Assalamualaikum.. apa khabar semua sahabat2 saya hari ini? bagaimana dengan ibadah puasa kalian yg akan memasuki hari ke - 4 ? Alhamdulillah.. moga semuanya berjalan lancar dan dianugerahkan kesihatan dan keimanan yg tinggi untuk terus kuat menempuh ujian yang maha hebat di bulan yang mulia ini.. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya berpuasa di Tanah Haram, Masjidil Nabawi... Ikuti kisah ini.. yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah SWT dan segala puji-pujian hanya layak dipersembahkan kepadaNya...
Suasana di Masjidil Nabawi (gambar di ambil sebelum bulan puasa)
Syukur tidak terhingga dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya diri ini dapat menikmati suasana berpuasa di rantauan yg berbeza sama sekali dengan suasana di negara sendiri.... dan sudah tentu, berpuasa di mana2 adalah sama sahaja bergantung kepada penerimaan dan penghayatan individu masing-masing.... bagi saya, pengalaman berpuasa di sini.. walaupun makanan berbukanya tidak lah semeriah di Malaysia... namun di sini mempunyai nilai kerohanian dan keagamaan yang cukup tinggi... yang mana penghayatan di bulan Ramadhan itu sungguh dirasai... dan ini adalah puasa pertama saya di negara padang pasir.. dan awal Ramadhan di sini.. Alhamdulillah, saya berpeluang menunaikannya di Madinah Al-Munawwarah dan menetap di sana selama 3 hari 2 malam...
Ini lah hotel yang saya selalu duduk bila menginap di Madinah.. Dekat dgn masjid, selesa & berpatutan harganya..
Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah sifat manusia yang berlumba-lumba utk memberi sedekah (especially makanan utk berbuka) kepada para jemaah di Masjidil Nabawi... selepas solat asar.. sudah kelihatan kain safrah di bentang di pekarangan masjid.. dan pelbagai makanan dihidangkan spt nasi briyani, roti, buah-buahan, tamar dan macam2 lagi .... dan di sini kita boleh lihat seawal pukul 5 ptg.. sudah ramai yang bersila di hadapan makanan... MasyaAllah.... itu yang di luar masjid.. yang di dalam masjid.. walaupun menunya hanya sebuku roti, yogurt masam (laban) dan tamar... namun saya dan jemaah2 umrah dari Malaysia, Palestin, Turki dan Saudi begitu berselera sekali makan... (tak semua yg boleh terima... ada juga yg tak biasa makan mcm tu..) Tp bagi saya.. ianya adalah suatu pengalaman yg manis kerana terasa benar semua umat Islam di dunia ini adalah bersaudara.. tak kira warna kulit dan bangsa... sungguh mesra walaupun masing2 kurang faham apa yg dituturkan...
Cantik kan payung besar ni..
Berterawikh di Masjidil Nabawi adalah suatu peristiwa yang terindah di dalam hidup saya setakat ini... (belum berpengalaman lagi berterawikh di Masjidil Haram, InsyaAllah.. satu hari nanti)... Sememangnya suara imam Masjidil Nabawi sungguh indah melantunkan bacaan surah2 dari Al-Quran.. sehingga tak terasa 20 rakaat sudah berlalu.. dan 2 malam saya di sana.. Terawikhnya tamat lebih kurang pukul 11 malam.. Saya paling nantikan solat witir di akhir terawikh kerana ada bacaan doa Qunut... Di sini setiap hari akan dibacakan dengan doa qunut di akhir solat witir.. berbeza pula di Malaysia, di mana doa Qunut hanya akan di baca pada malam terakhir terawikh... Keistimewaan Doa Qunut yg dibacakan di sini ialah ... kita akan mendengar Imam Masjid Nabawi membaca doa Qunut yang agak panjang dengan penuh perasaan sehingga tersedu-sedan beliau menangis... dan para jemaahnya begitu menghayati dan bersemangat mengaminkan doa tersebut... memang betul2 meresap di dalam jiwa bagi sesiapa yang mendengarnya.... kepada sesiapa2 yg ingin melalui pengalaman2 ini, ikutilah pakej umrah di bulan Ramadhan.. InsyaAllah, anda akan lalui pengalaman yang sungguh berharga ini dan sudah tentu sungguh besar ganjarannya di sisi Allah SWT....
Suasana di Masjidil Nabawi di waktu malam (gmbar di ambil sebelum bln puasa)
Kami bertolak pulang selesai solat Zohor di hari yg ke-3 kerana hubby saya akan masuk kerja pada waktu malam tersebut... jadi tak berpeluang la saya ingin melihat ramai Pak Arab yang akan tahan kenderaan di sepanjang jalan semata2 untuk agihkan makanan berbuka... menurut hubby saya... aktiviti tersebut berlaku selalunya selepas solat Asar di beberapa jalan di Madinah.. hai.. untunglah para2 musafir di Arab Saudi ni.. kerana mereka sentiasa murah rezeki dengan makanan ketika bermusafir di bulan Ramadhan... di Musolla yg berdekatan dgn rumah saya pula... setiap jemaah akan di beri air minuman sebotol... sepanjang pengalaman saya berterawikh di Malaysia, saya selalu je bawa air minuman sendiri dari rumah.. tak pernah lagi terjumpa air minuman di susun di setiap saf seperti di Musolla tersebut.. ini menunjukkan bahawa, bangsa Arab di sini amat memberatkan amalan sedekah di bulan Ramadhan dan menjaga kebajikan jemaah2 terawikhnya.. saya rasa rakyat Malaysia pun tak ada kurangnya.. lain tempat, lain pula cara orang yang ingin bersedekah... betul tak?
Tapi.. ini merupakan sesuatu yang menarik dan bagus untuk dicontohi sekiranya belum terdapat lagi di Malaysia... bayangkan.. kita dalam perjalanan pulang dari kerja.. ada la Hamba Allah yang dermawan mengagih2kan ayam golek ke... nasi ambang ke.. kat tepi jalan... tp janganlah di jalan2 yg sibuk... tak pasal2 dapat publisiti.... dapat publisiti takpe lagi... kalau dapat saman kerana menyebabkan kesesakan jalan raya? Ha.. sape yang susah? Ataupun... pilih satu masjid atau surau yg berdekatan dgn rumah kita.. sponsor air mineral utk jemaah2 terawikh.. besar pahalanya tu krn pahala bersedekah di bulan Ramadhan berlipat2 kali gandanya... ini hanyalah satu cadangan yg mudah utk diikuti.. Anda boleh cari cara lain yg sesuai untuk bersedekah.. janji caranya betul, dan tidak tersasar dari niat untuk bersedekah kerana Allah...
Begitulah beberapa pengalaman yg saya lalui yg boleh kita jadikan teladan.. Marilah kita perbaiki segala kekurangan dan kelalaian akhlak kita sebagai hamba Allah, karena tidak mustahil Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir yang dijalani oleh hidup kita. Maka, jangan lah ia disia-siakan.
Sekian sahaja secebis pengalaman saya di awal Ramadhan... selamat menjalani ibadah puasa dan istiqomah dengan ibadah yg lainnya hingga akhir Ramadhan nnti... InsyaAllah.. Wassalam..
Ya Allah.. berikanlah kekuatan kepada kami.. untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah kami manisnya berzikir mengingati-Mu.. Berikanlah kami kekuatan utk menunaikan syukur kepada-Mu dengan kemulian-Mu dan jagalah kami dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu..
Ya Allah.. berikan lah kami rezeki berupa kasih sayang terhadap anak2 yatim dan pemberian makanan serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang2 mulia dengan kemuliaanMu, Wahai tempat berlindung bagi orang2 yang berharap...
Ameen Ya Rabbal Alameen...