Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. "Selamat Datang ke Dunia Karya RizHad"

4.29.2009

Al-Quran bahagiakan Ibu Ayah di akhirat

Salam dari Yanbu..
Surf punya surf.. terjumpa lah artikel menarik ini.. dan ingin aku abadikan di dalam blog aku untuk peringatan diri sendiri dan buat tatapan rakan-rakan kerana perkara yang baik itu amat mulia jika dapat dikongsi bersama.... semoga kita mendapat taufik hidayah dariNya... Semoga dari detik ini, saat ini.. waktu ini.. hidup kita akan lebih BAIK dari hari ini.. akan lebih BAIK keesokan harinya.. dan menjadi lebih BAIK untuk hari-hari seterusnya.. hinggalah kita dijemput pulang ke alam yang kekal abadi dengan amalan2 yang BAIK itu............

=========+++++++++=========

Abu Umamah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an"


Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"


Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sebanyak ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an"

Disumbangkan Oleh: miey_86kmc


Kesimpulannya: Marilah kita berbakti kepada kedua ibu-bapa kita dengan mengamalkan bacaan Al-Quran dan mempelajari isi kandungannya kerana ianya akan membahagiakan ayah ibu kita semasa di akhirat kelak.. Wallahua'lam.


=============+++++++++++===============


Ok.. kali ni aku rajin nak share bbrapa perkataan dr bhs arab lagi.. mcm biasa.. komen2 membina amat2 lah dialu2kan sekiranya ada kesalahan dari segi ejaan atau pun susunan ayat.. kita sama2 belajar dan manfaatkan bahasa umat Islam sejagat ini... moga kita tergolong dalam hamba2 Allah yang mahu memperbaiki diri dan mencintai bahasa Al-Jannah ini...


Aina baituka? - Where is your house?


Baiti fi radwa samaaniyati - Rumah saya di Radwa 8


Haadza baiti - This is my house


Tafaddhol udkhul ilal baiti - Silakan masuk ke rumah saya.


Ok, sekian dulu coretan ilmiah dari RizHad kali ini... wassalam.


Du'a for the day:


Ya Allah, sudah sekian lama hatiku keras dalam kelalaian

Kesedaran untuk bangkit itu sesungguhnya datang dari-Mu

Izinkan aku terus menggenggam semangat itu Ya Allah..

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang..

Aku insan yg lemah & jahil..

Yg sentiasa mengharapkan pimpinan dariMu..

Bantulah daku dalam mencapai redhaMu..

Ameen... ameennn..


4.26.2009

CORRECTION!

Hahaha..Hihihi... tu la nk tunjuk pandai sangat.. kan dah salah... kataku pada diri aku sendiri.. sambil menutup muka dengan dua tapak tangan dsebabkan malu... pandai2 je aku ni taip ayat Bhs Arab kat blog tanpa rujuk pada cikgu dulu.. inilah padahnya... Minta maaf la pada semua ya..

Hari ni kelas bhs Arab, dari pagi smpai la tengahari.. Ustazah sibuk menanda homework anak2 muridnya.. dan sambil2 tu memperbetulkan ayat2 bhs Arab canggih yg kiteorang reka.. memang canggih la sebab byk verb & perkataan baru yg kiteorang belajar hari ni hasil daripada kajian anak2 murid yg rajin... ewah.. puji melambung nmpak.. Ustazah pun kata.. Good effort! pada sesetengah anak2 muridnya.. especially pd Cik Aa & K. Da.. ewah2.. blh jd mentor kiteorang arr lepas nih.. heheh..

Dah lama tak tulis jawi.. sekali tulis.. menggigil daaa.... jgn gelak.. tulisan jawi aku hancusss..

Homework aku pun takde lah perfect... banyak salah gak.. tp takpe.. kite belajar dari kesilapan dan harap2 lepas ni tak ulang lagi kesilapan yg sama.. dan moga anak2 murid jgn cepat putus asa walaupun semakin hari pembelajaran semakin susah.. biar kite teruskan perjuangan belajar bahasa Arab ni hingga ke penghujungnya... yang penting WE MUST THINK POSITIVE.

Ahhaa.. entry sebelum nih, aku ada kongsi satu perkataan dan contoh ayat.. iaitu perkataan MAKAN. Sesiapa belum baca.. sila lah scroll ke bawah dan baca entry aku yg bertajuk Akala.... Dan seperti yg aku bgtau tadi.. Ada ralat sedikit tentang ayat yang aku taip tu.. Setelah dirujuk dan disahihkan oleh ustazah kami.. Pembetulannya adalah seperti berikut:

Q: Maadza Yakkulu? - Apa yang DIA sedang makan tu?
A: Yakkulu Samaka Ma'a Ruzzi - DIA sedang makan ikan bersama nasi
(Ayat ni kalau kita nak tanya & jawab tentang hal orang ketiga)

Q: Maadza Takkulu? - AWAK sedang makan apa tu?
A: Aakulussamaka Ma'a Ruzzi - SAYA sedang makan ikan bersama nasi
(perbezaannya adalah dengan perkataan 'Yak & Tak' pada awal ayat)

Jika untuk ayat past tense:

Q: Maadza Akalta? (M) / Akalti? (F) - What have you eaten?
A: Akaltussamaka Ma'a Ruzzi - I ate fish with rice

Ok.. harap kawan2 semua faham dengan penjelasan yg aku taip dekat atas.. biasalah.. kita manusia kan tak lari dari membuat kesilapan.. yg penting, kita jangan malu bertanya jika ada kemusykilan.. nanti siapa yg pandai?? kitaaa... jugak kannnnn..

Ok, sekian dulu pelajaran utk kali ini.. kita sambung dgn perkataan baru di entry yg seterusnya..... bergantung pada keadaan dan tahap KERAJINAN aku lerr.. heheheh..

4.25.2009

Al-Quran untuk menakluki hati...

izAksi anak2 yg mencuit hati...
Dah habis makan.. dah kenyang... apa lagi.. posing la kan...
(Dari kiri: K.Ita (Wife Reza), Aku, K.Mas (Wife Zaki), K. Dijah (Wife Hj. Zin) & K. G (Wife Mail)

Seperti yg dijanjikan.. ni ler gmbar perkelahan BBQ kami 2 mlm yg lepas.. yg dipanggil perkelahan di halaman rumah.. hehehe.. Acara yg sederhana tetapi meriah ini.. diadakan di pekarangan rumah En. Zaki & En. Reza di Al-Oyoun. Terima kasih daun keladi.. kalau ada makan2 lagi.. jemput lah kami lagi.. hehehe.. tak malunya aku ni kan.. org tua2 kata.. rezki jgn ditolak.. musuh jgn dicari..


Ok lah... Seperti mana tajuk entry aku kali ini.. ingin aku kongsi artikel ringkas mengenai Kalamullah Junjungan umat Nabi Muhammad S.A.W.. iaitu Al-Quran Nur Karim buat renungan kita bersama... terima lah...


==========================================


Al-Quran sesungguhnya paling banyak manfaat dan dapat mendekatkan seseorang kepada Allah. Maka tidak ada kejayaan dan kebahagian bagi kita melainkan dengan membaca dan pelajarinya.


Pernah diceritakan tentang sahabat Muhajirin/Ansar, diceritakan bahawa di dinding rumahnya ada tergantung Al-Quran dan disampingnya ada sebilah pedang yang mana pedang itu digunakan untuk menakluki negeri dan Al-Quran untuk menakluki hati...


Subhanallah..

Dengan membaca dan memahami Al-Quran, mendekatkan kita pada Allah. Menagih cinta Allah. Mencari CintaNya. Kalamullah yang mengajar kita mendapat kebahagian dunia dan akhirat.


Al-Quran diturunkan untuk kita fahami. Tidak kira walau berapa kalipun kita khatam Al-Quran, jika tidak difahami maksudnya, maka sia2lah kerana kita tidak dapat mengambil pengajaran daripadanya.


Dengan mendirikan solat, kita sebenarnya sedang bercakap dengan Allah. Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung Allah sedang bercakap dengan kita. Tidak rasa berkobar-kobarkah kalau Yang Maha Esa nak bercakap dengan kita? Memberi hidayah kepada kita?


Beruntunglah orang2 yg membaca dan memahaminya kerana dalam Kitabullah penuh dengan peringatan dan pengajaran.


Dia yang memiliki segala2nya yang ada di langit dan bumi. Yang memberi syafaat (pertolongan) kepada sesiapa yang dikehendaki. Luasnya kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi.. Dan tidak menjadi kesukaran bagiNya untuk mentadbir keduanya, kerana Allah Maha Tinggi kemuliaanNya dan Maha Besar KekuasaanNya... Ayatul Kursi.


Dalam Surah Asy-Syuuraa, ayat 52:


Demikianlah Kami wahyukan kepadamu, Al-Quran dengan perintah Kami, yang sebelumnya tidak kamu ketahui, apa itu Al-Quran dan apa itu Iman. Tetapi kami jadikan Al-Quran itu sebagai cahaya, dengannya Kami memberi petunjuk kepada hamba Kami yang Kami kehendaki..


JIKA KAMU MENCINTAI AL-QURAN, MAKA KAMU TELAH MENCINTAI ALLAH DAN SEBERAPA BESARNYA CINTAMU PADA AL-QURAN, MAKA SEBESAR ITULAH CINTAMU KEPADA ALLAH...


Wallahua'lam.

4.23.2009

Akala.. Akaltu.. Yakkulu.. Sayakkulu..


Ahlan Sodiqii / Sodiqatii!
Entry kali ni nak story bab MAKAN.. semua org suka MAKAN... hubby aku lg laaa suka MAKAN.. walaupun seminggu 3 kali pegi gym yg dsediakan utk pekerja2 Yansab dkt Radwa, tp kalau MAKAN tak control.. tak ada maknanyaaaaaa... apa tak nya.. sebelum pegi keje.. breakfast dgn aku dulu dkt rumah.. menu.. kalau tak jemput2, lempeng, kalau rajin skit, nasi goreng @ bihun goreng.. kalau kurang rajin.. buat roti Pak John je.. heheh.. smpai tempat keje.. MAKAN nasi lemak lagi... tghari MAKAN... malam MAKAN lagi... wahh.. wife dia pn MAKAN 2 kali je sehari tau... takpe lahhh... dah rezki perut dia.. MAKAN la selagi boleh MAKAN ye tak? kang kalo dah sakit... melopong je la tgk org MAKAN sedap2.. ishh.. mintak2 la dijauhkan segala penyakit2 kronik tu.. nauzubillah!

Gambar ini hanya hiasan semata....

Minggu ni, ramai keluarga2 Malaysia di Yanbu gi berkelah di Pantai nan indah di Umluj.. dgr cite... mcm2 aktiviti la yg diaorang buat.. sambil berpicnic, sambil tu snorkelling, diving, fishing, swimming, EATING and EATING againn.. dari pagi.. smpai la ke malam.. dasat tu.. tu baru betul punya picnic.. tp sayangnya... aku tak dapat join mike2 tu semua.. pasal apa?? biasa arr... hubby aku tu busy sokmo.. asyik keje je hr minggu... aku yang jadi 'penunggu' dekat rumah ni.. redho je lah.. suami keluar mencari rezeki di hari minggu.. isteri kat umah wat apa lak?? si isteri ni .. apa lagi.. hari malas-malasan sedunia la kalau tiba hari minggu... yehaaa!!! pendek kata, semua malas nak buat la.. kecuali kalau terpaksa @ kena paksa hehehe..

Haii.. murah rezeki betul lah minggu nih... Alhamdulillah.. mlm ni dapat jemputan ke majlis BBQ dkt rumah En. Zaki (sedara aku tu..) sempena wife Hj Zin (Kak Khadijah) yg nak berangkat pulang ke Malaysia setelah sebulan dia di Yanbu. Terima kasih la kerana menjemput kami berdua.. dapat juga kami berkelah di malam hari.. bezanya, orang lain berkelah di pantai... kami plak berkelah di halaman rumah jeee.... jadi laaa.. terisi jugak mlm minggu kami dgn aktiviti MAKAN.. nntikan gambar2nya yg akan aku post di next entry..

Oh yaa.. InsyaAllah, lepas ni KALAU AKU RAJIN LA... diulang.... KALAU AKU RAJIN K.. aku akan selitkan beberapa perkataan & ayat2 bhs Arab yg simple utk dikongsi bersama.. bukan lah pandai sangat.. baru je sebulan lebih pegi kelas... harap2 tak lama lagi pandai lah... heheh.. kalau pembaca2 blog aku ni rasa ilmu yg aku sampaikan ni salah.. silalah betulkan ye.. no problemo!

Baiklah... Perkataan pertama yang ingin aku kongsi ialah perkataan MAKAN sebab entry kali ni byk cite bab MAKAN. Perkataan pertama iaitu Akala (ate - past tense) Akaltu (I ate) Yakkulu (eating- present tense) Sayakkulu (I will eat- future tense).. contoh ayat.. 'Maadza Yakkulu?' (Apa yg kau tengah MAKAN tu?) Jawapannya... 'Yakkulussamak Ma'rruzzan' ataupun kita boleh sebut.. 'Yatanaawalussamak Ma'rruzzan' maknanya.. (Aku tengah MAKAN ikan dengan nasi la...) hehe.. sorry la.. translation dia aku hentam bhs pasar je... janji korang paham.. hmm..
nmpak mcm simplekan.. tp tang sebutan dia tu.. bukan bleh main belasah je.. sebutan salah, makna dah lari.. kang jadi lain plak.. samalah mcm baca Al-Quran... tak ble suka2 je nak baca tanpa sebutan dan tajwid yg betul.. betul tak ustazah nurrah?? (Ustazah kelas bhs Arab aku le tu..)

Ahhaaa... seperti yg aku bgtau tadi.. 'Buah keranji tersangkut kat pagar, terjatuh pula di atas papan... saya budak baru belajar.. kalau salah tolonglah tunjukkan..' Terima kasih! ewah.. berpantun la pulak...

Ok, sekian dulu.. cite bab makan2.. akhir kalam...

Dua' for the day:

Ya Allah Ya Rahman... apabila Kamu menerima taubat kami dan mengampuni dosa-dosa kami.. kami memohon dgn rasa rendah dirinya.. terangkanlah hati kami dengan keupayaan memahami kandungan Al-Quran (sekaligus memahami bahasa Al-Jannah iaitu Bhs Arab) dan kekuatan untuk menghafaznya (ayat2 Al-Quran)... semoga ianya dpt memberi manfaat kepada kami, ahli keluarga kami dan org2 disekeliling kami.. berkatilah perjalanan hidup kami dan akhirilah hidup kami dengan kesudahan yang baik... Amin, Amin YaRabbal Alaminnn...

4.17.2009

Si Makhluk Halus

Adoi lerr.... napa laa gatal2 tangan & kaki aku ni.. meh aku check jap.. mak aii.. ada bintat merah lak ni.. takkan aku diserang chicken pox plak.. OH NOOO!!!! Setakat ni yg aku dgr... anak2 kat Yanbu je yg kena... Masalahnya.. aku dah kena chicken pox masa umo 11 tahun dulu.. kata org.. CP ni menyerang sekali seumur hidup je.. laaaa... abis tu bintat kat lengan aku ni hapa??

Setelah dibuat siasatan.. baru lah Sarjan radwa 8 discover masalah sebenar... nak dijadikan cerita.. sedang Sarjan sibuk menonton tv cite '
National Treasure' malam tadi dkt Channel MBC Max.. datang la si makhluk kerdil.. cantekk je dia landing dkt lengan aku... Uikk!! datang tanpa diundang..... tanpa bagi salam.... Haaa!! amik kau... PELEPAP!!! sekali aku bagi.. terpenyek la sekujur tubuh kerdil.. OOOOOOO.... Si Nyamuk Arab rupanya... tak padan halusss.. rupanya angkara kau la badan aku bintat2.. Sedang aku mengomel sorang2.. Inspektor merangkap hubby aku pun tanya.. Kenapa Ni? aku cite la yg aku dah terserempak dgn Nyamuk Arab.. yg selama ni aku blum jumpa lagi smnjak aku duduk dkt Yanbu... Apa?? Terserempak dgn nyamuk Arab?? Terperanjat tak dia?? Kata Inspektor dgn muka seposen... Bukan setakat terperanjat lagi.. terus mati keras saya kerja kan.. Jawabku dgn muka yg separuh serius... Tapi mmg la.. nyamuk Arab ni.. rupa dia halus je, kaler kelabu.. tak macam nyamuk2 dkt Malaysia yg beso2 & hitam2 nak2 lepas dia dah hisap darah.. lg gemuk... Nyamuk Arab ni dtg senyap2.. tetiba gatal je tmpat yg dia gigit tuh.. isk.. tak bleh jadi ni.. kalau dkt Malaysia, aku sembur je dgn Shieldtox ke.. Bygon ke.. Kat Yanbu ni aku sembur gak.. tp pakai PIF PAF.. kah kah kah... tak commercial betul nama penyembur racun serangga dkt sini..

Tu pasal nyamuk Arab.. pasal sang serangga yg lain.. so far, aku penah jumpa lalat n lipas je.. Si Lipas tu pun bersaiz kecik mcm anak lipas.. lom penah lagi jumpa lipas beso cam kat malaysia.. eeee.. geli geleman aku bila terserempak dgn si lipas... Kalau terserempak.. terus Sarjan letak jawatan.. tak sanggup nak lawan si lipas yg kurang hasam tu.... Nape serangga kat Arab size kecik2 ek?? mungkin serangga2 dkt sini semua terbantut tumbesarannya kot.. tak pun tak cukup vitamin.. tu la.. mak hang suruh minum susu.. hang tak nak.. degil.. (isk.. terasa la pulak.. sbb mmg aku tak suka minum susu.. sebab tu comel je...hehehe) kalau semut lak.. sejak aku sampai.. jgn kan kata semut.. sesungut semut pun aku tak jumpa apa lagi family semut2 yg lain mcm semut itam, semut api.. semut mayat..kerengge.. mmg tak ada lah! kalau bekas gula @ benda2 manis kat rumah aku ni.. mmg dijamin selamat dari gangguan makhluk semut ni.. jgn kat malaysia.. pantang tupperware gula tak tutup rapat sket.. mula la si semut mayat bwk geng2 dia mmbuat kacau... Tensen je tuan punya gula pasir...

K, lah... sebelum tuan punya badan ni merapu lebih panjang.. baik la stop kat sini dulu... semoga, persatuan serangga2 arab tak jumpa la rumah aku kat sini.. nnti diaorang dengar.. rumah aku kena attack plak.. jenuh la si Sarjan dgn Inspektor nak buat serang hendap hari2.... ni nyamuk dah mula tunjuk taringnya.. smpai bintat2 lengan aku kau kerjakan.... siap la ko.. aku sembur dgn PIF PAF jap lagi...(sambil buat gaya ala2 Angelina Jolie dlm cite Thomb Rider)..
Angelina Jolie?? Inspektor membeliakkan mata tanda tak puas hati.. Nape?? Inspektor nak jadi mcm Tom Cruise ke? tak payah la..... TOM KURUS pun belum tentu lagi.. ....diet kan badan tu dulu baru bleh... kah kah kah kah... sarjan ketawa tanpa belas kasihan.. The End..

4.16.2009

RiZHad's LiFe UpDatE

Semakin lama tinggal di Yanbu tidak la seboring yg disangka…. masa mula2 kaki aku menjejakkan kaki kat sini… OMG!!…. what I'm doing here? 2-3 minggu jugak la aku nak stabilize kan diri aku daripada seorang yg aktif bekerja masa dkt Mesia dulu.. kepada sorang yg tpaksa menghabiskan masanya most of the time dekat rumah… suara2 nakal dlm kepala aku ni.. selalu je menjerit2.. THIS IS A BIG MISTAKE!! THIS IS WRONG DECISION!! THIS IS NOT MY PLACE… I'M NOT SUPPOSED TO BE HERE… wahhhhh.. betul punya regret ni...

Setelah hampir 3 bulan aku di Yanbu… persepsi aku tentang life dekat sini is not bad as what I was think about… semakin lama, aku rasa seronok dgn kawan2 baru.. dgn environment dkt sini…dgn aktiviti2 kaum hawanya... dan yg paling penting.. aku tak berjauhan dgn hubby aku lagi... itulah yang menguatkan semangat aku utk terus hidup ceria walaupun tak bekerja lagi mcm dulu... sape kata aku tak keje? kalau aku tak keje langsung.. abis housework dkt rumah ni.. sape yg nak mengerjakannya kalau bukan aku?? tu namanya ada keje jugak beb.. tp rileks dan fleksibel sikit la masanya... jd aku ada la masa rehat yg banyakkkkk... family aku selalu kata... along duduk sana gemuk la.... ehhhhhh... mana ada.. maintain beb.. masa mula2 je pp nmpak tembam skit.. tp lama2 aku dah set eating style kat sini.. so, my figure dah back to normal... Cuma belum timbang je lagi berat ni berapa... tak jumpa la penimbang dkt sini... kalau beli tu tak nak la.. nak free je.. muahaha... siapa2 dkt Yanbu ni ada penimbang dkt rumah roger2 la yeh.. Hellloooo.. bkn penimbang buat kuih k... kalau ada, nnti aku buat la singgah hormat kat rumah korang... boleh?? ngeh.. ngeh.. ngeh..


Terlupa lak nak snap gmbo mee udang.. tgk kuih-muih yg ada tu.. tak larat eden nak rasa semua.. sempat sambar karipap yann (Harum Cempaka) je.. hihi...


Hmm.. mlm tadi ada cooking class dkt rumah kak Ina.. Resepi Mee Udang... seperti biasa.. siapa nak resipi Mee Udang Penang tu.. bleh la skodeng ke blog Chef of the Week kita.. Mama Bungas... punya la khusyuk aku makan... sampai langsir rumah dia rebah pun.. aku masih suap lagi.. dan lagi.. dan lagi... slurrrppp.. sedap bila makan masa tengah panas2... psssst... iklan kejap.. rumah baru Kak Ina cantik tau.... heheh.. Kak Ina... Jangan marah ha.... dan pada malam tu juga, bermula la kutipan duit undi bagi para wanita di Yanbu.. kalau belah pantai timur.. diaorang panggil 'main kutu'...apa2 je lahh.. jika kaum bapa mengutip seorang SAR2000... sebulan bleh la dapat SAR24,000 Alhamdulillah.. (ada can tak sy nk dapat hp baru wahai hubby ku? ih.. ih.. ih..) Kaum ibu pula cuma kurang satu kosong je dkt belakang.. jadi laah.. tu sbg permulaan je.. mana tau kalau semuanya berjalan lancar, boleh la di UP lagi amountnya... boleh tak wahai En. Hubby ku cayannggg.. ihikk.. ayat mesti nak power.. hihihi...


Suasana di rumah Kak Ina mlm td.. tu tak nmpak ramai tu.. blkg camera women ada lagi tau.. punya la ramai... mcm hari raya plak..


Ok lah, sekian dulu update tentang life aku dekat sini... buat family aku nun beribu batu jauh di Malaysia... jangan risau kan along di sini ye.. along ok2 je.. kalau ada masa, kita jumpa lagi bln 7 ni.. kalau tak, hari raya nnti.. kalau tak tahun depan la.. kalau tak jugak.. gamaknya sampai habis contract keje hubby aku dkt sini baru aku bleh balik.... uwaaa...


Miss you all so much!!

4.13.2009

Memang ada hikmahnya...

Tajuk kat atas adalah kesinambungan dari entry aku yg lepas... haaa.. kalau rajin baca lah.. kalau dah baca, bacalah lagi kalau rajin.. hehee... Syukur di atas ketentuanNya... itulah yg selalu orang cakap, sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya tersendiri... aku percaya, ramai yang pernah mengalami pengalaman duka tetapi akhirnya.... bahagia.. itulah dugaan yang Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih kerana ingin menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang... eccehhh.. dah macam ustazah la plak..


Hmmm.. ni la yg aku nak habaq mai dekat korang nih.. rasa baru je aku mengomel dkt husband aku pasal plan nak ke Madinah minggu lepas tak jadi... rupa2nyaaaa.. ada sesuatu yg menanti kami... YESSS!! haaaaa.. nak tau ke?? lain kali je la aku cite.... boleh gitu?? heheheh... buat suspend je aku ni kan?.. kalau kena dkt org2 tua.. mesti dia ckp.. bertuah punya budak!


Ok... ok.. aku nak citer la nih... hubby aku mmg suka buat kezutann... dan selalu sangat buat decision last minute... tp takpe.. disebabkan aku dah terbiasa dgn keadaan gitu... so, tak jadi masalah lah... the very the small matter punye...


Kite gi Mekah esok... kata hubby ku.. APA? esok??? kata esok kena keje? kataku pula... Ishh.. byk songeh plak aku nih.. orang dah ajak tu, jgn la byk tanya kan.. aku pun apa lagi, suka laaaa... drpd terperuk dkt rumah hari minggu.. gi Mekah pun best jugak... walaupun pergi balik hari.. aku tak kisah janji dapat keluar dari rumah... pendek kata, kalau dapat pegi Balad pon suka.... walaupun hanya pegi ke pasar ikan... jadilahhhh.. kwehkuehkwehkueh…


Actually kami ke Mekah kerana satu misi... selain tujuan utk solat di Masjidilharam yg mana hati akan sentiasa tenang apabila berada di dalamnya... kami juga ingin berjumpa dengan hubby aku punya kakak punya jiran.... ??????????? ahha... short form nya... Jiran Kakak Ipar aku le tu.. hihi.. Tok Normah & anak perempuannya iaitu Kak Hanim yg datang ke sini utk menunaikan ibadah umrah.. Walaupun hanya jiran, tp hubungan keluarga hubby aku dgn 2 beranak ni.. sangat la rapat... dah macam family sendiri...


Bila dah jumpa jiran sebelah rumah tu.. apa lagi... mestilah ada buah tangan dari Mesia... and this is the best part... dapat lah ikan bilis, udang kering, sedikit rempah ratus, sos tiram, sos cili, asam keping, keropok kering, serbuk jus limau kasturi, susu pekat manis pun ada... dan yang paling syok sekali... Guess What??.............. ASAM KECUT ..... huahuahua... lamanya aku tak makan asam... disebabkan kuantitinya tak sampai setengah plastic, so aku declare dgn hubby aku.... awak nak benda lain... awak ambik laa... saya tak kisah.. tp asam kecut ni saya punya sorang k... muahahahaha.... kiasu betul aku nih kan....


Bergambar dkt lobi hotel je.. hotel Dallah Barakah.. semput gak nak menapak ke hotel tu... nmpak tak kotak 'harta karun' tu.. best tau...


Ok, lah... tu je sebenarnya aku nak cite... mesti korang berkata2 dalam hati... laaa tu je? ingatkan apa la tadi... ekekekeke... saje je nak wat suspend... biasalah kalau dah duduk di perantauan nih, benda2 yang susah nak dapat... walaupun hanya sebotol sos cili & asam kecut.. tapi kalau orang kirim utk kite dari jauh.. punya la excited bkn kepalang... mcm dpt jongkong emas rasanya... ewahhh....


Buat mak tersayang dan kakak ipar ku... terima kasih yg tidak terhingga aku ucapkan di atas kiriman barang2 makanan tu.. dan buat Tok Normah & Kak Hanim.. terima kasih jua sbb susah payah mengangkut kotak makanan tu from Pasir Gudang, Malaysia to Singapore to Jeddah to Madinah to Mecca and now.. already at Yanbu.. perjalanan kotak tu adalah lebih kurang 9000km... jauh kotak makanan tu mengembara kan... heheheheh....

4.09.2009

Mimpi Tinggal Mimpi

APA?? kena keje ke… itu lah ngomelan aku pada hubby aku bila dpt tau yg dia terpaksa keje di hari minggu.. bertambah muncung la bibir ni.. sbb memikirkan yang kami terpaksa membatalkan plan untuk ke Madinah yang telah berminggu kami rancang tp asyik tak jadi je…. hhmm.. mungkin ada hikmahnya tu (ayat nak sedapkan hati..)

Lama jugak aku nak redakan rajuk aku ni.. ada la dlm 5 minit gitu.. (hee.. lama ke?) bkn baru sekali dia kena keje hari minggu… dah berulang kali.. maknanya.. dlm seminggu.. dia tak ada off day langsung.. straight keje.. Contohnya, kali ni.. kalau campur minggu lepas.. 14 hari keje terus menerus… tanpa cuti…. bila keadaan mcm ni berterusan… ter "effect" jugaklah kehidupan aku sbgai Professional Home Manager (PHM) a.k.a Housewife iaitu jawatan yg secara rasminya aku sandang since pertengahan Januari lepas… huhuhu…

Nasib baik PHM mcm kami di Yanbu ni ada jugak aktiviti2 yg memenuhi minggu2 kami di sini… mcm kelas bhs Arab every Sunday & Tuesday, Tadarus Al-Quran & diselang-selikan dengan kelas memasak setiap Rabu… Ada juga sekali-sekala memenuhi undangan mak angkat arab aku ke kelas2 Fardu Ain & ziarah.. Kalau tidak.. memang terperap je lah aku dkt rumah ni… nak jadi apa? tepu la otak aku ni weh… kalau kena perap je kat rumah… uwaaaa…

If think from the positive sides… ada bagusnya hubby aku banyak OT.. bak kata Nor (Cik Aa – perjalanan ini) mahsyukkk tuuuuuu… betul juga yek…… Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kami berdua dengan rezki yang melimpah ruah… terima kasih lah En. Supervisor yg bagi banyak keje dekat hubby aku… yela, yela… aku paham…. skrg plant Yansab dah nak mula start-up.. dan mcm dkt mana2 petrochemical company gak.. kalau start-up mmg la byk kejenya.. jd PHM2 mcm aku yg ada husband keje petrochemical co. ni.. haruslah memahami situasi keje suami masing2.. jd takde la bibir asyik muncung je bila suami kurang menghabiskan masa dengan kita dekat rumah.. (oopss.. aku ckp ni.. utk diri aku tau.. sorry, jgn terasa.. ~hihi~ )


Ni kes tak ada gmbo nak letak la ni.. ni le gmbo logo & workplace Hubby aku.. Jgn marah ye boss2 Yansab.. kan aku tolong promote nih.. hehe

Kalau hubby aku dah start masuk shift ntah cmna lak ye life aku lepas ni… sabo je lah.. alahh.. mcm tak biasa plakk.. dekat Mesia boleh plak tdo sensorang dekat rumah malam2… takkan dekat Yanbu tak boleh kott.. ishh… (ayat sedapkan hati lagik!).. yelah.. kalau dkt Mesia.. if boring2 ke.. takut ke.. bleh 'lari' balik rumah mak aku… kalau dkt sini.. nak lari rumah sape lak.. takkan nak ketuk rumah mak angkat arab aku… errr... belum terpikir lagi la nak wat mcm tu..

Hemmm… Entry kali ni sbnrnya nak pujuk hati sendiri.. bg cool down.. bukan nak lepas geram… tp sekadar meluahkan perasaan… nasib baik En. hubby aku pandai menghiburkan hati dengan lawak2 poyo dia tu.. memula jual mahal.. dari senyum sumbing ke sengih2 kambing.. last2.. terhambur jugak la ketawa aku yg sememangnya tak bleh tahan kalau hubby aku buat lawak.. wakakaka.. tak jadi nak merajuk.. ok lah, nak smbung mimpi.. kot2 mimpi balik Malaysia bln 7 ni bleh jadi kenyataan… kalau hubby aku baca ni.. mesti dia cakap.. mimpi tinggal mimpi je la… huhuhu…. sabo je…!

4.02.2009

Malaysian Ladies @ Yanbu

Salam kawan2...
Gmbar ni di snap time kelas memasak kat rumah Hj Ghaz mlm tadi... riuh rendah tp seronok... we all belajar masak Nasi Dagang dari Kak Mar... sedappp.... betul lah kata Kak Imah (Wife Hj Ghaz.).. sehingga menjilat pinggan & sudu.. keh..keh..keh... cerita selanjutnya & resepinya nanti.... bacalah blog Mama Bungas coz dia ada snap byk gmbar.. tp skrg dia tengah sibuk berpindah randah ke rumah baru... so, ibu-ibu yg tak berkesempatan pergi kelas memasak semalam... u all tunggu je lah update dari Kak Ina (Mama Bungas) yeee... so our next cooking class will be at Kak Ina's new house... boleh kan kak Ina? heheheheh.. :))))

4.01.2009

Alkisah 3 Cerita

Ada 3 cerita menarik yang ingin aku kongsikan di sini berkenaan dengan 1 APRIL…so, layan je lahhhhhhhhhh……

1 April…. org2 barat panggil April Fool iaitu hari mempersenda2 kan atau menipu orang lain. Aku pasti ramai sudah maklum bahawa kita sebagai orang Islam tidak seharusnya menyambut April Fool kerana ia merupakan perayaan yang disambut oleh orang bukan Islam dan cara sambutannya agak tidak bermoral iaitu dengan memperbodoh2kan atau menipu seseorang dengan tujuan untuk bersuka-suka. Jadi, kita sebagai orang Islam yang mempunyai akal fikiran yang waras, tak payah lah nak dok ikut2 budaya orang barat ni.. tak ada faedah nya.....

Actually, aku ada buat kajian sikit tentang sejarah 1 April ni.. ada banyak sumber & beberapa peristiwa yang dikaitkan dengan 1 April.

Cerita pertama yg aku cedok dari sebuah website iaitu terjadi pada tahun 1582 di France iaitu pada abad ke 12, di mana pada masa tu, posmen menghantar surat masih lagi dengan berjalan kaki. Bayangkan lah… kalau dkt Malaysia je.. nak hantar surat dari JB ke Kedah… pakai jalan kaki je… mau berbulan2 baru sampai… ish.. ish.. ish.. Alkisahnya waktu tu, perayaan tahun baru di France disambut setiap 1 April. Apabila calendar baru pertama kali diishtiharkan pada tahun itu, di mana tahun baru bermula 1 Januari, ada sekelompok masyarakat yg terlambat terima pengumuman tersebut sehingga setahun lebih lamanya.. Oleh sebab itu, mereka terus menyambut perayaan tahun baru pada 1 April. Jadi mereka ini sering diketawakan penduduk lain yg telah tahu penukaran tarikh tahun baru tersebut. Tradisi ini mula bersebar ke England dan Scotland pada 18 masihi. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bahasa English dan French. Hinggalah ke hari ini, April fool dirayakan diseluruh dunia dalam bahasa dan budaya masing-masing.

Cerita kedua iaitu mengikut sejarah Muslim Sepanyol iaitu pada tahun 1487 atau 892 hijrah. Perayaan April Fool dimulakan dengan peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap Negara Sepanyol dimana sepanyol pada masa itu berada di bawah kekuasaan Khalifah Islam. … Beberapa kota di Sepanyol telah berjaya ditawan oleh tentera Salib dan Granada merupakan kota terakhir yang dapat ditakluki. Penduduk Islam Sepanyol yg juga disebut 'Moor' terpaksa berlindung dari tempat persembunyian. Pasukan tentera Salib tersebut telah membuat tawaran kepada penduduk Islam Granada bahawa mereka boleh keluar dengan aman dan boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat. Apabila penduduk-penduduk muslim yakin dengan tawaran tersebut setelah melihat kapal-kapal telah disediakan untuk mereka maka ribuan orang muslim telah berkumpul di pelabuhan. Sebaik sahaja mereka berada di dalam perut kapal, tentera salib tersebut melancarkan serangan dengan membakar kapal2 tersebut dan orang Muslim itu dibantai hingga air laut menjadi merah kehitam-hitaman disimbahi darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji itu terjadi pada 1 April 1487 dan dikenang sebagai ‘The April Fool Day’. Cis sungguh pasukan tentera bersalib ni kan…

Cerita ketiga terjadi pada tahun 1979, di sebuah kampung di Johor Bahru iaitu Kampung Melayu Majidee. Lahirlah seorang bayi perempuan di sebuah rumah yang terletak di Jalan Muafakat pada Yaum Al-Ahad. Bayi tu sekarang dah umur berapa yek? kira la sendiri… tak boleh panggil bayi lagi lah… hehehe.. bila dah meningkat umur ni.. macam2 la ilmu yang dia dah pelajari.. so, mana yang baik dijadikan tauladan.. yg buruk jadikan sempadan… InsyaAllah.. lepas ni hamba Allah ni nak sambut hari lahir dalam bulan Islam la pulak.. iaitu.. pada setiap 3 Jamadil Awal maknanya tahun 1430 ni.. tarikh lahir dia… jatuh pada 28 April ni… lambat la pulak… huhuhu… … payah jugak nak ingat ye… bukan apa.. bila cakap 1 April tu.. mcm tak syok la nak celebrate… tapi, kalau sape2 nak wish birthday tu.. tak ada masalah.. akan di terima dengan hati yang terbuka… Jazakallahu khairan Kathira… really appreciate it!

Hmmmm… bila ingat2 hari lahir ni, elok juga kita sentiasa mengingati hari kematian kita yg kita sendiri tak tau bila.. jadi renung2kan dan selamat menambahkan amalan… peringatan buat diriku dan pembaca2 blog yg disayangi sekelian… Wassalam!