yg comel nie..

Re:Hehe facemask ketupat nnti saya akn cba usahakan ya..dh siap t saya tepek kt blog hehe..

Salam sayang dr Mama Qaseh..

Unknown said...

salam ukhuwah fi ramadhan ,
كيف حالك يا ديدا ؟ . terimakasih banyak2 bagi info amalan disaat
ليلة القدر ,info yg sangat berguna buat ummi dan semua rakan2 , apa nk di malukan , kan semua nak tahu ttg sahabat kami yg nun jauh di perantauan , tp kalu cuma nk bgtau ummi aje , ok email ler , ummi tunggu ya .شكرا جزيلا

Keri AlHaj said...

Salam Dida...

InsayaAllah, Moga malam berkat yg nilainya kebaikannya lebih baik dari seribu bulan itu akan kita temui. Moga akan jadi rezeki kita...

Dan Selamat Berjaya juga untuk Adik Aini Amirah... Kita doakan bersama kejayaan untuknya.

Unknown said...

semoga kita sentiasa mendapat rahmat dari Nya

idasm said...

dida... thank u... byk manfaat blog ni. insyaallah kita sama2 mengimarahkan mlm2 terkahir ramadhan ini...

ieyla said...

Salam....tak sangka cepat benar waktu berlalu,dah kite hampir sampai ke penghujung Ramadhan....semoga dengan hadirnya malam yg penuh keberkatan itu akan hadirnya seribu kesedaran,kebahagiaan,kemuliaan dan rezeki kite hendaknya....Amin...

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku Dida yang dirindui..
100% kurindu Dida..

Bagaimana perkhabaran hari ini? Semoga semuanya baik2 sahaja okey..

LOL ok dan ok dan ok. Hehe..

LOL juga dah wish kat Kak Ngah utk UPSRnya..
dan Tahniah kepada Dida kerana mendapat award lagi..

banyak koleksi..

Ok Dear,
Sampai di sini dulu utk kali ini okey.
10 perkongsian utk menemui Lailatul Qadar itu, semoga teman2 di luar sana akan mengamalkannya..

Salam Sayang dan Rindu Di Kejauhan,
-LotsOfLove-

ASYIQ said...

Salam Dida,

Terharu bila tengok gambar kak ngah di sini...kak ngah pun ucapkan terima kasih byk2 pd auntie Dida.

Katanya "untungnya ibu ada kawan2 blogger yang merentasi benua..."

Ya Allah,

Bila sebut malam lailatul Qadar...moga2 Allah perkenankan utk bertemu dgnnya pd thn ini. Terasa syahdunya...moga Allah pilih kita utk menerimanya dengan penuh rahmatNya...amiiin ya Rabb.

Cik Skaf said...

Salam Dida,
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah kabulkan doa kita semua utk berjumpa malam seribu bulan itu.. (x tau mengapa, tiba2 sebak dan menangis waktu mmbaca entri dida kali ini)

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam bertemu lailatul qadar..

kef halik ya ukhti? kuwaisah? harap sihat dida disana.. lebih2 lg nak balik beraya di malaysia nnt :D

moga dpt kita semua bertemu malam yg lebih baik dr seribu bulan.. insAllah... :D

salam perantauan dr bumi jordan..

zai said...

Salam Dida..

Terima kasih atas tazkirah diatas. Semoga kita semua mendapat malam lailatul qadar yang dinantikan setiap tahun oleh orang2 yang beriman..Sedih pula bila berada dipenghujung ramadan nie..sayu rasanya..tak tau kenapa hukhukhuk...mcm kehilangan kekasih..

cun09 said...

salam sahabatku...

Dari Anas ra, Rasul bersabda:
" Pada malam Lailatul Qadar, Jibril as dgn serombongan Malaikat turun. Mereka membaca selawat dan salam utk tiap hamba yg berdiri atau duduk mengingati ALLAH"

terima kasih utk ilmu yg dikongsi ^-^

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Malam penuh berkat bermula dari terbenam mata hari hingga hampir waktu subuh.. mudah-mudahan dapat ketemu lagi insyaAllah, berkat panduan yang diberikan.

atie said...

Salam Dida,

semoga ramadhan sentiasa memberi ketenangan dalam hidup kita bersama.. kalau balik ke malaysia singah le ke gombak kalau nak makan kuih raya.... semoga dida sentiasa bahagia selamat beribadah diakhir ramadhan....

ihsan incalescence said...

sile amek special award utk 200 follower y prtame yea.. thanks

pecinta_Islam said...

hmm..bnyk yg akak tau kn.mesti akak minat membaca ni
:)

nuranuraniku.blogspot.com said...

salam sobat
trims pesan2nya,di artikel ini,,,
sangat memberikan pencerahan jiwa.

ada AWARD sederhana untuk mba,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,sahabat lama di ALJUBAIL.S.A,trims.

سيف النظام بن حاج عثمان said...

Salam alaik Ya Ukhti Dida..semoga sihat hendaknya.

Syukran atas peringatan yang ukhti berikan...berjaga untuk mencari Lailatul Qadr sama sekali tak sama macam orang berjaga nak tengok bola.. Kekadang hairan... ramai orang sanggup berjaga malam dan tak tidur kerana bola... tapi amat sedikit yang melakukannya kerana qiyam.. :).

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku Dida..
Bagaimana perkhabaran hari ini?
Terasa lama tak berkunjung di istana bahagia ini..

Hmm.. Cuti panjang pula sahabat LOL ni eh..
Selamat bercuti okey.

Selamat berhari raya dan pulang ke Malaysia..

Moga terlepas rindu kepada keluarga dan teman2 tersayang.

Thanks for the friendship dear..

Love ya!

Take care.


With Love,
-LOL-

cun09 said...

Salam Dida...

miss u...

Unknown said...

salam akak dida,
Auna dah wat kad raya harap2 akak ambek lah yer..

Ummu Mishkah said...

salam...
ada ruang ambiklah kad raya kami kay!

cun09 said...

salam...
sudi menjawab tag kat "umah" liza eekk...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam dida
salam lebaran dr jordan..
nnt ambl kad di blog ye :D

Dearie Pearls said...

Salam Sahabat Baikku , Dida.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf semuanya ya.

Jika selama 'pergaulan' kita di blog ni terlepas perkataan2 yang tidak menyenangkan Dida.
Mohon dimaafkan.

Semoga bergembira balik ke Tanahair, berjumpa keluarga dan melepaskan rindu dengan sanak saudara yg lain.

Salam Aidilfitri,
-LOL-

Unknown said...

Salam Dida Sayang..

Selamat Hari Raya buat Dida n famili tasayang..
Beraya d mana nnti..
Mga Dida ceria d hari raya nnti dn mga selamat dlm pjalanan wlau kemana jua destinasi